Bab 25 - Rish

2.8K 233 11
                                    

TIBA TIBA terasa dada aku seperti dihimpit dengan batu. Nafas aku terasa tersekat sekat. Saluran pernafasan terasa sempit. Terasa tubuh aku seperti berada dalam kotak yang sempit, gelap dan tiada udara! Ya Allah, adakah sudah tiba masanya untuk aku kembali kepadamu?

"Rania!" Terdengar nama aku diseru buat beberapa kali.

Kemudian terdengar pula bunyi mesin yang membingitkan telinga.

"Doktor! Nurse!" Mak menjerit.

Ya Allah. Ampunkan aku. Ampunkan segala dosa aku Ya Allah. Andai aku diberikan Peluang Kedua, aku berjanji akan menjadi Hamba-Mu yang patuh akan segala perintah-Mu. Aku berjanji akan menghargai setiap anugerah yang kau telah berikan kepada aku. Aku berjanji!

Terdengar suara doktor dan jururawat seperti kelam kabut. Beberapa kali dada aku terasa terangkat ke atas. Seperti terkena renjata elektrik. Yang peliknya, aku langsung tak rasa sakit. Sebaliknya terasa lega. Setiap kali terangkat, setiap kali itu juga lah terasa seperti rongga dadaku dipenuhi dengan udara.

"Kita perlu lakukan pembedahan dengan segera"

"Doktor, anak saya kena bedah?"

"Ya. Kami baru dapat keputusan daripada CT Scan tadi. Terdapat pendarahan kecil dalam kepala anak puan. Jadi, kami kena buang ketulan darah tersebut. Jika tidak, oksigen tak akan dapat sampai ke otak"

"Ya Allah.." Terdengar suara Mak mula menangis.

"Doktor. Apa risikonya?" Suara Kak Naura mula kedengaran.

"Jika kita biarkan, lagi bahaya kepada pesakit. InsyaAllah, selepas lakukan pembedahan, peluang pesakit untuk sedar semakin tinggi. Apa apa pun, kita hanya perlu berusaha. Semoga Allah berkati usaha kita ini. Kalau Puan setuju, nanti Puan kena turunkan tandatangan pada surat kebenaran"

"Mak.."

"Kalau itu saja caranya untuk kembalikan Rania, Mak setuju.."

"Baiklah, Nurse. Cepat uruskan"

"Baik, Doktor. Puan, sila ikut saya"

"Mak, pergilah. Naura temankan Nia"

Kemudian terdengar beberapa tapak kaki beredar dari bilik. Ya Allah, tak sangka hanya kerana terjatuh dari tangga, aku perlu lalui semua ini. Ya Allah, kau terimalah taubat aku.

"Rania, kuatkan semangat. Tak lama lagi Rania akan sedar"

Kak. Nia janji. Nia akan sedar seperti sediakala. Itu janji Nia pada Akak.

"Assalammualaikum" Tiba tiba terdengar satu suara asing menyapa telinga.

"Eh. Encik Rish. Masuklah"

"Kenapa dengan Nia, Kak?" Suara Lelaki bernama Rish bertanya.

"Sekejap lagi Nia akan dibedah" Suara Kak Naura kedengaran sebak.

Hatiku meruntun sayu. Jangan lah sedih Kak Naura. Nia janji Nia akan kuatkan semangat. Nia janji Akak.

"Ya Allah. Kenapa?"

Lalu Kak Naura menceritakan apa yang dikatakan oleh Doktor sebentar tadi.

"Kak. Boleh Rish bercakap dengan Nia sekejap?"

"Boleh boleh" Kemudian terdengar tapak kaki keluar dari bilik.

"Rania.." Terdengar nama aku diseru.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now