Aireena tersedu sedu menangis melihat keadaan Nurani yang sudah teramat nazak. Dayang sudah berkali kali menyuruh Nurani untuk pergi hospital tapi Nurani tidak mahu.Bila bila masa saja Nurani akan pergi. Itu membuatkan Aireena merasa berdukacita. Dia memandang Nurani lama.
"Maafkan Na, Kak Nura. Tapi kali ni Na memang tak boleh tahan sabar lagi. Na akan bawa dia kesini jumpa Kak Nura!" Aireena bingkas bangun lalu beredar dari situ. Dia mahu menuju ke rumah Ammar dan Nuha untuk mengambil Nuha. Kalau perempuan itu tak mahu jumpa Nurani, dia akan paksa juga.
"Nuha nak Nura, abang. Bawa la Nuha jumpa dia!" Nuha menggoyang goyangkan tubuh suaminya meminta supaya Ammar membawanya berjumpa Nurani. Sungguh dia takut kalau terlambat mahu berjumpa dengan adiknya itu.
"Sabar Nuha. Abang pun tak tahu mana nak cari dia." Ammar merasa sedikit pelik. Kenapa tiba tiba saja Nuha mahu berjumpa dengan Nurani? Setahu dia Nuha amat bencikan Nurani.
Nuha masih menangis teresak esak. Selagi dia tak berjumpa dengan Nurani, selagi itu lah jiwanya tak tenang. Dia merenung Ammar yang turut kelihatan kusut itu. Di akalnya terdetik juga untuk jujur dia yang menghalau Nurani daripada rumah Pak Yussof. Tapi dia takut dia akan dimarahi. Tapi mungkin kalau dia bagitahu sendiri, Ammar tak akan berlama marah.
"Abang..." panggil Nuha. Dia teragak agak mahu meluahkan kebenaran.
Ammar menoleh ke arah Nuha sambil mengangkat keningnya. Tiba tiba Ammar mengalihkan kembali pandangannya apabila kedengaran bunyi loceng rumah. Ammar lantas menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang. Kelihatan Aireena seperti sedang terburu buru menuju ke arahnya sambil muka yang memerah seakan sedang menangis. Ammar merasa aneh melihat adiknya itu. Terus dia menghampiri Aireena untuk bertanya.
"Kenapa ni Na?"
Aireena tidak menjawab. Sebaliknya dia mendapatkan Nuha lalu memandang perempuan itu dengan pandangan maut.
"Hei perempuan jahat! Kau memang tak ada hati dan perasaan kan?" Tengking Aireena membuat Nuha terperanjat. Nuha mengerutnya keningnya tanda tak mengerti. Kenapa Aireena datang terus nak marah marah?
"Na? Kenapa Na biadap sangat ni dengan kak ipar Na sendiri? Jangan cabar abang Am ya!"
"Kenapa? Abang Am nak bela dia ni ke? Na pun tak teringin lah nak ada kakak ipar berhati binatang macam ni!"
Ammar mula mahu mengangkat tangannya namun di halang oleh Nuha. Dia tidak mahu Ammar menyakiti Aireena kerana memang dia sedar dirinya berhati binatang.
"Apa yang kau merepek ni?" Ammar menengking Aireena. Nampak di air mukanya dia teramat marah dengan Aireena yang tidak menjaga adab. Mujur saja Nuha menghalang dirinya untuk menampar Aireena. Kalau tidak memang bengkak sudah muka Aireena dia kerjakan.
"Perempuan ni lah yang sebenarnya halau Kak Nura sampai Kak Nura merempat tak tahu nak pergi kemana. Sesen pun dia tak bagi pada Kak Nura tahu tak? Dia buat Kak Nura tu macam anjing kurap saja! Langsung tak ada simpati!"
Nuha terdiam. Dia hanya mampu menangis sambil menunduk ke lantai.
"Kak Nura tengah menunggu masa untuk dia mati. Semuanya sebab dia ni!" Sambung Aireena lagi melepaskan marahnya. Memang dia mahu bongkarkan segala kejahatan Nuha hari ini juga. Hatinya menang sudah tak dapat menahan sabar lagi.
"Betul ke Nuha?" Tanya Ammar meminta kepastian. Dia tidak tahu mahu percaya atau tidak.
Nuha teragak agak mahu mengangguk.
