Prologue

1.5K 137 24
                                    

ps : Lala tak guna bahasa istana sepenuhnya sebab janggal hahaha! Hanya sebahagian sahaja penggunaan bahasa diraja.

-------------------------------------------

Sebatang panah tepat terpanah pada sebuah pokok di kawasan tanah lapang itu dan kelihatan seorang budak lelaki berpakaian diraja tersenyum puas hati dengan keputusan itu. Sebentar kemudian kelihatan seorang pengawal diraja tua berjalan laju ke arah kanak-kanak tersebut.

"Jeoha(Putera mahkota)! A-Ampunkan patik... Jungkook wangja telah terjatuh ketika bermain sebentar tadi" kata pengawal tersebut sambil memandang lantai, tak berani mengangkat kepala di hadapan putera mahkota. Putera tersebut memandang pengawalnya sebelum tersenyum manis.

Wang Jin, 8 tahun, Putera Pertama, Anak pertama Maharani Yongja.

Putera Jin merupakan putera yang paling bertanggungjawab dan semua rakyat berpuas hati dengan pemilihan dia sebagai putera mahkota walaupun umurnya baru mencecah 8 tahun. Dia sering turun padang, bertanyakan masalah rakyat dan kembali menghadap Raja Sihyuk untuk meminta pertolongan bagi pihak rakyat.

"Tidak mengapa, janganlah tuan hamba berasa bersalah. Di manakah adik beta sekarang?" tanya Jin lembut.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Seorang kanak-kanak lelaki sedang membaca buku di bilik bacaannya, bilik itu tidak sesunyi yang sepatutnya. Budak lelaki itu menyelak muka surat sebelah, sebelum dia diam seketika. Dia kemudian mengangkat kepala, dan melihat dua lagi budak lelaki sedang bermain dengan lasak di hadapan meja bacaannya itu.

"Jangan terlalu lasak ketika bermain, ingatlah bahawa tuan-tuan hamba itu putera raja" kata putera yang sedang membaca itu.

Wang Namjoon, 6 tahun, Putera Keempat, Anak pertama Maharani Saehwi.

Dua putera yang lebih kecil daripada Namjoon itu berhenti bermain, dan menoleh memandang Namjoon. Salah seorang kanak-kanak lelaki memberi sengih petaknya yang begitu comel.

Wang Taehyung, 5 tahun, Putera Keenam, Anak ketiga Maharani Saehwi.

"Bukan kita lelaki? Lelaki haruslah menjadi lasak!" katanya. Kembarnya mengangguk setuju.

"Betul! Seorang putera juga harus menjadi lasak supaya dapat melindungi negara, bukankah begitu?" katanya pula.

Wang Jimin, 5 tahun, Putera Kelima, Anak kedua Maharani Saehwi.

Putera Namjoon ialah putera paling bijak. Dia sentiasa berada di bilik bacaannya, membaca dan mencari maklumat baharu. Dia sangat rapat dengan peramal Jong, peramal kerajaan Ryeogu kerana dia suka belajar tentang buruj, bintang dan cuaca. Kelebihannya, hanya dia yang mampu melawan kata-kata Tuanku dengan kepandaiannya.

Putera Taehyung sedikit kebudak-budakan, dan dia hanya tahu bermain sahaja. Semuanya menyeronokkan baginya sehinggakan dia akan bermain dengan semua pengawal. Manis dan disayangi seluruh kerajaan Ryeogu kerana sikap peramahnya.

Putera Jimin, putera yang paling baik hati. Dia suka turun padang dan duduk bersama-sama rakyat kebanyakan waktunya. Dia ingin hidup seperti rakyatnya, membuatkan dia sentiasa meminta izin untuk membuat kerja di pekan seperti rakyat biasa.

Namjoon mengeluh, dan baru sahaja dia hendak membalas kata-kata adiknya, pintu bilik bacaannya diketuk dan dibuka menyebabkan tiga-tiga putera itu menoleh. Kelihatan seorang pengawal tunduk hormat.

"Namjoon Wangja, Sihyuk Wang Geon mentitahkan patik untuk membawa tuanku bersama-sama Taehyung Wangja dan Jimin Wangja menghadap baginda" kata pengawal tersebut, masih tunduk ke bumi. Namjoon terdiam seketika sebelum memandang adik kembarnya.

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now