bab 14

3.4K 196 3
                                    



"Hi dear, miss me?" Sofea hanya memandang adam takut. Tidak berani untuk menjawab pertanyaannya. Senyuman sinis adam sudah menjelaskan segalanya. Dia tidak berada di dalam mood yang baik. Lebih baik dia tidak berkata-kata jika tidak mahu amarah adam berganda.

"Aku tanyaa niii! Jawablah. Kau rindu aku tak!" Adam menempik di telingaku. Kedua belah bahu sofea dipegang kemas, melepaskan geram.

Ternyata dugaan sofea salah. Nampaknya adam kelihatan lebih marah apabila pertanyaannya tidak dilayan. Bahunya juga terasa amat sakit.

"Adammm," panggilku perlahan. Merayu.

"Best kan hidup tanpa aku. Tiada yang ganggu kau. Tiada yang paksa kau. Kan sayang," tanya adam sinis. Aku tahu adam menyindirku dengan sindiran halus. Kerana selama beberapa hari ini, dia tiada disampingku. Jika dia tidak kerana anak buahnya yang siang malam berjaga di hadapan rumahku, sudah pasti aku dan keluargaku akan lari darinya. Mungkin akan pulang ke kampung. Jauh dari adam.

"Janganlah macam ni adam. Kita bincang elok-elok eah?" pinta sofea lembut seakan memujuk. Dia bangun dari baring dan duduk menghadap adam walaupun adam masih menekan bahunya erat.

"Kau nak bincang macamana lagi sofea? Kau tahu tak aku ni sayang kat kau sangat-sangat, dan kau senang-senang je kan nak mintak putus dengan aku" aku tak cukup bagus ke untuk kau sofea? Tak cukup bagus ke?!" muka adam dekatkan pada muka sofea.

"Orang ada alasan orang yang tersendiri adam," aku cuba memegang tangan adam namun ditepis kasar.

"Alasan alasan alasan! Tu je lah yang kau tahu kan sofea. Alasan yang kau reka sendiri kan?"

"Tak lah adam. Saya tak mereka langsung," sofea mengangkat tangan seakan bersumpah. Dia merenung adam lembut. Adam mendengus kasar.

"What is it? Apa alasan kau yang kononnya kau tak reka tu. Cakap lah kat aku," suara adam kedengaran agak menyindir sofea.

"Saya harap awak tak marah dengan apa yang saya nak cakapkan ni,"

"Kalau nak cakap tu cakap je lah. Tak perlu nak naikkan darah aku lagi,"

"okey. Sebenarnya saya tak berapa nak suka dengan layanan awak pada mak ayah saya. Awak pun tahukan betapa saya sayangkan dorang berdua. Saya harapkan awak pun layan dorang macamana saya layan dorang. Hormat dorang," adam mendecit perlahan. Seakan apa yang dikatakan sofea adalah lawak semata. Rambutnya digosok kasar menahan perasaan.

Adam mahu menghormati ibubapa sofea? Apa dunia mahu terbelah dua ke? Ibubapanya sendiri dia tidak hormat apatah lagi ibubapa sofea. Buat apa mahu dihormat. Nanti mereka semua akan senang-senang mahu menentangnya. Itu semestinya tidak akan terjadi sama sekali. Dia amat benci apabila orang menentangnya secara terangan.

"Apa kau mengarut ni sofea. Kau kenal aku dah lama. Hormat orang? Mimpi je lah. Aku paling benci hormat orang yang tak sepatutnya aku hormat,"

"Tapi adamm," kata-kata sofea segera dipintas oleh adam.

"Takde tapi-tapi. You know me very well. Tak semestinya aku layan kau baik, sayang kau. Aku akan ikut semua cakap kau. Tak sayang. TAK!" Adam mencengkam dagu sofea ketat. Senyuman sinisnya kelihatan.

"Adam," suara sofea bertukar lirih. Air matanya mula terbit di kelopak matanya. Adam yang melihat hanya mengusap air mata sofea lembut.

"Awak tak boleh macam ni adam. You told me that you love me. Is it too hard to do so. Saya takkan mintak apa-apa lagi dari awak. Sekali ni je adam. Saya merayu kat awak," sofea menggenggam tangan adam perlahan.

"Kau ni kan. Dah aku tak mahu tu tak payah lah paksa . Aku paling benci orang paksa-paksa aku macam ni tau. Tak payah nak merayu bagai. Keputusan aku muktamad. Selama dua tahun kita bercinta, takdelah pulak kau mintak macam ni. Kenapa baru sekarang ha. Sengaja nak buat aku sakit hati ke apa?!" tanya adam garang. Matanya mencerlung ke arah sofea.

