Nuha mengangkat pasu kecil yang tersusun diatas kabinet televisyen untuk mengelap habuk disitu. Selesai mengelap habuk, Nuha mencapai penyapu untuk membersihkan habuk yang jatuh dari atas kabinet itu. Segala kotoran dibersihkan dengan penuh teliti dan secepat mungkin. Hari ini Ammar tidak pergi ke pejabat, jadi tidak boleh membuang masa. Kalau tidak, pasti dimarahi nanti.
Sambil membuat kerja rumah, Nuha menyanyi perlahan untuk membuang kebosanannya. Kalau ralit sangat pun tak seronok. Buat kerja sambil menyanyi itu satu kenikmatan juga.
Ammar lalu disitu sambil matanya merenung lama Nuha yang ralit membereskan kerja rumah. Dia mengangkat bibirnya tanda meluat. Dia tidak suka Nuha menyanyi begitu. Kalau mahu buat kerja, buat saja tak perlu berbunyi.
"Kau fikir suara kau sedap?" Tegur Ammar sekaligus membuat Nuha terkejut kecil.
"Saya tak cakap pun suara saya sedap." Balas Nuha selamba. Kemudian dia menyambung kerjanya sambil menyanyi lagi.
"Aku benci dengar suara kau menyanyi begitu. Berhenti sebelum aku yang buat kau berhenti. Buat ajelah kerja tu tak payah nak berlagu sangat." Tangan disilangkan. Wajah Ammar jelas menunjukkan riak tidak suka.
Nuha memandang wajah keruh Ammar. Dia mengangguk perlahan tanda akur. Kalau dilawan nanti diri sendiri yang susah. Baik dia ikutkan saja Ammar yang menyakitkan hati itu.
"Lepas siapkan kerja rumah ni... aku nak kau cuci kereta aku kat luar tu. Ingat, aku tak pernah calarkan walau sedikit pun kereta aku. Kalau aku nampak calar, kau kena bayar ganti rugi. Faham?" Ugut Ammar, tegas.
"Baik." Ucap Nuha sepatah tidak bersemangat. Sebenarnya dia malas mahu mencuci kereta lelaki itu. Bukan apa, Ammar tu sudahlah selalu nampak kesalahannya saja. Kalau dia tidak buat pun pasti disalahkan juga.
"Cuci sampai bersih! Kalau kotor lagi aku suruh kau cuci berkali-kali. Faham ke tidak?"
"Ye faham." Balas Nuha dengan nada malas.
"Selepas tu, kau pergi belakang rumah... kau potong rumput yang dah panjang. Semak pula mata aku tengok."
"Ada kerja lagi tak tuan? Kalau ada lagi lebih baik kalau tuan tulis aje dalam kertas." Soal Nuha dengan nada sindir. Apa punya lelaki entah, bertimbun-timbun kerja diberikan. Tak bagi peluang langsung untuk berehat. Geram rasanya memandang wajah Ammar yang berada dihadapannya itu.
"Kau mahu lagi? Ikutkan tadi aku tak mahu bagi kerja lagi tapi kau dah minta kan... lepas siap potong rumput, kau naik tingkat atas. Bersihkan stor yang bersepah tu. Dah lama jugalah stor tu bersepah. Aku pun sudah lama tak masuk stor tu. Mungkin ada banyak habuk. Tapi aku rasa bukan setakat habuk aje ada... Mungkin bangkai pun ada dalam tu. Lipas dan cicak pun mungkin dah bersarang."
Nuha menarik nafas panjang. Lipas? Cicak? Binatang itu semuanya menggelikan! Bukan setakat menggelikan saja, tapi menakutkan! Apa masalah Ammar pun dia tidak tahu. Sudahlah bagi kerja banyak selepas itu disuruhnya pula kerja yang menggelikan seperti itu. Memang tak makan sama betul suaminya itu.
Melihat Nuha hanya mendiamkan diri, Ammar tersenyum puas. Pasti Nuha sedang marah teramat dengannya sekarang. Setiap hari, dia akan menyuruh Nuha membuat kerja yang banyak. Pasti tidak lama lagi perempuan itu tidak tahan dengannya dan mengambil keputusan untuk pergi. Langkah disusun untuk meninggalkan Nuha. Dia mahu menuju ke biliknya.
