Bab 15

2.9K 102 2
                                    

"Mana satu cantik?" Soal Datin Harizah kepada Nuha. Dia mahu meminta pendapat Nuha tentang kasut tumit tinggi yang hampir kesemuanya cantik belaka. Rambang pula matanya melihat kasut-kasut tumit itu.

"Nuha rasa yang warna hitam ni cantik, aunty." Memang kasut yang dia katakan itu cantik betul. Jadi teringin mahu memiliki kasut tumit itu. Tapi bila dilihat harganya, mengucap panjang dia dibuatnya. Mahalnya kasut tumit itu ibarat gajinya dua bulan!

"Cuba Nuha pakai kasut tumit tu. Lepastu, jalan beberapa langkah. Aunty nak tengok."

Tanpa membuang masa, Nuha membuka kasut yang dipakainya. Kasut tumit tinggi berwarna hitam yang menjadi pilihannya disarungkan kekaki. Nuha memuji-muji kasut itu didalam hati. Dia tidak sangka dia ada peluang untuk menyarungkan kasut yang mahal itu kekakinya.

Nuha cuba berjalan beberapa langkah. Dia langsung tak kekok. Lancar saja pergerakannya.

Datin Harizah tersenyum melihat Nuha. Gadis itu didekatinya. "Nuha suka kasut tu?" Soal Datin Harizah.

"Suka. Tapi mahal betul harganya. Nuha tak mampu nak beli." Jawab Nuha merendahkan dirinya.

"Kalau suka, aunty belikan."

Mata Nuha membulat besar seakan tidak percaya. Biar betul Datin Harizah ni mahu belikan kasut untuknya? Sudahlah harga kasut tumit itu mahal bukan main lagi. Tapi dia tahu, tiada masalah pun untuk Datin Harizah membeli kasut itu walaupun harga kasut untuk mahal. Datin Harizah kan orang kaya. Tak luak mana pun hartanya kalau nak beli sepasang kasut tumit tinggi itu.

"Tak perlulah aunty. Nuha seganlah. Nuha tak pernah orang belanja barang mahal macam ni." Nuha perlahan menolak. Tapi sebenarnya dia mahu. Sengaja buat-buat tidak mahu supaya dapat mengaburi mata Datin Harizah. Barulah nampak macam orang baik-baik. Kalau diikutkan hati, mahu aje dia minta dibelikan berpasang-pasang kasut.

"Tak payah lah segan-segan. Nuha anggap aje ni hadiah sebab Nuha sudi kerja disyarikat aunty."

"Sepatutnya Nuha yang kena berterima kasih pada aunty sebab sudi ambil Nuha bekerja. Nuha ni bukan sesiapa nak diagung-agungkan, aunty."

Belakang Nuha diusap perlahan. Baik sungguh hati anak ini. Sejuk aje telinganya mendengar apa yang dikatakan Nuha. Betul-betul menepati ciri-ciri anak menantu idamannya. Sudahlah cantik, beradab sopan pula tu. Mana lah dia tak berkenan.

Walaupun Nurani pun sama santun orangnya, tapi dia kurang akrab dengan Nurani. Dia lebih selesa bersama dengan Nuha.

Selesai membeli kasut tumit tinggi untuk Nuha, mereka berdua keluar dari kedai kasut itu lalu menyinggah ke kedai baju pula. Sama seperti tadi, Datin Harizah membelikan Nuha banyak pakaian untuk ke pejabat.

Sesekali Nuha merenung wajah Datin Harizah yang ralit memilih baju itu. Senyuman sinis terukir dibibirnya. Gembira hatinya apabila dibelanja begitu. Datin Harizah seolah-olah lubuk emas untuknya. Dengan menggunakan Datin Harizah, pasti dia boleh mendapat apa saja dia mahu, termasuk anak lelakinya.

"Mula-mula aku akan pikat hati mama dia dulu, barulah aku boleh dapatkan Ammar. Bersiap sedialah untuk masuk perangkap yang aku cipta." Nuha ketawa sinis didalam hati.

PUKUL 8 MALAM, Datin Harizah menghantar Nuha pulang ke rumahnya. Boleh tahan penat juga meneman Datin Harizah membeli-belah. Daripada tengah hari sampailah ke malam. Tapi lumayan jugalah, banyak barang Nuha yang dibelanja Datin Harizah. Memang tak menyesal. Seronok adalah.

Nuha berjalan lenggang-lenggok memasuki rumahnya. Beg-beg kertas yang berisi barang yang baru dibeli diletakkan diatas lantai ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi rotan lalu tangannya membelek beg-beg kertas itu.

