Ammar ralit menekan papan kekunci di komputer ribanya sambil mata tekun memandang skrin. Dia harus menyiapkan kerjanya dengan segera. Walaupun sebenarnya dia sedikit lesu harini. Mungkin dia tak sempat bersarapan pagi tadi. Perut pula kosong asyik berbunyi.
Tekun sangat sampaikan Zarith berkali kali ketuk pintu dia tak dengar. Akhirnya Zarith memasuki bilik Ammar lalu duduk di atas kerusi dihadapan lelaki itu. Dia memandang Ammar lama sambil mengerut dahinya. Macam ada yang lain dengan Ammar ni. Macam dah tak terurus pun ada.
"Mar, aku tengok kau ni makin selekeh pula. Tak ada siapa uruskan kau ke apa ni?" soal Zarith mahukan kepastian.
"Ish merepek aje. Aku sama aje lah." Ammar cuba menafikan soalan Zarith.
Zarith hanya mengangguk walaupun hatinya masih tidak puas hati dengan balasan Ammar. Apa yang cuba Ammar tidakkan dengan soalannya tadi? Memang betul pun hakikatnya. Ammar memang tak sama macam dulu. Selekeh. Biasanya kalau datang pejabat pasti rapi dan kemas saja. Sekarang, pergi pejabat pun tak pakai tali leher. Alasannya asyik tak sempat ataupun terlupa nak pakai tali leher. Makin kurang berdisiplin saja.
"Lagi satu aku nak tanya kau. Kau dah berapa hari tak makan ni? Cengkung je aku tengok kau ni. Lesu sangat." Makin pelik Zarith melihat fizikal Ammar sekarang ni. Bukan setakat tak kemas. Makin kurus lagi. Dua bulan lepas ada juga la dia tengok pipi Ammar naik sikit nampak berisi. Sekarang makin lama makin kurus.
"Nampak ke? Aku diet. Amalkan pemakanan yang sihat." Jawab Ammar sambil tersengih. Padahal dia bukannya diet pun. Memang dia kurang makan dan berat badannya turun.
"Oh. Aku ingatkan kau sakit. Risau aku. Buat apa lah diet diet ni? Bini kau sayang juga kan kalau kau gemuk pun?" Zarith cuba melawak.
Sebut saja pasal Nuha, tiba tiba telefon Ammar berdering tanda ada panggilan masuk. Lihat saja nama Nuha terpapar di skrin, Ammar mengeluh. Panjang pula umur isterinya itu. Ammar segera menjawab panggilan telefon Nuha.
"Kenapa sayang?"
Zarith hanya memerhati saja riak wajah Ammar yang mula berubah keruh.
"Okay abang balik sekarang. Tunggu abang kat rumah." Ammar segera mematikan panggilan. Dia bangun dari duduknya lalu mengemas fail yang bersepah di atas meja.
"Eh kau nak kemana pula ni?" Soal Zarith aneh melihat Ammar bergegas mahu beredar.
"Isteri aku suruh aku balik. Aku balik dulu Zar. Apa apa kau tolong aku uruskan hal pejabat ni." Ammar sempat menepuk bahu Zarith sebelum dia keluar dari biliknya itu. Dia mahu cepat sampai ke rumah supaya dapat berjumpa dengan Nuha. Kata Nuha ada masalah di rumah. Itu yang dia tak berlama lama untuk pulang.
Sampai sahaja di rumah, Ammar terus berlari anak menuju ke bilii untuk mendapatkan Nuha. Wajah risau terpamir apabila dia melihat Nuha sedang terbaring sambil bermain telefon pintarnya. Dari pandangannya Nuha seperti elok saja.
"Nuha sakit apa? Kenapa Nuha suruh abang balik?" Soal Ammar sambil menarik nafasnya yang tercungap cungap."
"Nuha nak minta abang urutkan kaki Nuha." Nuha meletakkan telefonnya di tepi. Dia tersenyum manis pada Ammar yang berdiri dihadapannya.
