PROLOG

102K 2.1K 496
                                    

A fore warning:

Please take note that just like my previous novels, this story is not going to be complete here. All my works are to be published. Thank you.

++++++

~not-edited~

PROLOG

When you married a king, you sass like a queen – Suria Andreana

Perlahan-lahan posisi tubuh cuba diubah. Rasa tiga puluh tiga tulang vertebra dah macam batang penyapu. Lurus! Macam nak bercantum. Lenguh pinggang aku. Aku cuba mengensot ke kiri, kemudian ke kanan. Tapi, ke mana sangatlah aku nak bergerak dengan kedudukan sebegini?

Entah berapa lama aku dibiarkan duduk di atas kerusi kayu ini. Sejam? Dua jam? Kedua-dua tangan dan kakiku terikat, membataskan segala pergerakanku. Buatkan segala ototku rasa makin pegal.

Aku cuba meleraikan tanganku yang terikat di belakang kerusi itu. Entah cubaan untuk kali ke berapa. Macam biasa, tetap gagal. Aku mendengus geram. Sakit hati. Terus aku rentap tangan gara-gara sebal.

"Auch!" Tak pasal-pasal sakit hati bergabung dengan sakit tangan.

Cis! Teknik apalah yang dia orang pakai ni? Ni mesti bukan kali pertama. Ni mesti dah jadikan penculikan sebagai karier berjaya. Sebab itulah makin aku cuba longgarkan, makin terasa ketat ikatannya.

Kut ya pun nak culik aku, letaklah aku di tempat yang selesa sikit. Atas katil hotel ke? Paling tak pun, lepaskan tanganku. Ni nak garu ketiak gatal pun susah! Haish!

Mengeluh!

Mengalah dengan usaha untuk melonggarkan ikatan tanganku, aku pandang sekeliling. Tiada apa-apa yang menarik. Hanya ada dinding putih yang bertukar lusuh dan banyak juga bahagian yang dah terkopek. Sering kali aku mendengar beberapa bunyi bersahut-sahutan di luar. Aku dapat agak aku kini berada di kawasan jauh dari orang. Macam hutan.

Buatkan aku tertanya-tanya. Kat manalah aku sekarang ini? Dan angkara siapakah semua ini? Perkara terakhir yang aku ingat adalah aku rasa diri diekori, muncul dua orang lelaki dan kemudian tiba-tiba gelap duniaku.

Penculik aku ni pun, tak reti ke tunjuk muka? Berbincang empat mata denganku. Nak juga aku tahu apa yang sedang terjadi sekarang ini. Apa motifnya? Ini tak! Penat dah tekak melaung, tapi satu makhluk pun tak muncul. Aku masih belum tahu siapa yang bertanggungjawab.

Dan bagaikan mahu menamatkan segala persoalanku, tiba-tiba pintu kayu usang yang berada bertentangan denganku itu terbuka. Berkeriuk bunyinya mengalahkan filem seram. Lalu muncul satu figura lelaki dari luar. Susuknya agak familiar. Bila jelas wajahnya menjamah pandanganku, pada awalnya aku agak terkejut. Namun cepat saja aku mengawal reaksiku

"Kau?" Aku kecilkan mata ke arahnya.

Tak tahu apa perasaanku sekarang ini. Tak percaya. Rasa dikhianati. Dan kecewa. Namun wajahku kekal tak berekspresi.

Dia senyum. Ayun langkah dengan penuh bergaya sebelum pegun beberapa meter di depanku. Aku hanya memandangnya dengan penuh berjaga-jaga. Dia sekarang bukan lagi seseorang yang aku kenal.

"Kau tak nampak terkejut."

Aku angkat sebelah bahu.

"Well.. sorry to offend you but you do have evil vibes!" balasku.

Tawa jantannya tiba-tiba bergema di ruang kecil itu. Bagaikan terhibur dengan jawapanku itu.

"Suria Andreana and her smart mouth." Dia menapak selangkah, merapatkan jarak di antara kami. Wajahku direnungnya.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now