Yoseot

278 34 16
                                    

Hari pertabalan membuatkan seluruh kerajaan itu sibuk dengan kerja masing-masing. Dalam kesibukan itu, kelihatan dua gadis berlari merentasi pekan sambil menatang sedulang herba. Mereka sudah terlambat.

"Hwiran-ah, janganlah laju sangat!" jerit sahabat baik Hwiran iaitu Gyehwan, tercungap-cungap dia mengejar gadis yang jauh di hadapannya itu. Hwiran tidak peduli kerana dia hanya fikirkan prestasi kedai herba keluarganya. Jika dia lambat kali ini, pasti kedai keluarganya itu akan dikutuk dan dia tidak mahu perkara itu berlaku.

Tetapi tiba-tiba dia berhenti mengejut membuatkan Gyehwan hampir melanggarnya. Mata Hwiran terbuka luas, terkejut apabila pintu masuk istana dipenuhi dengan orang keluar dan masuk. Hwiran cuba bergerak setapak tetapi kawasan itu terlalu sesak untuk membawa dulang besar itu. Hwiran berfikir sebentar dan fikirannya terus teringat pintu belakang istana iaitu pintu keluar masuk dayang. Hwiran menoleh memandang Gyehwan.

"Mari cepat! Kita perlu masuk dari pintu utama dayang istana!” kata Hwiran dan baru sahaja dia hendak bergegas, Gyehwan segera memberhentikannya.

"Kau mahu mati?! Jika kita ditangkap, kita akan berada dalam bahaya!” kata  Gyehwan penuh risau.

"Tidak mungkinlah! Mereka terlalu sibuk dengan segala persiapan. Tidak akan ada sesiapa yang berjaga di sana!” kata Hwiran. Melihat kawan karibnya masih ragu-ragu, Hwiran segera meletakkan dulangnya di atas dulang Gyehwan, lalu mengambil kedua-dua dulang itu dari tangan gadis tersebut. Gyehwan terkejut, dan belum sempat dia berkata apa-apa, Hwiran terlebih dahulu bersuara.

"Kalau begitu, biar aku pergi sendiri!"

"Yah, Hwiran-ah!”

Hwiran terus berlari mengelilingi tembok yang melindungi istana untuk ke pintu belakang. Sejurus sahaja tiba, dia melihat sekeliling dahulu. Seperti yang dia jangka, pintu itu kosong tanpa pengawal. Dia terus melangkah masuk seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cuba jalan selaju mungkin untuk ke dapur istana.

Sedang Hwiran berjalan, tiba-tiba dia ternampak beberapa orang pengawal sedang berjalan dari jauh ke arahnya. Semua pengawal itu masih belum ternampak Hwiran membuatkan Hwiran panik dirinya akan ditangkap.

Tiba-tiba seseorang menariknya untuk menyorok di belakang sebuah dinding. Hwiran menutup mata rapat kerana dia sangka dirinya sudah ditangkap, tetapi apabila tidak ada apa-apa yang berlaku, dia membuka mata perlahan-lahan. Matanya terus terhenti pada wajah yang sedang tersenyum manis di hadapannya, dan serta-merta jantung Hwiran berdegup laju.

"Lelaki gatal..." kata Hwiran perlahan dan Hoseok terus tergelak kecil mendengarnya. Hoseok kemudian membuat isyarat senyap dan dia menjengah sedikit untuk melihat pergerakan pengawal tadi. Pengawal itu semakin hampir untuk melepasi mereka jadi Hoseok kembali menyorokkan kepalanya. Dia memandang Hwiran.

"Beta berada di luar tadi dan beta ternampak kamu cuba melepasi pintu utama istana, jadi beta mengekori kamu" kata Hoseok seperti berbisik dan Hwiran menjadi sangat terkejut. Dia seperti kaku di situ dan dia tidak percaya dengan apa yang baru dia dengarkan.

"B-Beta..?” bisik Hwiran dan Hoseok tidak mendengarnya. Hoseok sedang leka melihat pengawal itu melepasi mereka dan kemudian dia kembali memandang gadis itu.

"Kamu hendak ke dapur istana, bukan? Laluan di sini banyak pengawal berjaga, jadi kamu mungkin akan tertangkap. Mari ikut beta, beta tahu jalan pintas untuk ke sana" kata Hoseok.

Hoseok terus mengambil dulang dari Hwiran, kedua-dua dulang itu ditatang dengan sebelah tangan sahaja manakala satu lagi tangannya menarik tangan Hwiran. Hwiran yang masih terkelu dengan apa yang berlaku lantas membiarkan dirinya ditarik oleh Hoseok.

Hoseok menarik Hwiran melalui belakang bangunan istana, sekali-sekala dia berhenti untuk memastikan tiada pengawal melintasi kawasan itu. Sepanjang perjalanan itu, Hwiran hanya menatap Hoseok seolah-olah dia tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu.

Mereka akhirnya tiba di hadapan bangunan dapur istana. Hoseok tersenyum puas hati kerana dia berjaya membawa Hwiran ke situ, lantas dia memandang gadis itu.

