Bab 8 - Daniel

3.8K 288 5
                                    

LAURA dan Ain bergilir gilir menjeling. Tetapi aku buat buat tak nampak saja. Biarkan. Aku nak tengok berapa lama diaorang tu nak menjeling. Ingat dia saja yang tahu marah, aku tak tahu? Berjam jam aku tunggu diaorang tadi. Mujur Iskandar ada. Kalau tidak, memang dah lama aku balik rumah.

"Kau pun suka cendol dekat gerai ni?" Soal Iskandar sambil menghirup cendol itu dengan berselera sekali.

"Kau selalu makan cendol dekat sini jugak ke?" Daripada soalan dia tadi aku sudah dapat mengagak yang dia pon kerap makan cendol dekat gerai ini. Tapi, kenapa sebelum ni aku langsung tak pernah terserempak dengan dia hah?

Iskandar menganggukkan kepalanya. "Setiap hari" balas dia bersahaja.

Aku memandang kehairanan. Dulu pun tiap tiap hari aku dan kawan kawan aku melepak dekat gerai cendol ni. Tapi tak pernah pula aku nampak dia.

"Kenapa aku tak pernah nampak kau ek?"

"Sebab mata kau cuma nampak Shafiq Aidan tu je" Iskandar menyindir sekaligus membuatkan hati aku panas. Benci sungguh aku mendengar nama itu! Geli geleman tahu tak!

"Kau nak makan cendol semangkuk ke dua mangkuk?" Soal aku geram.

"Eh, tadi janji dua kan?" Jawab Iskandar bersahaja.

"Kalau nak dua, jangan sesekali sebut nama tu depan aku!"

Iskandar tersengih. "Okay sorry boss"

"Nia, betul ke kau dah putus dengan Shafiq Aidan?" Laura menyampuk.

Aku menganggukkan kepala.

"Tapi kenapa?" Sampuk Ain pula kelihatan terkejut.

"Sebab aku tak suka dengan dia" jawab Aku acuh tak acuh.

"Mustahil lah" Serentak Ain dan Laura bersuara. Keduanya saling berpandangan kemudian serentak memandang ke arah aku.

"Kau kan..." Ain terdiam. Menjeling Iskandar yang sedang memanggil pekerja Mak Som ingin menambah Cendol.

"Tergilakan sangat si Shafiq Aidan tu?" Sambung Ain berbisik.

"Takkan lah sebab.." Laura terdiam kemudian dia menoleh ke arah Iskandar yang sedang tersengih sengih menerima cendol yang penuh dengan jagung dan kacang.

Memang betul Iskandar biasa minum disini. Tengok bukan main rancak pekerja gerai ini berbual dengan Iskandar. Siap ajak main bola petang nanti pulak tu. Ni mesti dah biasa melepak dekat gerai ni. Tapi, kenapa aku langsung tak pernah nampak dia duduk makan di gerai ni ye?

"Nia?" Panggil Laura.

"Ya?" Mata aku kembali memandang ke arah mereka berdua.

"Takkan kerana dia tu, kau break dengan Shafiq Aidan?" Laura berbisik.

"Alahai korang ni, tak payah bisik bisik. Cakap je" sampuk Iskandar seraya menyuap sesudu cendol ke mulutnya.

"Aku tak suka Shafiq Aidan. Full stop" Aku mencapai sudu dalam mangkuk cendol.

"Aku pun" sampuk Iskandar. Beria ria kepalanya mengangguk.

"Tapi, nanti kau akan menyesal. Bukan senang nak pikat lelaki kacak macamtu.." Laura bersuara.

"Alah, nanti dekat masa depan.. dia dah tak hensem macam sekarang. Buncit. Kepala pulak dah bulat. Ee geli!" Ujar aku geram.

"Kau ni, tak baik tuduh macamtu" marah Laura.

Iskandar ketawa mengekek. "Kawan kau ni dah berangan nak jadi ahli nujum. Semua benda dia nak ramal. Pasal.."

Aku segera menjeling menghantar isyarat tentang pesanan pengetua dan Cikgu Zamri sebentar tadi. Iskandar terus terdiam.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now