Langkah diatur menuruni tangga untuk menuju ke pintu utama rumahnya itu. Jam tangan berjenama Rolex yang terletak dipergelangan tangannya dikerling sekilas. Masih awal lagi untuk pergi ke pejabat. Sebab itu dia tidak berapa kelam kabut sangat.
"Kau dah nak pergi kerja ke?" Soal Nuha yang datang dari arah dapur.
Langkah Ammar terhenti dihadapan tangga. Dia mengangguk sambil menunjukkan riak dingin. Tali lehernya dibetulkan supaya lebih rapi.
"Tak nak sarapan dulu? Aku ada masak nasi goreng."
"Kau pelawa aku makan masakan kau?" Kening Ammar terangkat tinggi. Dia menongkat tangannya pada pemegang tangga.
Nuha cuma mendiamkan diri. Dia tahu pasti Ammar akan memandang remeh dirinya dan menghina masakannya.
"Dah aku nak pergi office. Kau masaklah. Malam nanti aku balik aku nak makan." Ammar meneruskan langkahnya menuju ke pintu utama.
Nuha hanya memerhati sambil tersenyum kecil. Ammar menyuruhnya untuk masak? Dia tidak salah dengar kan? Tak pernah-pernah Ammar mahu pekena makanan yang dia masak tiba-tiba pula malam ni lelaki itu menyuruhnya masak. Kena sampuk jin ke apa Ammar ni?
Atau Ammar terasa serba salah sebab pergaduhan semalam? Yalah Ammar kan asyik mahu menyalahkan dirinya. Pasti Ammar terasa yang dirinya keterlaluan. Padahal apa yang Nuha cakap semalam banyak auta dari fakta.
"Ah lantaklah. Yang penting aku kena masak sedap-sedap." Nuha lantas berjalan laju menuju ke dapur. Dia berfikir sejenak mahu masak apa.
ZARITH melangkah memasuki lift yang baru terbuka. Butang nombor 3 ditekan lalu dia menunggu pintu lift itu tertutup. Hampir sahaja pintu lift itu ditutup rapat tiba-tiba ditahan oleh Ammar. Ammar menapak kedalam lift sambil membetulkan butang baju dipergelangan tangannya.
"Lambat kau sampai harini?" Soal Zarith.
"Aku singgah sarapan tadi kejap. Tak sedar dah lambat."
"Aik. Tak kan tak sarapan kat rumah? Orang tu kan dah berbini mesti bini dah sediakan sarapan pagi-pagi." Sindir Zarith sambil tersengih.
"Tak ada maknanya. Kalau dia masak pun aku tak akan makan lah. Takut pulak aku tertelan racun. Mati kejung aku dibuatnya nanti." Ammar menggeleng laju.
Zarith mengekek ketawa. "Kau ni tak baik lah. Kau suami dia kot. Takkan lah dia sanggup nak racun kau. Kalian kan kahwin kerana saling mencintai." Zarith memerli membuatkan Ammar mencebik panjang. Mereka berdua lantas menapak keluar apabila pintu lift terbuka luas.
"Kau jangan nak sindir aku pula. Jangan mimpi aku akan cintakan dia. Aku dah cakap kan aku akan cintakan Nurani saja."
"Aku tahu lah. Aku kenal kawan aku. Kalau dah setia tu, tak mahu tukar lain kan?"
"Betul sangat. Aku bukan macam kau, Zar. Sehari boleh tangkap 5 mangsa." Giliran Ammar pula menyindir Zarith.
"Amboi, Mar. Sempat kau perli aku. Dah lah aku masuk bilik aku dulu. Apa-apa jumpa masa lunch."
"Aku tak lunch dengan kau kot hari ni. Aku nak pergi rumah Nurani. Aku nak jumpa dia."
"Kalau macam tu baiklah. Aku masuk bilik aku dulu." Kaki Zarith mengorak langkah menuju ke bilik pejabat.
"ASSALAMUALAIKUM." Ucap Ammar dari hadapan rumah Pak Yussof. Pintu rumah itu diketuk perlahan. Niatnya mahu bertemu dengan Nurani. Rindunya terlalu kuat sehingga dia tidak dapat menahannya. Dia harus melihat Nurani untuk melepaskan kerinduan yang lama terbuku.
"Waalaikumsalam." Balas Nurani sambil terbatuk kecil. Dia membuka pintu yang dari tadi diketuk dari luar. Senyuman Nurani termati apabila kelibat Ammar terpacul diluar rumahnya. Pintu itu mahu dia tutup semula tapi sempat ditahan Ammar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...