Ammar perlahan menolak kerusi roda yang diduduki Nuha menuju keluar dari hospital itu. Hari ini Nuha sudah dibenarkan pulang tapi keadaannya masih belum sepenuhnya pulih. Doktor berpesan yang Nuha harus cuba untuk memulihkan dirinya dengan bantuan Ammar. Nuha dipapah memasuki kereta lalu kerusi roda tadi dilipat lalu dimasukkan kedalam bonet kereta. Mereka berdua bertolak dari kawasan hospital itu.
"Abang Nadim tengah tunggu kita kat rumah. Dia kata dia tak sabar tengok kau balik." Ujar Ammar . Matanya tekun melihat kearah hadapan. Dia memandu dengan berhati hati sekali.
Nuha tersenyum manis. Dia benar benar teruja memandangkan Nadim mahu tinggal bersama dirumah mereka. Puas jugalah Ammar pujuk tapi Nadim kata dia belum sedia untuk meninggalkan rumah tinggalan Pak Yussof dan Mak Asmah. Tapi setelah dipujuk rayu oleh Ammar, akhirnya Nadim bersetuju. Dia tinggal bersama mereka untuk menjaga Nuha yang sakit.
"Bila agaknya saya boleh sihat ya? Tak seronoklah kalau nak pergi mana mana guna kerusi roda..." Nuha memuncungkan bibirnya. Semenjak sakit ni pergerakannya terbatas. Dia mahu kemana mana pun susah sekarang ni. Rindunya mahu berjalan seperti biasa,
"Doktor kata tak lama lagi kau sihat lah. Cuma kena usaha sembuhkan diri." Balas Ammar.
Nuha hanya mengangguk faham. Sebenarnya dia tak sabar mahu sampai kerumah. Pasti Nadim sedang menunggunya dirumah.
Sampai sahaja di rumah, Nadim segera keluar dari keretanya lalu menuju ke bonet untuk mengeluarkan kerusi roda dari bonet kereta. Kemudian dia mendapatkan Nuha lalu dipapah isterinya untuk duduk diatas kerusi roda tersebut. Ammar menolak perlahan kerusi roda Nuha ke arah pintu rumah mereka.
"Assalamualaikum." Ucap Nuha dengan nada gembira. Pasti Nadim akan menyambutnya yang baru pulang ke rumah.
"Waalaikumsalam" pintu dibuka dari dalam. Kelihatan Nadim yang membuka pintu tersenyum manis memandang Nuha. Namun dalam gembiranya melihat Nuha pulang, perasaan risau lebih kuat. Dia benar benar mahu tahu punca Nuha dimasukkan ke hospital.
Kerusi roda diusung dengan tangannya menuju ke sofa berdekatan untuk memberi ruang kerusi roda Nuha masuk kedalam rumah. Wajah bimbang dipaparkan.
Nuha seakan sudah tahu apa yang terbuku dilubuk hati Nadim lantas tersenyum nipis. "Abang Nadim janganlah risau. Nuha okay sajalah." Ujar Nuha mahu menenangkan Nadim. Dia kasihan pula melihat wajah Nadim yang benar benar risau itu. Sebolehnya dia tak mahu Nadim risau akan dirinya.
"Macam mana Nuha boleh masuk hospital? Abang Nadim nak tanya Ammar tapi tak sempat pula. Lepas saja Ammar amik abang Nadim, dia terus di hospital kembali nak jenguk Nuha. Terkejut abang Nadim bila Ammar cakap Nuha masuk hospital. Nuha sakit apa?"
"Nuha kena hempap dahan besar." Ammar mencelah. Dia masih merasa serba salah dengan kejadian kemarin.
"Kenapa pula?" Nadim makin terasa ingin tahu. Bahaya tu kena hempap dahan. Kalau teruk boleh mati tahu?
"Patutnya Ammar yang jadi mangsa kena hempap dahan tu. Tapi Nuha selamatkan Ammar dan dia pula yang kena." Jelas Ammar sambil menunduk. Segan pula ingin menatap wajah Nadim. Apa agaknya anggapan Nadim terhadapnya kerana menjadi punca kecedaraan Nuha.
"Tak ada apalah abang Nadim. Nuha kebetulan lalu situ. Nuha ternampak dan niat Nuha nak bantu Ammar. Tapi salah Nuha la tak elak dahan tu. Bukan salah Ammar pun. Dia tak nampak pun dahan tu nak jatuh ke bawah. Lagipun, kalau Nuha yang berada di tempat Ammar, pasti Ammar pun akan buat benda sama juga. Tak akan orang yang mahu pasangannya ditimpa kemalangan, kan?" Nuha cuba menenangkan hati kedua belah pihak. Dia tahu keadaan sudah menjadi janggal.
