Bab 23 - Mati

2.7K 246 30
                                    

"MAK Som, buat kaw kaw tau!" Aku menarik kerusi di gerai Cendol.

"Yelah" jawab Mak Som lalu menghadiahkan senyuman kecil kepada Aku.

Jika dihitung dengan jari dan diimbas kembali, dalam minggu ini Mak Som akan berpindah ke kampungnya. Aku ingat lagi. Selepas aku selesai mengambil ujian percubaan SPM pertama dulu, aku dapat keputusan cemerlang. Lepas itu Ain dan Laura nak belanja Aku minum Cendol. Tetapi sebaik saja kami sampai di gerai ini, kami dapat tahu yang Mak Som rupanya sudah berpindah.

Dna lusa, keputusan peperiksaan kali pertama aku diumumkan dan ini bermakna lusa kedai ini akan ditutup. Kalau tak silap aku, Mak Som berpindah sebab anaknya meninggal dunia. Ya Allah sedihnya rasa.

Macam mana aku nak tolong Mak Som? Kalau aku beritahu dia sekarang bahawa esok anaknya akan meninggal disebabkan kemalangan, mahunya dia akan pengsan dan diserang sakit jantung. Nanti tak pasal pasal dia yang pergi dulu sebelum anak dia yang pergi. Haish aku tak boleh bagitau tentang rahsia ini! Bahaya! Sangat sangat bahaya! Kritikal!

"Oi. Kau geleng kepala apesal? Kenapa?" Laura menyiku bahu aku.

"Mana ada lah" Aku menjawab acuh tak acuh.

"Kau berangan lagi eh" sampuk Ain berwajah serius.

"Yelah tu. Ke.. kau ada masalah peribadi?" Tanya Laura pula.

Aku mendengus perlahan. Rimas sungguh rasanya bila disoal siasat macam ni. "Kau ingat tak pasal janji kita? Pasal Mak Som akan pindah tu?" Aku pandang wajah Laura dan Ain silih ganti.

Laura dan Ain dengan pantas menganggukkan kepala. "Mana boleh lupa! Cendol percuma selama sebulan tu!" Laura tersengih.

"Kalau dalam minggu depan Mak Som tak pindah jugak, korang menang. Kalau dia pindah, aku menang" Aku merenung wajah mereka berdua bersilih ganti. "Kalau Aku menang, korang tahu kan hukuman dia apa?" Sambung Aku lagi.

"Ingat. Kitaorang kena percaya semua yang kau cerita" Ain mencemik.

"Asalkan kau jangan cakap kau ternampak UFO lepastu alien lambai lambai pulak dekat kau. Itu ajaran sesat namanya" sampuk Laura.

Aku tersenyum lega. Bagus! Minggu depan aku akan berterus terang dengan Ain dan Laura tentang situasi aku sekarang ini. Tentang aku dari masa depan. Tentang apa yang bakal terjadi di masa depan nanti. Nak tak nak diaorang kena percaya jugak dengan semua cerita yang bakal aku ceritakan.

"Ni. Cendol kaw kaw untuk kamu berdua" Mak Som menghidangkan tiga mangkuk yang penuh dengan ais dan isi isinya.

Aku tersenyum gembira melihat jagung dan kacang yang bertimbun di dalam mangkuk cendol itu.

"Ni yang buat kitaorang sayang kat Mak Som ni" Ain tersenyum meleret melihat mangkuknya yang melimpah ruah dengan kacang kacangan.

"Makanlah puas puas ya. Mak Som ada kerja nak kena buat" ujar Mak Som lalu ingin beredar.

"Mak Som.." panggil Aku. Langkah Mak Som terhenti. Dia menoleh.

"Ada apa lagi yang tak cukup?" Mak Som tersengih lalu menghampiri meja kami semula.

"Semua dah cukup" balas Aku tersenyum. "Anak Mak Som apa khabar?" Pertanyaan aku mengundang kerutan di dahi Ain dan Laura. Begitu juga dengan Mak Som. Berkerut kerut dahi dia memandang Aku.

"Sihat je. Sekarang dia sibuk dengan buku buku dia tu. Ajak teman Mak Som dekat kedai pon dia tak nak"

"Saya tak pernah nampak pulak dia datang sini" Laura mencelah sambil menghirup ais Cendolnya.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now