BAB 20

19.2K 999 87
                                    

~ not-edited~

BAB 20

The sound of heart is the loudest to the right ears – Suria Andreana

Sebaik sahaja kaki menjejak anak tangga yang terakhir, aku terus mengecamnya. Dia yang kacak seperti selalu dengan jeans dan jaket kulit mahalnya. Aku melihat kedua-dua tangannya sedang memegang sesuatu.

Aku tak tahulah sama ada aku yang obses dengannya tanpa sedar, sehingga cepat saja menangkap susuknya meskipun dia masih belum sedar dengan kehadiranku. Atau memang auranya yang kuat yang buatkan dirinya senang saja dijejaki walaupun di kalangan khalayak. Atau sebab sememangnya dia berbeza dengan orang tempatan di sini. Atau mungkin semua di atas.

Bagaikan dapat merasakan dirinya diperhatikan, aku melihat dia berpusing ke arahku. Bibir merahnya merekah senyuman seperti selalu, menyerlahkan sepasang lesung pipit kebanggaannya. Dan dia tanpa membuang masa, terus melangkah ke arahku.

Aku juga mengatur langkah mendekatinya.

"Hai, little sun!" tegurnya ceria.

Aku senyum dulu sebelum membalasnya.

"Hai."

"Oh, caffe latte! Your favourite." Haidar bagaikan teringat sesuatu terus menghulurkan satu cawan kertas ke arahku.

"Thanks." Aku menyambutnya. Terasa kehangatan dari cawan kertas itu berpindah ke tanganku. Sedut baunya. Aromanya membuak-buak. Nikmatnya.

Jam menunjukkan hampir tengah hari. Tapi memandangkan cuaca hari ini agak sejuk, memang sesuai untuk minum kopi. Lagipun, pagi tadi aku tak sempat pekena kopi gara-gara sibuk mengejar masa. Tak sangka dapat durian runtuh. Haidar ini tahu-tahu saja.

"Let's go," ajak Haidar.

Aku hanya angguk.

Hari ini merupakan hari terakhir perjanjian kami. Hari terakhir kami keluar date bersama. Haidar menungguku di depan pejabat Aunty Muna. Hari ini Atisha punya penggambaran muka depan majalah di sebuah taman dan aku mengikutnya sebagai mekap artisnya. Ini pun aku baru habis.

"Awak nak buat apa hari ni?" soalku kepada Haidar.

Dia mastermind segala date kami memandangkan semua ini adalah untuknya, bukan aku. Setiap kali keluar dengan Haidar, aku ingat bila balik makin tinggi risiko aku nak kena hemorrhagic stroke. Tapi, yang jadi ternyata sebaliknya. Aku rasa seronok. Nak buat macam mana? Dalam kewujudannya yang menyakitkan hati itu, dia tetap seorang yang menghiburkan. Hakikat seorang Haidar.

"Kita pergi lunch dulu. And after that, let's just get lost in the city."

Maksudnya, dia tiada perancangan pun sebenarnya.

---

Haidar membawaku makan di Restoran Rasa, sebuah resoran halal ala-ala Jepun yang turut menghidangkan makanan orang Malaysia. Banyak juga pilihan menu yang ada. Aku hanya memesan nasi kerabu manakala Haidar pula memesan sate ayam.

"Ya Allah, rindunya masakan Melayu!" Bersinar-sinar mataku bila melihat pelayan datang meletakkan hidangan kami.

Pelayan perempuan itu hanya tersenyum-senyum melihat gelagatku. Agaknya tahu apa yang aku cakap walaupun dia tak faham bahasa Melayu. Peramah dia mengucapkan selamat menjamu selera kepada aku dan Haidar sebelum berlalu.

"Then awak patut balik ke Malaysia," komen Haidar pula.

Aku mencebik. Enggan megulas. Kemudian capai sudu dan garpu sebelum mula makan. Rasanya boleh tahan. Tapi, mana boleh lawan dengan air tangan di tanah air sendiri.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now