BAB 4

26.9K 1.1K 136
                                    

~ not-edited ~

BAB 4

A sly fox is more dangerous than a hunter wolf – Raja Haidar

Aku hanya mengenakan sepasang baju kurung kapas berwarna ungu pastel berbunga putih. Selendang juga berwarna ungu pastel. Cukup sopan dan ringkas. Sesuai untuk majlis pada malam ini. Solat hajat bakal diadakan selepas solat isyak nanti.

Ramai saudaraku sudah datang, menjadikan banglo besar ini boleh tahan riuh-rendahnya. Boleh dikatakan hampir semua datang. Yang tak dapat datang pun katanya sebab ada hal. Tapi berjanji akan menghadiri pada majlis akad nikah dan persandingan abangku besok.

Aku kini sedang membantu Makcik Gayah dan Bik Noni di dapur. Sedang mengatur menu yang baru dihantar oleh pihak katering ke dalam bekas kaca.

Mama dah cucuk rusuk aku, bagi signal supaya buat kerja. Paling tidak, pura-pura buat kerja. Mama mahu semua orang tahu, dia sudah membesarkan anak daranya dengan baik walaupun dengan kemewahan. Bukan jenis yang nampak dapur macam nampak tanah perkuburan. Takut nak jejak kaki gara-gara takut kuku patah bila buat kerja. Pada masa yang sama, manalah tahu ada yang tengok aku, berkenan untuk dijadikan menantu.

Juling mata ke atas. Tipikal mama.

Aku memandang skrin telefon sekali lagi. Masih sepi. Jadi atau tidak Haidar datang? Dia kata jadi. Tapi itu cerita pagi tadi. Seharian dia menghilang. Hatiku dari tadi tak tenang. Berdebar. Maklumlah, pertama kali mahu memperkenalkan lelaki pada keluargaku. Tapi tetap saja muka lawaku ini tenang. Tak mahu ada yang syak.

"Suria!" Aku mendengar ada suara memanggilku.

Kak Wawa, sepupu sebelah mamaku baru muncul bersama anak lelakinya yang berada dalam dukungannya.

"Ya, kak? Ada apa?" soalku. Bertanyakan tentang keperluannya.

"Ada kenal lelaki nama Haidar ke?"

Tangan yang sedang menyusun kuih-muih itu membeku di tengah jalan. Terkejut bila nama sang kekasih yang aku tunggu sedari tadi itu terpacul di bibir kakak sepupuku itu. Pandang Kak Wawa lagi sekali.

"Dia ada kat depan. Dia cakap dia kawan Su," sambung Kak Wawa lagi sebelum aku sempat membalas.

"Kawan ke boyfriend? Amboi.. Senyap-senyap ya? Pandai dia simpan. Dahlah macam putera kayangan," usik Kak Wawa pula dengan lirikan mata nakal. Siap berhiperbola lagi.

Aku cuma berdehem. Tak tahu mahu membalas apa. Terus tinggalkan kerja aku untuk berlalu ke ruang tamu.

Dalam mengatur langkah, jantung yang makin laju berdenyut cuba aku tahan. Agak rungsing. Pertama, Haidar ni memang cari fasal, muncul tanpa memberitahuku dulu! Saja nak aku mati kejung! Kedua, aku tak tahu dengan siapa dia bertemu dulu. Apakah tanggapan orang terhadapnya? Resah jiwaku memikirkannya.

Ketika aku tiba di ruang tamu, kelihatan beberapa sepupu lelakiku sedang menyusun sejadah mengikut arah kiblat di atas permaidani gebu itu. Gara-gara ruang tamu yang dah dilapangkan kawasannya itu, memang luas. Rasanya dah seperti kapasiti sebuah surau.

Dan di satu ruang agak belakang, lelaki tinggi berbaju Melayu biru turquoise itu pantas saja menangkap perhatianku. Lagi nak terbuntang mataku bila melihat dia berdiri bersama papa dan abangku. Nampak bibir mereka bergerak-gerak berkata sesuatu. Pada masa yang sama, aku melihat laju langkah mama memintasku untuk ke situ.

Rasa nak tepuk dahi! Ini bukan pelan yang asal. Bersepai habis segala skrip yang aku hafal sejak semalam. Skrip tentang apa yang harus aku katakan ketika memperkenalkan Haidar kepada mama dan papa. Hancus sudah kini!

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now