BAB 10

23.3K 947 42
                                    

~ not-edited~

BAB 10

Love is like the wind, you can't see it but you can feel it – Dutch Quotes

Cepat-cepat aku berpatah kembali ke arah Haidar. Wajahku berkerut seribu menahan rasa. Tangan rasa ringan nak humban basikal ke atas spesis homo sapien itu! Kalaulah aku punya kekuatan seperti itu.

Berhenti di hadapannya.

"Awak nak apa?" soalku garang.

Haidar senyum macam tiada apa yang berlaku.

"Saya perlukan baju baru."

"Bukan urusan saya!"

"At least say sorry."

Ayatnya itu bagaikan memetik satu suis dalam diriku. Terus ke sistem limbik, mengaktifkan skala kemarahan. Terasa menggelegak darah dari kaki sehingga ke kepala.

"Well.. a jerk taught me, we don't always need to apologize even after making a terrible mistake!" bidasku geram. Jelingan maut tak dilupakan.

"Indeed a jerk. Should have taught you better!" balasnya tanpa rasa bersalah. Pura-pura tak faham. Dasar tak tahu malu!

"Tapi saya perlukan baju baru!" ulangnya lagi macam apa yang aku katakan tadi hanyalah angin lalu. Ya.. memang tak tahu malu!

"Pergilah balik hotel, tukar baju!" Aku masih tak faham.

"But I have automysophobia."

Apa fobia? Aku bingung.

"Saya benci kotor. Dan bila saya berada dalam keadaan kotor, saya akan mendapat serangan panik, palpitationdan.."

"If I buy you a new shirt, that stupid phobia of yours will be curable, right?" Aku potong dengan suara sinis. Malas nak dengar dia auta. Aku lebih kenal dia, jadi aku tahu apa yang dia mahu sebenarnya. Haidar seorang yang penuh dengan tipu helah.

Lebar senyumnya setelah itu. "Perfectly!"

Aku julingkan mata ke atas.

"Okay, fine! Saya diajar untuk jadi seorang yang bertanggungjawab. Sebab saya dah rosakkan baju awak, jadi saya akan gantikan baju awak! Jangan ingat saya nak sangat dekat-dekat dengan awak pula!" Aku sempat memberi amaran kepadanya.

Kemudian mula berjalan dulu tanpanya. Dah tentu sempat aku buat muka dengannya supaya dia tahu aku tak ikhlas langsung. Aku tahu dia akan mengikutku. Ternyata benar bila tak sampai sesaat, kedengaran dia berlari anak untuk menyaingiku. Pasti sekejap saja dengan kaki dia yang panjang itu.

Kami berjalan beriringan. Dia buatkan basikalku dah tiada gunanya. Bila terasa dekat, aku akan menjelingnya penuh amaran. Sila jalan jauh-jauh denganku! Dia ingat aku sudi untuk dekat-dekat dengannya? Kadang-kadang dia ikut, kadang-kadang dia buat tak tahu. Pasti saja aku pula yang menjarakkan diri dengannya setelah itu. Menjauhinya umpama dia pembawa virus Ebola.

"Awak nak beli kat mana?" soalku. Dah sepuluh minit berjalan, tapi kami masih sepi. Selagi aku tak buka mulut, selagi itulah Haidar bagaikan bayang-bayangku. Dahlah tiap kali menoleh ke arahnya, pasti dia sudah menyambut pandanganku. Dia ni tak reti tengok depan ke? Kalau terlanggar pokok nanti, memang aku buat-buat tak kenal dah!

"Terserah. Awak nak beli kat mana?" Aku pula yang ditanya.

"Decide. Ini bukan kali pertama awak di Amsterdam." Geram aku dibuatnya. Bukan aku tak tahu dia selalu merantau seluruh dunia. Amsterdam salah satunya.

"So are you. I always know Amsterdam is a place that you wish to visit more than once." Kata-katanya itu lantas mengimbau memori silam. Ketika makan malam romantik kami. Ketika dia baru pulang dari bertugas. Ketika aku sangka, akulah insan yang dicarinya dulu sebaik sahaja jejak tanah.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now