BAB 14

26.6K 1K 111
                                    

~ not-edited~

BAB 14

Lovers quarrel often for the pleasure of making peace – Spanish Quotes

Pagi itu, perlahan-lahan aku keluar dari rumah. Menapak macam nak pergi perang gayanya. Penuh hati-hati seolah-olah mengelak dari terpijak periuk api. Berdebar-debar. Berjaga-jaga. Kiri kanan aku pandang di kaki lima berkarpet itu. Bagaikan menunggu untuk diserang hendap.

Itulah jadinya kalau bekas marka dah jadi jiran!

Pintu rumah Haidar masih tertutup rapi. Bila aku rasa macam dah selamat, aku tarik nafas lega. Atur langkah ke arah lif. Sebaik saja punat buka ditekan, terus saja terbuka pintu besi itu. Rezeki aku. Mungkin sebab penduduk di apartmen ini tak seramai apartmen lain. Di setiap tingkat pun, hanya enam unit rumah sahaja.

Bila sampai di tingkat satu, Lorena, penyambut tetamu apartmen ini senyum ramah seraya menyapaku. Aku hanya membalasnya. Sekarang aku sedang menunggu Eshan. Katanya tadi dah mula turun. Bersetuju untuk bertemu di lobi saja walaupun dia cakap dia nak datang ke rumahku pada mulanya. Pasti sekejap lagi dia muncul. Hari ini dia mahu ke ofis Aunty Muna. Jadi alang-alang nak ke sana, Eshan berkeras mahu aku menumpangnya.

Kebiasaannya aku hanya menaiki subway. Bersesak-sesak tapi aku lebih rela daripada menyusahkan Eshan. Selalu dia menawarkan diri untuk menghantarku ke tempat kerja. Tapi, aku yang menolak sebab pejabatnya bertentangan arah dengan pejabat Aunty Muna. Aku pun tak mahu terlebih makan budi.

"Good morning, little sun!"

Aku rasa nak pengsan. Lain yang aku tunggu, lain yang tiba. Haidar muncul lagi secara tiba-tiba. Aku rasa aku kena pasang kamera. Nak tahu apa skil dia sampai handal macam ni sekali. Muncul tanpa dijejak. Serius aku langsung tak perasan.

"Saya benci bila awak selalu buat saya macam ni, tahu?" marahku. Tahan suara daripada sampai ke telinga Lorena. Jeling marah ke arah Haidar.

"Kenapa? Saya suka tengok reaksi awak. I like how your heart thumping loudly because of me. When you are not expecting me, but at the same time you are." Selalu dapat baca apa yang aku rasa.

Jeling menyampah ke arahnya sekali lagi. Baru aku perasan dengan penampilannya itu. Dia memakai satu set persalinan sukan serba hitam. Hanya kasut sukannya berwarna putih. Buatkan lekuk tubuhnya nampak lebih atletik. Kelihatan hujung rambutnya agak basah dan dahinya sedikit berpeluh. Mungkin dia baru balik. Dia dari mana?

"Oh, saya baru lepas joging!" Seolah-olah membaca fikiranku.

"Really? Ingatkan baru lepas basuh kapal terbang." Dah tentulah aku balas balik dengan jawapan budak lima tahun. Biasalah.. dengan Haidar, kan? Auto terencat sel-sel otak.

Kemudian buat-buat tengok jam di tangan. Mana Eshan ni? Dan bagaikan tahu-tahu aku sedang menyerunya, Eshan muncul menyapaku. Seperti selalu, dia segak dalam persalinan kerjanya. Baju kemeja biru dan berseluar slack hitam. Eshan merupakan seorang jurutera.

"Maaf, I lambat!" ucap Eshan.

"Tak apa." Aku senyum manis ke arahnya.

Mata Eshan teralih kepada Haidar yang berdiri di sebelahku itu. Berkerut dahi Eshan, seakan-akan sedang mengecam. Pasti dia pelik macam mana ada lelaki Melayu lain di sini.

"Haidar. Kawan Suria." Haidar terlebih peramah seperti selalu, memperkenalkan dirinya dulu. Hulur tangan untuk berjabat dengan Eshan. Mujur saja dia pilih untuk jadi 'kawan' aku.

"Eshan. Kawan Suria juga."

Haa.. sila-sila! Kawan aku dah bertemu dengan kawan aku. Happy Suria's Friends Day! Yay!

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now