Hana

901 106 6
                                    

Ketujuh-tujuh orang putera sedang berada di bilik yang sama di dalam istana itu, kelihatan masing-masing fokus dengan hasil kerja yang sedang dilakukan. Kelihatan Taehyung (16 tahun) kadang-kala menyakat Jungkook (14 tahun) manakala Yoongi (18 tahun) mengajar Namjoon (17 tahun) melakukan hasil kerja tersebut.

Yeon Deung Hoe (Lotus Lantern Festival) bakal berlansung malam itu, ketujuh-tujuh putera akan turun padang untuk meraikan festival itu bersama-sama rakyat, atas cadangan putera Hoseok (17 tahun), seperti biasa. Jadi mereka mula membuat tanglung teratai mereka sendiri. Selepas beberapa ketika, Taehyung menepuk tangan.

"Patik rasa patik telah membuat tanglung yang paling cantik antara kakanda semua!" kata Taehyung semangat, melihat hasil kerjanya yang sudah selesai. Jungkook di sebelahnya kelihatan betul-betul terpegun manakala yang lain hanya tersenyum mendengarnya.

"Taehyung memang yakin? Atau Taehyung tidak nampak lagi tanglung Hoseok yang sudah siap itu?" tanya Jin (19 tahun), membuatkan Taehyung menoleh, melihat tanglung yang sudah disiapkan oleh Hoseok di tepi.

"Taehyung memang yakin? Atau Taehyung tidak nampak lagi tanglung Hoseok yang sudah siap itu?" tanya Jin (19 tahun), membuatkan Taehyung menoleh, melihat tanglung yang sudah disiapkan oleh Hoseok di tepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung terdiam seketika, agak terkedu manakala Jungkook pula terpegun lagi. Taehyung kemudian berdehem, cuba berdalih.

"A-Annimnida, patik cuma--"

"Sudah siap!" Jimin (16 tahun) memotong kata-kata Taehyung apabila dia selesai membuat satu tanglung. Taehyung sedikit tersentak tetapi kemudian dia bersyukur kerana Jimin menamatkan topik itu.

"Hyung" panggil Jungkook, memandang Hoseok yang sedang khusyuk membuat tanglung keduanya. Hoseok berhenti melakukan kerja dan memandang putera bongsu itu. Jungkook kelihatan tertanya-tanya tentang sesuatu.

"Hyung selalu pergi pekan untuk apa?" tanya Jungkook penuh minat. Hoseok agak keliru lantas mengerutkan dahi sedikit. "Maksud Kook?"

"Hyung ada suka sesiapa ke?"

Semua menjadi senyap. Hoseok agak terkejut manakala putera yang lain terus memandangnya. Taehyung dan Jimin kelihatan berminat untuk mendengar jawapan Hoseok. Muka Hoseok tanpa dapat dikawal, mula merona merah dan dia pura-pura sibuk membuat tanglung sambil menjawab perlahan.

"Mana ada. Hyung cuma suka memerhati gaya hidup rakyat" bohong Hoseok dan mukanya yang merah terus membuktikan penipuannya. Hampir semua putera itu mula teruja.

"Woaaaaaa, tahniah, tuanku!" kata Jimin sambil menepuk tangan. Taehyung pula menghampiri Hoseok dengan terujanya.

"Dia orang yang bagaimana, tuanku? Ceritalah!" kata Taehyung pula dan kemudian Yoongi bersuara.

"Taehyung wangja-nim, Jimin wangja-nim" panggil Yoongi dengan nada dinginnya membuatkan kembar diraja itu menoleh serta-merta. Yoongi masih kelihatan dingin seperti biasa.

"Tidak malukan tuan hamba berdua, bertanyakan soalan begitu di dalam istana?" marah Yoongi dengan nada tenang. Belum sempat sesiapa membalas, Yoongi memandang Jungkook.

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now