"Adam, kita boleh bincang baik-baik kan. Tolonglah," sofea merayu lagi. Adam menepis pegangan tangan sofea yang sedari tadi menggenggam tangannya.

"Kau memang buat-buat tak faham kan sofea? Kau tak mahu perkara lepas berulang kan sofea? So do as I say. Jangan nak merayu bagai. Aku takkan terpujuk dengan air mata kau tu,"

Sofea hanya menunduk memandang tangannya. Apabila di ungkit perkara lepas, serta merta dia merasa takut. Lehernya masih terasa sakit dan sesungguhnya dia tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tidak pernah sekali pun adam mengasarinya namun perkara itu terjadi setelah dia mahu memutuskan hubungan mereka.

"Aku ni rindukan kau. Sebab tu aku datang sini. Tapi kau pulak sengaja buat aku sakit hati kan. Takpe. Aku dah nak balik, datang sini bukan boleh tenangkan fikiran aku. Menyerabutkan fikiran aku adalah," adam mengeluh berat.

"Pandang aku sofea," adam mengangkat muka sofea yang sedari tadi tertunduk. Namun, sofea segera melihat kea rah lain. Tidak mahu memandang adam. Takut.

"Kalau aku suruh kau pandang aku tu, pandang aku la perempuan! Yang kau pandang kat lain tu dah kenapa!" adam menempik kuat. sofea tidak kuat lagi, air matanya makin laju mengalir membasahi wajahnya. Matanya perlahan-lahan memandang ke arah adam namun tidak lama. Setelah matanya bertemu dengan mata adam yang memandangnya tajam itu, dia segera menundukkan wajahnya kembali.

"Pandang aku sofea!" makin kuat esakan sofea kedengaran.

"Dengar cakap aku sofea," suara adam kembali lembut. Mungkin baru menyedari dia berjaya menakutkan sofea. Sofea segera mengangkat wajahnya apabila mendengar suara suara lembut adam. Matanya terkebil-kebil melihat wajah adam.

"Aku balik dulu. Esok aku datang lagi. Jangan tidur awal sangat. Tunggu aku tau," kata adam lembut. Kepala sofea dielus lembut. Sofea hanya berdiam diri.

"Kau dengar tak ni?"

"Dengar,"

"Bagus. Aku pergi dulu. Jaga diri kau baik-baik," adam mencium pipi sofea lembut.sofea sekadar mengangguk mengiakan.

"Haih, susah betul aku nak tinggalkan kau tanpa aku. Come, let me hug you for the last time," sofea tanpa kata terus meluru ke arah adam lalu memeluknya erat.

"Sayang aku tak?" tanya adam lembut. Sofea mengangguk perlahan.

"Sayang," perlahan sahaja suara sofea kedengaran. Adam tersenyum lebar mendengarnya. Namun, segera riak mukanya diubah apabila matanya bertentang mata dengan sofea.

"Jangan nakal-nakal. Duduk sini elok-elok. Jangan layan lelaki lain walaupun dalam telefon. Aku call, kau kena angkat. Jangan buat donno je dengan aku. Faham ke tak?" adam merenung tajam mata sofea seakan mengatakan yang dia betul-betul memaksudkannya. Dia tiada masa mahu menipu atau bergurau dengan kata-katanya jika itu melibatkan kesayangannya.

"Faham," semakin perlahan suara sofea kedengaran. Matanya meliar ke arah lain. Tidak mahu melihat ke arah adam. Tak mahu.

Walaupun melihat mulut sofea tercebir tidak puas hati. Adam tetap memasamkan raut wajahnya. Mahu diajarnya sofea supaya mendengar katanya. Bukannya melawan seperti tadi. Dia tidak suka. Ditarik badan sofea agar melekap di badannya. Dia memeluk sofea walaupun sofea hanya kaku tidak bergerak, tidak seperti tadi.

Tanpa kata, adam segera berlalu ke arah balkoni bilik sofea. Dengan selamba dia terjun dari balkoni. Sofea yang kaget, terus berlalu mahu memeriksa keadaan adam. Namun apa yang dilihat amat mengejutkannya. Adam sedang berjalan menuju ke arah pagar besar rumahnya dengan selamba. Tiada tanda cedera ataupun terseliuh. Sofea menghela nafas lega. Dengan segera dia menutup pintu balkoni biliknya apabila melihat adam menoleh ke belakang. Masih terasa dingin adam terhadapnya.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now