bab 5

7.7K 301 10
                                    

Badanku dimasukkan kasar oleh adam ke dalam kereta sebelum adam juga masuk dan duduk berhampiran denganku. Tangan yang sedari tadi berada di dalam genggaman adam, tidak dilepaskan.

Malah makin kuat adam menggenggam tanganku.

"Jalan" arah adam senada kepada pemandunya. Kereta mula bergerak menuju ke satu destinasi yang aku sendiri tak tau.

"Adam, you hurt me," kataku sayu.

"So? Ni balasan untuk engkau. Nak curang sangat kan, hah kau tengok laa apa aku mampu buat kat engkauu dan jugaa jantan sial tu," kata adam sambil menumbuk kerusi didepannya.

Mungkin sedang membayangkan Putra, membuatkan dia marah. Tapi Putra tak salah, begitu juga aku. Salahkah aku jika aku mahu berseronok. Aku langsung tiada niat mahu mencurangi adam.

Melihat muka adam yang semakin tegang, aku segera menoleh ke arah luar tingkap. Menikmati pemandangan di luar lebih baik daripada melihat muak tegang adam. Dalam diam aku gementar.

Tika ini, mahu saja aku keluar dari kereta ini. Lari tinggalkan adam buat selama lamanya. Aku tak pernah berasa bebas seperti tadi sejak aku berhubungan dengan adam. Hanya seketika tadi, aku dapat lupakan mengenai hidupku yang terkongkong ibarat burung didalam sangkar.

Sepatutnya aku sedar yang adam bukanlah lelaki yang patut aku dekati. Aku menyesal. Menyesal kerana berjumpa dengan adam. Menyesal kerana cuba menguratnya dan juga menyesal kerana mempunyai hubungan dengannya.

Sedikit sebanyak kenangan lama menjenguk ingatanku. Membuatkan aku tersenyum duka.

FLASHBACK

2014

"Weyhhh, aku dah jumpa cinta hati akuuuuuu," sara menjerit girang. Tangannya terkapai kapai gembira.

"Mana? Mana?" Tanya aku segera. Tidak sabar mahu berjumpa dengan gerangan lelaki yang dapat mencairkan hati sara itu.

"Tu, yang tengah galas beg tu, ya allah handsomenya. Aku tak pernah rasa macam ni,"

"Tinggi jugak taste kau erk, handsomeeee," kataku sambil tersengih.

Melihat sengihanku, serta merta sara menjeling tajam. Jarinya digoyang kiri dan kanan.

"No no no. Langkah mayat aku dulu. Aku minat dia dulu okeyy. Kau cari la yang lain," kata sara sambil menongkat dagu melihat crushnya itu.

"Entah kau ni sofea. Cari laa crush lain. Lelaki tu sara punya. Kamal aku punya. Wei jin tu munirah punya," kata amina. Menyokong sara.

"Ye la ye laa. Tau la dorang tu korang punya. Macam laa aku hamak sangat," kataku malas sambil memerhati sekeliling mencari lelaki yang handsome plus boleh dijadikan crush.

Biasa laa budak baru umur setahun jagung. Semua bende nak dirasai termasuklah mempunyai crush. Kalau dapat jadikan crush sebagai pakwe itu bonus.

Sofea memandang sekeliling mahu menenangkan hati yang agak panas ketika itu. Crush je pun bukannya dapat emas ke berlian ke apee.

"Rilek laa sofea, lambat laun kau pun jumpa crush tauuu. Mungkin sekarang dia tengah menyorok kottt. Takpa-takpa, nanti bile kau ada crush, kita sama-sama stalk dia," kata munirah memujukku. Mungkin dia sedar yang aku merasa ketinggalan dengan topik yang hangat dibicarakan kami berempat.

Yelaa, dorang semua dah ada crush. Aku je yang takde. Hurmm.

"Hurm yelaa. Nanti aku dah ada crush, korang jangan rampas erkkk," kataku dengan nada sombong. Cemburu sebenarnya.

Sara dan amina hanye tersenyum mengejek. Memandang rendah padaku mungkin. We'll see.

"Dah laa, daripada aku layan korang yang berangan jauh ni. Baik aku pergi tandas. Buang air kecik lagi bagus laa daripada dengar korang memuja crush korang tu, werkkk," kataku seraya menjelirkan lidah.

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now