"Yang penting Nuha selamat, dah buat abang Nadim lega. Cuma selepas ni kalian kena pandai jaga diri. Ammar, abang Nadim amanahkan Ammar untuk menjaga, mendidik dan menegur Nuha. Sebab abang Nadim tahu Ammar seorang lelaki yang baik."
Ammar mengangguk perlahan.
"Okay lah abang Nadim. Nuha nak berehat. Abang Nadim pun kena rehat juga tau. Jangan banyak fikir. Nuha tak mahu abang Nadim pula jatuh sakit sebab Nuha."
Ammar menolak perlahan kerusi roda Nuha menuju ke tangga. Dia menghentikan kerusi roda itu disitu membuatkan Nuha tidak senang duduk. Kenapa pula lelaki ini berhenti disini? Dia mahu membawa Nuha kebiliknya?
"Awak kenapa berhenti? Bilik saya kat dapur kan?" Soal Nuha ingin tahu.
"Masa kau sakit ni, kau kena lah tidur bilik aku. Kalau tak siapa nak tengokkan kau? Aku bukannya rajin nak ulang alik ke bilik kau."
"Kalau macam tu saya duduk bilik lain lah. Bilik yang ada abang Nadim pun okay aje. Abang Nadim boleh tengokkan saya."
"Kau nak abang Nadim fikir bukan bukan tentang kita ke? Kalau dia tengokkan kau pun, dia tak boleh buat apa? Dia pun sakit juga. Kau nak menyusahkan abang Nadim ke? Ikutlah kalau kau nak tengok abang Nadim sakit balik." Ammar memeluk tubuh sendiri. Penat juga mahu melayan Nuha yang banyak songeh ni. Ada saja soalan dan jawapan yang keluar dari mulut Nuha.
"Yalah. Ikut awak lah." Nuha akhirnya akur.
Ammar menghela nafasnya. Dia mendekati Nuha lalu mencapai kaki wanita itu. Dia mahu menduduk tubuh itu untuk membawanya ketingkat atas.
"Eh apa awak nak buat ni." Soal Nuha. Dia kurang selesa dengan perlakuan Ammar yang secara tiba tiba mencempung dirinya.
"Jangan banyak mulut boleh tak? Kalau aku tak dukung kau naik ke atas. Macam mana kau nak ke bilik aku? Terbang ke?"
"Awak boleh aje kan papah saya?"
"Kaki kau kuat ke nak daki setiap anak tangga ni? Dah tak sayang kaki dah ke?"
Nuha terdiam. "Sikit sikit nak marah. Aku tumbuk muka kau baru tahu." Gumam Nuha sambil mengecilkan matanya. Geram sungguh dengan suaminya itu. Tak ada budi bahasa langsung. Asyik nak marah aje kerjanya macam singa putus misai!
Nuha hanya membenarkan sahaja Ammar mengendongnya naik ke tingkat atas walaupun berasa sedikit janggal. Maklumlah dia tak pernah didukung mana mana lelaki sebelum ini. Bila Ammar mengendong dirinya memberikan rasa pelik pula. Tapi ada lah juga rasa seronok. Wajah Ammar ditatap lama.
"Fuh. Kacak betul mamat ni kan. Patutlah aku cair juga masa pertama kali jumpa dia. Tapi sayangnya tak ada adab. Panas baran pula tu. tak sweet langsung! Kerja nak menyakitkan hati orang aje." Kata Nuha dalam hati.
"Tak payah nak tenung aku macam tu. Aku tahu aku memang kacak. Tapi tak bermakna kau boleh pandang aku macam nak makan aku saja. Meluat aku tengok tahu tak?" Ujar Ammar memeranjatkan Nuha. Terus Nuha mengalihkan penglihatannya. Merah padam muka Nuha kerana menahan malu yang teramat.
Sampai sahaja didalam bilik Ammar, dia meletakkan tubuh Nuha diatas katil. Kemudian dia duduk dibirai katil sambil matanya memandang Nuha yang masih berusaha untuk mengalihkan pandangan.
"Dah tak payah nak belakon sangat macam tu. Aku nak turun kejap." Ammar kembali bangkit dari duduknya.
"Awak nak pergi mana?" Soal Nuha.
"Nak masakkan bubur lah bagi kau makan. Kalau kebulur kang datang sakit lain pula."
Nuha hanya mengangguk akur. Dia tersenyum nipis. Terasa dihargai pula bila Ammar berkata begitu. Dia memang suka bubur nasi yang Ammar masak. Sedap sangat.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...