"Kamu tunggulah sebentar di sini. Biar beta yang hantarkan herba ini ke dalam" kata Hoseok dan dia berlalu pergi ke dalam bangunan tersebut.

Hwiran masih diam begitu lama, jantungnya masih berdegup pantas sama seperti tadi. Terlalu banyak soalan muncul di fikirannya ketika itu sehingga dia tidak mampu menghadam keadaan yang sedang berlaku. Dia kekal begitu sehingga Hoseok kembali, dan akhirnya Hoseok tersedar yang gadis periang itu begitu pasif.

"Kamu tidak apa-apakah?” tanya Hoseok lembut. Hwiran seperti tersedar dari lamunan, lalu dia membalas pandang Hoseok. Kekeliruan terserlah di wajah manisnya itu.

"Tuanku...seorang putera?” tanya Hwiran perlahan.

Hoseok terdiam. Ketika itu dia teringat bahawa Hwiran tidak mengetahui identiti sebenarnya. Mereka kekal memandang mata satu sama lain untuk seketika sebelum akhirnya Hoseok tersenyum manis dan mengangguk.

"Beta putera ke-3 dalam kerajaan ini, Wang Hoseok. Maaf, beta tidak memberitahu perkara ini lebih awal, beta tidak--"

"Ampun tuanku!”

Hwiran terus kebelakang dan tundukkan pandangannya, seperti dia rasa begitu bersalah kerana berani menatap mata dengan seorang putera. Hoseok terdiam, hatinya berasa sedikit sakit melihat Hwiran berkelakuan begitu, jadi dia menyambing kata-katanya.

"Beta tidak memberitahu perkara ini lebih awal kerana beta tidak mahu kamu memandang beta sebagai seorang putera"

Hwiran tersentak terkejut, dia dengan perlahan mengangkat kepalanya dan memandang Hoseok dengan penuh tanda tanya. Hoseok yang memahami pandangan itu lantas tersenyum.

"Awak tidak menjadi diri sendiri jika awak tahu saya ialah seorang putera. Saya hanya mahu berbual dengan awak seperti waktu kita pertama kali berjumpa tempoh hari" kata Hoseok, menukar status perbualan mereka kepada lebih mesra. Hoseok sekali lagi tersenyum manis dan berkata

"Selamat berkenalan, saya Hoseok, seorang pengembara bebas"

Muka Hwiran merona merah apabila dia sedar bahawa putera itu hendak berkawan dengannya sehingga sanggup menurunkan statusnya. Hwiran terdiam agak lama sebelum akhirnya melemparkan senyuman yang cukup mendebarkam hati Hoseok.

"Selamat berkenalan, saya Hwiran, gadis penghantar herba"

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Anakanda betul-betul mengecewakan bonda"

Jin menggengamkan tangan di sebalik lengan bajunya. Dia hanya tunduk ketika menghadap Maharani Yongja ketika itu dan kata-kata ibu kandungnya itu cukup menyakitkan hatinya. Dia tidak menjawab manakala Maharani Yongja teruskan bersuara.

"Anakanda baru sahaja memalukan diri anakanda di hadapan seluruh kerajaan ini. Bukan sahaja anakanda, bahkan bonda juga berasa malu kerana anakanda dilucutkan dari jawatan putera mahkota. Lebih teruk, adik anakanda sendiri yang menggantikan tempat anakanda" kata Maharani Yongja penuh sinis.

Hakikatnya dia tahu bahawa semua itu rancangan Maharani Saehwi, tetapi dia juga ada rancangan tersendiri. Dia sedar bahawa Yoongi berkemungkinan terlalu degil untuk menjadi "patung"nya untuk menguasai negara tersebut manakala Jin lebih naif dan sangat taat. Jadi dia perlu menjadikan Jin sebagai putera mahkota semula.

"Ampun tuanku, eommamama" kata Jin perlahan, nadanya seperti sesal. Maharani Yongja tersenyum sinis, lalu dia menongkat dagu di atas meja yang memisahkan mereka berdua.

"Bonda ampunkan, tetapi atas satu arahan" kata Maharani Yongja dan serta-merta dia berubah wajah menjadi benci.

"Bunuh Yoongi Wangja-nim dan jadi putera mahkota semula"

Jin tersentak. Dia seolah-olah berhenti bernafas dan matanya terus membentukkan cecair jernih. Tangannya yang digenggam menggigil perlahan. Maharani Yongja perasan yang Jin berbelah-bahagi, membuatkan dia berasa sakit hati.

"Jika anakanda tidak berbuat demikian, bonda sendiri akan lakukannya" kata Maharani Yongja seperti mengugut. Ketika itu dia tidak memikirkan hati nuraninya sebagai seorang ibu. Dia hanya mahu sebuah "patung" di atas takhta untuk dia gunakan sebagai alat untuk memerintah negara tersebut.

---

"Semuanya mula berubah"

To Be Continue...

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now