BAB 13

23.8K 1K 127
                                    

~ not-edited~

BAB 13

There is no remedy for love but to love more – Henry David Thoreau

Hari ini merupakan hari yang penting untuk Atisha. Dia punya interviu dengan pihak kosmetik Estee Lauder. Estee Lauder sedang mencari dua orang wanita baru untuk menjadi model produk kosmetik mereka.

Mula-mula dulu Atisha hanya sekadar mencuba. Isi borang secara atas talian untuk suka-suka. Dan selepas itu, dia melepasi proses tapisan dan telah dipanggil untuk interviu sesi pertama. Kata Atisha, dia tak pernah berharap. Sebab dia tahu ramai calon lain yang lebih bagus. Bayangkanlah betapa gembiranya bila dia lulus!

Kini dia layak untuk ke sesi kedua. Tapi, bezanya, sesi kedua ini diadakan seperti satu pertandingan pula. Atisha harus bersaing dengan sembilan calon yang lain dan mengharapkan markah daripada beberapa juri. Ada beberapa tugasan yang diberikan kepada semua calon untuk dilaksanakan. Sesiapa yang terpilih boleh terus ikat kontrak hari ini juga. Beruntung, kan?

Aku dan Mary Anne juga turut ada dengannya. Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan Atisha nampak sempurna selalu. Aunty Muna dan Eshan turut hadir untuk memberi sokongan. Malah, ramai juga orang luar yang menjadi penonton. Setiap calon pasti ada tukang sorak mereka.

Dan untuk sesi yang terakhir, semua calon harus menyolek wajah mereka dengan produk kosmetik dari Estee Lauder sepenuhnya. Kiranya para penemu duga mahu melihat hasilnya nanti jika tanpa menggunakan alat mekap dari produk lain.

Aku pula yang jadi teruja. Yalah.. itu adalah tugasku untuk bermain-main dengan wajah Atisha. Mekap Estee Lauder boleh tahan mahal harganya. Jadi, bila dibentangkan segala jenis alat mekap secara percuma, tambah pula boleh guna sesuka hati, tak ke seronok? Apatah lagi, ada produk yang tak pernah masuk pasaran Malaysia. Selain itu, boleh juga gunakan skincare dari Estee Lauder juga untuk prep. Secara percuma juga. Double seronok!

Sebagai seorang mekap artis, memang tak dinafikan yang aku mempunyai koleksi produk kosmetik daripada pelbagai jenama. Sebab itu kadang-kadang makeup case pun dah mengalahkan bagasi. Nak mekap klien aku pun aku memang akan campur-campur mekap. Sebab lain orang, lain seleranya. Lain orang, lain bentuk wajahnya. Tengok juga teknik mekap macam mana yang dimahukan oleh mereka. Sebab itulah agak mencabar juga sebenarnya kali ini. Tapi aku akan cuba yang terbaik untuk hari penting Atisha ini.

Atisha memberi kepercayaan penuh kepadaku untuk memilih cara mekap yang sesuai dengannya. Agak sukar juga memandangkan MUA model-model lain aku pasti handal-handal belaka. Jadi, aku guna sesuatu yang hanya ada pada Atisha dan tak ada pada model-model tempatan di situ.

Asian look.

Orang Asia terutama sekali Korea sangat terkenal dengan glass skin mereka. Sekarang malah menjadi trend di barat juga. Jadi, aku jadikan wajah Atisha nampak seakan-akan seperti itu. Dengan foundation dari Estee Lauder, semuanya jadi mudah sebab finishing dia memang lawa.

Ini adalah satu pertaruhan. Aku tak tahu penerimaan orang barat dengan gaya mekap orang Asia, sebab itulah bahagian mata Atisha aku buat biar kelihatan lebih menyerlah. Sebab bagi aku, kecantikan seorang wanita itu ada pada matanya. Mekap mata itu mahal seninya. Itu hanya pandangan peribadi aku.

Aku semburkan Set + Refresh Perfecting Makeup Mist pada wajah Atisha sebagai penyudahnya. Supaya mekap nampak segar dan tahan lebih lama. Molekul yang halus untuk face mist itu langsung tak mengganggu mekap Atisha.

"Done. Congratulation, girl! Your face now is worth more than $1000," gurauku. Harga skincare dan mekap yang tertampal di wajah Atisha sekarang ini. Itu kalau USD. Kalau Ringgit Malaysia? Boleh kaya penyamun andai kata boleh samun muka orang. Haha.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now