"Nuha, kejap lagi abang ada meeting dengan client penting tahu tak? Takkan sebab Nuha nak urut abang kena balik. Boleh kan tunggu abang balik?" Marah Ammar namun suaranya masih lembut. Mana dia tak marah, Nuha telefon dia tadi macam ada kecemasan saja. Ingatkan ada sesuatu berlaku pada Nuha, rupanya Nuha mahu diminta urut.
"Lepastu? Nuha ni tak penting ke?" Nuha membidas kembali. Keningnya terangkat kerana tidak puas hati mendengar ucapan Ammar yang seperti tidak mempedulikan dirinya.
"Bukan tak penting. Tapi kalau urut tu malam ni boleh Nuha." Balas Ammar sambil mengeluh. Nafas berat dilepaskan sambil dia menongkat tangannya di bucu meja. Wajahnya kelihatan kusut sekali.
"Oh kalau pasal Nuha abang nak tangguh tangguhkan. Kalau kerja tak nak pula tangguh?" Wajah Nuha mula berubah masam. Jadi terasa pula hatinya melihat Ammar yang seakan berat mahu menolongnya.
"Bukan macam tu, abang tak kisah pun kalau abang kena bagi sepenuh perhatian pada Nuha. Abang faham Nuha sakit, Nuha letih. Tapi, sekali aje, Nuha tolong faham abang. Abang ada hal yang penting untuk syarikat abang." Ammar cuba untuk membuat Nuha faham apa yang dia cuba sampaikan.
"Suka hati abang lah. Abang buat lah apa yang abang nak buat. Lepas ni abang hantar Nuha pada abang Nadim. Biar abang Nadim jaga Nuha. Nuha kan suka susahkan abang. Lepasni Nuha dah tak kacau abang dah." Air mata Nuha mula jatuh menitis. Bukan dia sengaja mahu membuat Ammar mengasihani dirinya. Memang betul dia terasa dengan kata kata Ammar. Mungkin sebabkan dia berbadan dua. Itu yang membuatkan emosinya jadi mudah berubah.
Ammar kelam kabut mendekati Nuha. Dia tak sangka pula Nuha akan menangis. Dia cuba mencapai tangan Nuha untuk memujuk.
"Nuha, abang minta maaf. Abang tahu Nuha terasa dengan abang. Tapi abang tak maksudkan pun nak buat Nuha menangis sayang. Abang minta maaf memang salah abang."
Air mata Nuha makin laju mengalir seperti air terjun.
"Abang marah Nuha, Abang dah tak sayang Nuha." bahu Nuha terhenjut henjut kerana menangis.
Ammar mula risau. Kepala Nuha di belai lembut lalu dia cium ubun ubun Nuha.
"Abang minta maaf sayang. Abang tahu abang silap. Abang minta maaf ya. Lepasni abang tak marah Nuha dah. Abang tak mahu kehilangan Nuha. Nuha nyawa abang tahu?" Pujuk Ammar dengan air muka risau dipaparkan.
Nuha memandang Ammar lama. Dia kadang kasihan dengan Ammar. Terpaksa melayan karenah dia. Sudah lah Ammar dah macam tak terurus. Siang bertungkus lumus uruskan pejabat. Balik saja ke rumah, dia uruskan rumah pula tanpa rehat. Nuha terfikir, patut ke dia dera lelaki sesabar Ammar.
"Abang pergi la kerja. Abang kata ada meeting." Pipi Ammar dipegang lama. Terasa tidak sampai hati pula melihat Ammar. Pasti lelaki itu letih.
"Tak apa lah. Abang lagi sanggup kehilangan harta benda abang daripada abang hilang orang yang abang cinta."
Nuha tersentuh. Tangan Nuha beralih ke tangan Ammar pula.
"Nuha tak marah abang dah. Abang pergi lah kerja. Malam ni Nuha ingat nak masakkan abang paprik campur. Abang suka tak?" Nuha tersenyum kembali. Dia mengelap air mata yang mula surut itu.
"Mestilah abang suka. Apa saja yang isteri abang masak pasti menjadi kegemaran abang."
Nuha ketawa kecil.
"Kalau macam tu, abang pergi kerja. Malam ni abang balik, abang urut Nuha ya."
Nuha tersenyum sambil mengangguk. Dia menghantar pandangan pada Ammar yang keluar dari biliknya itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...