Setelah melihat reaksi Nuha, Ammar mengeluh. Perasaanya sekarang bercampur baur. Memang dia marah dengan tindakan Nuha terhadap Nurani. Rupanya dia lah yang membuat Nurani pergi menghilangkan diri. Termasuk surat yang konon daripada Nurani. Nuha yang buat surat palsu tu? Ya Allah kejamnya.
"Dan kalau abang Am nak tahu. Dia ni langsung tak cintakan abang Am. Dia gunakan abang Am untuk kepentingan dan dendam dia saja. Memang niat dia nak jadikan abang Am sebagai orang suruhan dia. Dia nak buat abang Am macam orang bodoh. Itu tak cukup lagi ke membuktikan dia ni perempuan tak berhati perut?" Jari Aireena tak berhenti menunding ke arah Nuha.
Ammar memandang Nuha meminta isterinya itu untuk menjelaskan perkara yang Aireena cakapkan. Yang ini pun rancangan Nuha juga? Kenapa? Kenapa dirinya juga dijadikan mangsa?
Air mata Nuha mengalir laju. "Maafkan Nuha abang. Memang salah Nuha sebab Nuha tak fikir dulu sebelum buat. Nuha tahu Nuha salah." Dia cuba mencapai tangan Ammar namun lelaki itu menepis.
"Apa salah saya?" Ammar menggeleng seakan tidak percaya. Rupanya orang yang dia cinta sepenuh hati ialah seorang pengkhianat? Menyesal! Menyesal sungguh dia belajar mencintai Nuha. Dia ingatkan Nuha benar benar tulus menerimanya. Rupanya ada niat dan muslihat lain. Ammar sebak. Dia seakan tidak boleh menerima semua ini.
"Cukuplah dengan drama kau! Aku nak sekarang ni kau ikut aku jumpa Kak Nura!" Celah Aireena. Memang itu niatnya. Puas dia dapat menjatuhkan perempuan tak berhati perut itu. Pasti Nuha akan menyesal kerana bermain dengan api!
Nuha akur. Dia memang mahu sangat bertemu dengan Nurani. Tapi perasaanya seakan bercabang cabang. Dia juga risau pada Ammar. Dia takut Ammar akan membencinya tapi dalam masa yang sama, dia takut tidak sempat bertemu dengan Nurani. Dia hanya mengikuti Aireena.
**
Nuha akhirnya sampai di rumah Dayang. Dia melihat di dalam ruangan rumah itu terdapat ramai orang yang sedang membacakan Surah Yassin. Kaki Nuha seakan bergetar mahu memasuki rumah itu. Tapi hatinya tetap utuh. Dia mahu segera berjumpa dengan Nurani. Kakinya perlahan menapak memasuki rumah itu. Bacaan Yassin semakin kuat melalui telinga Nuha. Hatinya menjadi sebak melihat Nurani sedang terbaring lemah. Nurani kelihatan terlalu nazak.
"Nura..." panggil Nuha lalu melutut di tepi Nurani yang berbaring longlai.
"Kak Nuha.." sahut Nurani.
"Nura, Kak Nuha datang ni."
"Akhirnya Allah makbulkan doa Nura. Kak Nuha datang juga jumpa dengan Nura."
"Nura, Nura sakit ni. Kita pergi hospital ya?"
Nura geleng. Dia tak mahu pergi ke hospital. Tangan Nuha segera dicapai lalu dipegang seeratnya.
Nuha menangis sebak. "Nura, maafkan Kak Nuha. Selama ni Kak Nuha siksa Nura. Bagilah Kak Nuha peluang nak hidup dengan Nura macam dulu."
"Nura dah lama maafkan Kak Nuha. Nura minta maaf pada Kak Nuha sebab perbuatan Nura dulu. Kalau boleh, Nura bersyukur sangat Kak Nuha dah boleh terima Nura."
"Nura jangan tinggalkan Kak Nuha."
"Kak Nuha, boleh tak Kak Nuha cium dahi Nuha untuk kali terakhir. Supaya Nura boleh pergi dengan tenang. Nura sayang Kak Nuha sangat sangat." Pinta Nurani.
Nuha menangis teresak esak. Dia mengangguk lalu mencium dahi adiknya dengan penuh kasih.
Nurani tersenyum. Nafasnya pun terhenti. Nuha berusaha sedaya upaya memanggil Nurani supaya adiknya sedar tapi ternyata Nurani sudah tiada. Nuha menangis semahu mahunya. Bagai mahu pecah dadanya kerana debaran laju. Dia seakan tidak percaya satu persatu keluarganya pergi meninggalkan dirinya.
YOU ARE READING
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...