Bab 51 - Zuriat

4.1K 217 17
                                    

END FLASHBACK..

Kini...

"SAYANG, tak baik tau tidur waktu Maghrib" Suara lembut Iskandar menyapa di hujung telinga.

Rania terus membuka matanya. Tangannya naik meraup wajah. Basah?

"Sorry. Berkali kali I kejut You, tapi You tetap tak bangun. Jadi I spray muka You guna air seterika You tu"

"I tidur? Bukan ke kita pergi sekolah tadi?" Rania kelihatan terpinga pinga.

"Tak pergi pun. You migrain tadi. Jadi I suruh You tidur je. Kita pergi esok jelah" Iskandar cium dahi si Isteri kemudian bingkas bangun. Perlahan lahan kakinya melangkah menuju ke arah bilik air.

"Abang.." panggil Rania. Jadi apa yang dia alami sebentar tadi mimpi atau sebuah cebisan memori yang hilang?

"Yes my sayang?" Iskandar berhenti di muka pintu bilik air. Matanya memandang ke arah katil. Seolah olah dapat melihat wajah si Isteri.

"Betul ke Iskandar dulu kejam?"

"Hah?" Terangkat dua belah kening si Suami. "Kenapa cakap macamtu pulak?"

Lalu Rania menceritakan segala yang dialaminya sebentar tadi. Sebaik saja dia habis bercerita, si Suami kelihatan diam tergamam. Perlahan lahan Iskandar menghampiri si Isteri dengan wajah yang serius. "Abang, what's going on? It is true?"

Iskandar menghulur tangan. Tangannya bersambut oleh si Isteri. Lantas dia menarik tubuh si Isteri ke dalam pelukannya. "Alhamdulillah. Slowly You akan ingat balik"

"Jadi itu bukan mimpi?" Iskandar menggelengkan kepalanya.

"Benci tau!" Rania terus memukul lengan si Suami. Tak cukup dengan itu. Lengan si Suami digigit perlahan.

"Aduh!" Iskandar terketawa.

"Jahat!"

Iskandar terus terusan ketawa lagi. "I have my own reason why Abang jadi macamtu"

"Sebab apa?" Rania mencebik.

"Because I love You unconditionally" Pipi si Isteri dipegang dengan kedua belah tangannya.

"Pembuli!"

Iskandar ketawa lagi. "Ada sesetengah orang membuli kerana dipenuhi dengan perasaan benci. Tapi Abang membuli kerana ingin menafikan apa yang dirasa" Iskandar tersenyum.

"Menafikan apa?"

Iskandar tersenyum. "Dah maghrib lah. Abang nak mandi dulu"

Rania hanya memerhati langkah si Suami berjalan perlahan memasuki bilik air. Apa yang berlaku ya? Takkan selamanya dia menjadi Minah yang menuruti apa yang Iskandar katakan? Takkan sebab itu Iskandar benci dia semasa hari pertama dia masuk ke dalam Kelas Sastera tu? Kalau difikirkan kembali, tak patut pun Iskandar menyampah dengan dia pun. Dia yang patut menyampah dengan sikap Iskandar sebenarnya. Hish!


❤️


MALAM itu, Rania berasa malas nak masak. Hanya mencapai telefon bimbit dan terus mendail nombor telefon Pizza Hut. Mujur si Suami tak banyak songeh bab bab makan ni. Sambil menikmati hidangan Pizza, kami berdua menonton filem yang ditayangkan di kaca televisyen. Namun setiap kali sampai di babak tertentu, Rania akan membantu si Suami membayangkan babak tersebut.

"Abang.." panggil Rania. Tangan terus menekan remote TV. Memperlahankan sedikit bunyi. "Tadi kan, I tengok Instagram kawan I tau. Anak dia, comel comel! Geram I! Rasa macam nak picit picit je"

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now