Nuha hanya memerhati dengan wajah berang. Sungguh sakit hatinya sekarang. "Kalau kau tu bukan suami aku, dah lama aku baling penyapu ni pada kau! Dasar lelaki menyakitkan hati! Kau tengok nanti aku balas balik perbuatan kau ni."
AMMAR menuruni anak tangga untuk menuju kekereta. Dia ada berjanji dengan Zarith mahu keluar lepak bersama. Matanya meliar mencari kelibat Nuha. Sudah petang begini tidak nampak batang hidung. Pasti kerjanya masih belum siap. Dia berjalan menuju ke dapur. Kelihatan Nuha sedang mengacau air sirap yang baru dibancuh.
"Tuan dah turun? Kerja saya semuanya dah settle. Tuan boleh tengok kereta tuan dah berkilau saya cuci. Rumput panjang belakang rumah pun saya dah potong. Stor saya dah siap bersihkan." Nuha memaparkan senyuman manis kepada Ammar.
Ammar meliarkan matanya. Didalam hati tidak percaya tugas yang dia berikan kepada Nuha sudah siap kesemuanya. Pantas sungguh Nuha membuat kerja.
"Saya ada buat sirap ais. Musim panas macam ni memang best kalau dapat minum air sejuk kan? Lagi-lagi kalau air sirap. Tuan minumlah saya ada buat lebih ni."
Ammar hanya memandang sirap ais itu dengan perasaan ragu-ragu. Tapi dengan pantas perasaan itu dibuang. Air sirap aje pun. Takkan lah dia mahu racun aku. Ammar mengangguk perlahan. Kemudian dia menyeluk poketnya untuk mencari dompet tapi tiada pula. Pasti tertinggal dibilik. Ammar mengeluh kecil.
"Kau tuangkan dulu air sirap tu, aku nak ambil barang aku tertinggal dalam bilik." Ammar mengatur langkah untuk ke biliknya.
Nuha mengangguk akur. Hilang saja kelibat Ammar, dia bersorak perlahan sambil kakinya melompat-lompat. Gelas dicapai lalu dia mengambil julap yang berada dikabinet dapur itu. Dibancuh julap itu terlebih dahulu sebelum dia menuang air sirap ais kedalam gelas.
"Padan muka kau Ammar. Kau rasalah kehebatan julap ni. Kau suruh buat kerja banyak tadi kan? Kau nak buli aku ye. Sekarang kau rasalah. Seharian duduk dalam tandas aje nanti. Puas hati aku!" Ujar Nuha sambil mengacau sirap yang sudah dituang kedalam gelas. Tidak sabar dia mahu memberikan air sirap berisi julap itu kepada Ammar. Pasti merana Ammar didalam tandas nanti.
Mendengar bunyi tapak kaki Ammar kembali kedapur, Nuha lantas memaparkan riak biasa. Tidak mahu tertangkap sedang melakukan kejahatan. Gelas tadi diserahkan kepada Ammar. Ammar tanpa ragu-ragu mengambil gelas itu lalu diteguk air sirap dengan pantas. Nuha ketawa didalam hati.
"Terima kasih. Aku nak keluar dengan Zarith. Balik lambat mungkin. Pastikan rumah ni bersih. Jangan sesekali bawa jantan masuk dalam rumah ni. Kadang-kadang kau ni boleh tahan miang juga. Tak pasal-pasal rumah aku jadi sarang maksiat kau." Pesan Ammar berbaur sindiran.
Nuha menggeleng laju. Didalam hati terasa sakit pun mendengar sindiran Ammar yang langsung tak guna otak itu. Tapi, nasib baiklah dia bertindak lebih cepat. Padan muka Ammar sakit perut nanti. Anggap sajalah itu semua balasan untuk orang yang cakap itu sedap mulut!
Ammar hanya menjeling tajam lalu berlalu dari situ. Pelik, tak melawan pula dia apabila dikata begitu. Sudah sedar diri mungkin. Yalah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. Ammar tersenyum puas. Puas rasanya dapat membuli Nuha hari ini. Tengoklah sajalah hari seterusnya, pasti Nuha akan berputus asa dengan sikapnya yang suka mengarah itu.
Tanpa Ammar sedari, sebenarnya dia sudah menelan julap yang diberi Nuha tadi. Itulah balasan Nuha untuk dirinya. Yang akan lebih menderita itu Ammar, bukan Nuha.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...