Sehelai dress dikeluarkan dari salah satu beg kertas itu. Nuha tersenyum lebar melihat baju itu. Lawa sungguh.

"Kat kedai tadi lawa sikit aje baju ni. Sampai rumah bertambah cantik pula."

Nurani yang memang mahu keruang tamu lantas mendekati Nuha. Banyaknya barang-barang yang Nuha belanjakan. Tak pernah dia lihat Nuha berbelanja banyak begitu. Gajinya sudah masuk ke? Tapi Nuha baru seminggu bekerja dengan Ammar.

"Banyak betul Kak Nuha beli barang." Tegur Nurani dengan satu senyuman.

Nuha yang mendengar hanya memberikan satu jelingan lantas membelek lagi beg kertas untuk melihat barang yang dibelinya. Kotak kasut dikeluarkan dari situ. Kasut tumit tinggi hitam yang cantik dan berkilau itu direnung lama.

"Cantik tak?" Soal Nuha kepada Nurani dengan wajah penuh keterujaan.

Nurani mengangguk laju. "Cantik sangat Kak Nuha. Pandai Kak Nuha pilih." Puji Nurani seikhlas hati. Memang cantik betul kasut itu. Teringin juga dia memiliki kasut tumit tinggi. Tapi dia tak pandai mahu menggayakannya. Risau jatuh tersungkur aje nanti.

"Kalau kau nak tahu, barang-barang ni semua... bukan aku yang beli."

"Kalau bukan Kak Nuha? Siapa pula?" Soal Nurani mahu kepastian.

"Bakal mak mertua kau yang belikan untuk aku. Hanya untuk aku." Nuha tersenyum sinis.

Nurani tergamam.

"Aku pun pelik sebenarnya... aku ni bakal menantu dia atau kau bakal menantu dia? Sayang betul Datin Harizah tu pada aku. Macam aku ni anak dia pula." Nuha memandang wajah Nurani yang sudah berubah itu.

"Baguslah kalau macam tu..." Nurani tersenyum untuk menyedapkan hati sendiri.

"Tadi sebenarnya aku ada teringatkan kau juga Nurani. Tapi, Datin kata dia belikan barang-barang ni semua untuk aku. Dia langsung tak teringat pada kau. Mesti kau sedih kan? Bakal mak mertua sendiri tak ingat menantu dia. Itu belum jadi menantu lagi. Kalau dah jadi menantu agaknya jadi apa lah kan?" Sindir Nuha lagi untuk membakar lagi hati Nurani yang memang sudah sakit itu.

"Datin Harizah memang baik orangnya. Nura bersyukur Kak Nuha rapat dengan dia. Tak adalah kekok kalau Ammar dan Nura dah selamat bernikah nanti." Balas Nurani. Tiada niat untuk menyakitkan hati Nuha. Dia cuma mahu memberitahu perkara yang benar saja.

Ammar menelefon dirinya untuk mempercepat majlis pertunangan mereka pada minggu depan. Kata Ammar lagi, hari nikah pun sama akan didekatkan pada 3 bulan lagi. Ammar mengatakan bahawa dia tidak mahu berlama-lama. Dia mahu segera menikahi Nurani.

"Aku tak rasa yang Datin Harizah tu sukakan kau, Nurani. Kalau dia suka, pasti dia akan belikan barang untuk kau. Lagipun, dia dah banyak berhabis duit nak belanja aku semua barang-barang ni. Semuanya berjenama mewah..."

"Di pejabat semalam pun sama juga, beria dia nak aku temankan dia lunch. Aku dah tolak pun dia masih memujuk aku turut serta. Kau tak rasa sesuatu yang aneh ke dengan bakal mak mertua kau tu? Aku rasa macam aku pulak bakal isteri Ammar. Lagipun kami berdua nampak serasi kan? Aku cantik. Ammar pula kacak, berharta pula tu. Lambat laun mesti Datin Harizah akan tukar fikirannya."

Hati Nurani bagai ditusuk besi panas. Sakit sungguh mendengar bicara Nuha. Apa memang sengaja ke kakaknya itu mahu membuatkan dirinya kecewa?

Dia takut apa yang dikatakan Nuha itu benar. Dia takut Datin Harizah tidak suka kepada dirinya lalu menghalang hubungannya bersama Ammar. Sungguh dia bimbang. Sudah tentu Ammar akan meninggalkannya menurut kata Datin Harizah. Restu seorang ibu itu melebihi segalanya.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang