BAB 5

25.3K 1.1K 323
                                    

~ not-edited~

BAB 5

Many, while performing the foulest deeds, use the fairest words – Democritus

Curiga. Sekali benih menapak, tunasnya akan terus bercambah. Jika dilayan, akan menjadi overthinking. Dan jika dibiarkan, akan selalu menghantui. Jadi, apakah yang harus aku lakukan? Sedangkan aku sendiri sedang keliru dengan rasa hatiku.

Adakah sesuatu yang sedang memberi amaran padaku? Atau sekadar syaitan yang membisikkan keraguan dan rasa was-was? Aku sendiri tak tahu.

Sudahnya aku biarkan saja. Kesibukan jadual harianku mengalihkan perhatianku. Aku tak punya tempahan mekap untuk beberapa hari ini. Memang aku dah kosongkan untuk persiapan majlis perkahwinan abangku dulu.

Sehinggalah malam Sabtu. Aku dah bersetuju untuk menjadi MUA Atisha, si model jelita yang aku pernah jumpa dulu. Anak perempuan kepada Aunty Muna.

"Suria!" Aku mendengar suara penuh keterujaan menegurku. Bila berpaling, kelihatan Aunty Muna yang bergaya dalam sut formal berwarna merah. Sedang tersenyum lebar.

Melihatnya, automatik reaksiku juga sama.

"Aunty!" Kami bersalaman sebelum berpelukan. Erat pelukannya.

"Ya Allah.. lamanya tak jumpa Su. Sihat?" Gaya mak-mak sangat ketika bertanya.

"Sihat. Aunty?"

"Alhamdulillah, juga sihat. Aunty tak sangka Su boleh jumpa Tish. I'm really happy to see you here." Aku kira Tish itu adalah nama panggilan untuk Atisha.

Aku hanya senyum.

"I wish I have more time. We'll talk later okay, darling? Tish ada kat dalam bilik tu."

Aku angguk. Sempat ditunjuknya aku arah satu bilik sebelum dia meninggalkanku. Aku faham. Aunty Muna nampak betul-betul sibuk. Seperti yang pernah Atisha cakap dulu, malam ini Aunty Muna yang menjadi sponsor, menganjurkan pertunjukan fesyen ini.

Aku berlalu ke arah bilik yang ditunjukkan oleh Aunty Muna.

"Suria. Hey, girl!" Atisha menegurku. Reaksinya mengingatkanku pada ibunya. Memang mak borek, anak terlebih rintik. Spontan aku ketawa.

"Hai," tegurku sebelum bersalaman dan bergesel-gesel pipi dengannya. Pakaian Atisha masih santai. Berseluar jeans biru dan berblaus putih. Wajahnya bersih tanpa mekap.

Di dalam bilik yang luas itu, ada beberapa gadis jelita berkaki panjang. Model-model peragaan untuk malam ini. Semuanya nampak sedang bersiap-siap. Masing-masing punya mekap artis tersendiri. Ada juga yang aku kenal. Ada juga muka baru.

"Terima kasih sebab sudi terima pelawaan I. I bersyukur sangat."

Aku senyum dulu.

"Don't bother. You pay me," ujarku. Walaupun bayaran bukan menjadi isunya, tapi aku tetap berada di sini dan dia membayarku untuk khidmatku itu. Ianya tetap satu perniagaan. Jadi tak payahlah layan aku umpama aku ini baru lepas membuat kerja amal jariah.

"Jom, kita ke table I!" ajak Atisha. Ditariknya aku ke arah satu meja solek yang paling hujung. Boleh tahan besarnya. Ada lampu putih menyala di sekeliling cermin vanity itu, memberikan pencahayaan yang cukup untuk sesi olekan nanti.

"You duduklah dulu. I nak pergi toilet kejap. Nanti kalau dah mula mekap, mahu kena batu karang, sebab lama sangat tahan kencing."

Aku ketawa mendengarnya. Entah kenapa rasa kelakar. Faham kalau dah mula mekap, jangankan nak pergi kencing. Dia nak bergerak pun entah-entah aku haramkan nanti. Haha.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now