BAB 3

8.2K 312 7
                                    

Aku menguap perlahan. Kakiku masih terus melangkah ke kelas walaupun aku mengantuk tahap gaban.Ini semua disebabkan adam.

Malam-malam diajaknya aku berbual dengannya sehingga jam 3 pagi. Nasib baik aku tidak lewat untuk ke sekolah walaupun aku hanya tidur selama 3 jam.

Mahu sahaja aku tidak menjawab call darinya semalam. Namun, apabila memikirkan risiko yang mungkin aku hadapi, aku gagahkan diri melayan perbualannya malam tadi.

"Hi sofea," sapa lisa, rakan sekelasku.

"Hurmm, hi," balasku sambil lewa. Aku betul betul mengantuk, nak senyum pun rasanya tak mampu.

Setibanya di tempatku, aku segera duduk dan merebahkan kepalaku di atas meja. Aku mahu tidur, walaupun hanya seketika. Mataku semakin lama semakin memberat.

"Hoiii sofea!" Aku segera bangun secara mengejut. Habis berkecai semua mimpi indahku. Dengan perasaan yg geram, aku segera menjeling marisa yang sedari tadi tersengih sengih.

"Kau nak ape? Aku nak tidur pun tak senang laa," aku mengeluh perlahan. Marisa yang tadinya berdiri, kini sedang duduk di tepi kerusi sebelahku.

"Tak ade pape. Saje je nak kacau kau pagi-pagi ni," katanya sambil tersengih.

"Dah laa, kacau je aku nak tidur," aku segera memejamkan mataku tanda mahu tidur semula.

"Ehhh, kau ni asal? Biasanya pagi-pagi macam ni kau tak mengantuk. Kau buat apaa haa malam tadi? Pandai kau sekarang eakk,".

"Kau ni kalau tak mengarut sehari tak sah kan?" Balasku geram.

"Habis tu, kenapa kau mengantuk sangat ni?" Tanya marisa.

"Adam call semalam. Ajak aku borak dengan dia,"

"Owhhh, patutlaaa. Okey okey. Aku faham,"

"Dah laa. Aku nak tidur ni. Jangan ganggu aku lagi," rayuku.

"Okeyyyyyy" balas marisa panjang.

"Ehh sofeaa," panggilnya lagi.

"Apa diaaa? Aku mengantuk sangat sangat ni. Tolonglaa bagi aku tidur even kejap je," aku menegur tegas.

"Bukannya sengaja nak kacau kau tidur. Tapi, adam ada kat luar kelas sekarang ni. Oii, bangunlaa," marisa menggoyangkan tanganku.

"Dia nak apa?" Aku melihat ke arah koridor kelas. Adam sedang menggamit aku supaya keluar kelas. Patutlah kelas yang tadinya bising menjadi senyap. Semua takut akan adam.

"Aku mana tau. Kau keluar laa dulu, baru kau tau,"

"Hurmmm, ye laa," aku melangkah ke arah adam.

"Nak apa?" Tanyaku. Adam melihat wajahku lama.

"Mengantuk ke?" Ehh mamat ni. Dah tau tanya lagi. Disebabkan dia laa aku mengantuk sangat-sangat harini. Aku sekadar mengangguk, malas mahu menjawab.

"Nah, aku belikan untuk kau. Nanti kalau kau mengantuk masa belajar susah. Minum laa," adam menghulurkan setin air kopi kearahku.

Adam ni bukannya selalu kasar bila bersamaku. Kadang kadang dia akan bersikap matang, sweet and protective. Sifat tu laa yang membuatkan aku kekal disisinya sebagai kekasihnya walaupun sudah genap 2 tahun kami couple. Dia hanya akan jadi garang denganku apabila aku tidak mendengar arahannya. Masa tu, keluar semua bad side dia. Huhu.

"Okey , nanti orang minum," aku mengambil air kopi itu dari tangan adam. Aku sengaja berkata begitu. Aku tidak gemar akan kopi. Nanti aku akan berikan air ini pada marisa. Daripada membazir, baik aku bagi kat orang lain.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now