Set

540 66 6
                                    

Taehyung yang paling terakhir tiba di balai menghadap, dan dia melihat semua menteri, gundik, dayang, gabenor sudah berkumpul di balai tersebut, menghadap Raja Sihyuk, Maharani Yongja, Maharani Saehwi dan sekian adik-beradik puteranya. Raja Bang yang secara tiba-tiba ingin mengadakan perjumpaan itu, jadi tiada sesiapa tahu tujuan perjumpaan tersebut.

"Ampun tuanku, anakanda terlambat" kata Taehyung sebelum dia memberikan sengih dungunya. "Anakanda pergi 'membuang' tadi"

Jungkook hampir sahaja melepaskan tawanya tetapi mulutnya ditekup dan dia segera memandang tempat lain. Hoseok dan Jin hanya tersenyum melihat sifat keanak-anakan adik mereka itu manakala Raja Bang hanya mengangguk faham.

"Tidak mengapa. Silakan, anakandaku" kata Raja Bang. Taehyung tunduk sedikit tanda hormat sebelum melangkah ke tempat duduknya. Sejurus sahaja dia duduk, dia menoleh untuk melihat Jimin di sebelahnya, tetapi melihat Jimin yang agak pucat dan kelihatan takut, Taehyung menjadi sedikit keliru.

"Perkara apa yang ingin dibincangkan ini, pyeha? Semua menteri-menteri berkumpul, tentu sahaja ada perkara mustahak, tidak begitukah, pyeha?" tanya ketua menteri, mewakili semua yang ada di situ dan Taehyung serta-merta memandang semua yang menghadap untuk memberi fokus. Raja Bang mendiamkan diri seketika, baginda menoleh memandang Maharani Saehwi yang kelihatan sinis di sebelahnya. Baginda mengeluh kecil, sebelum memandang segala menteri dan mengangguk.

"Beta ialah pemerintah Ryeogu dan tidak lama lagi beta akan turun takhta. Semua yang berada di sini tahu akan keadaan beta yang semakin gering. Sebelum beta mangkat, beta ingin memastikan Ryeogu mempunyai pemerintah yang adil, telus dan luhur terhadap rakyat dan negara" Raja Bang membuat menjelasan terlebih dahulu, sebelum menyatakan hasrat sebenarnya.

"Pemilihan putera makhkota akan dipertimbangkan semula. Sementara itu, Jin Wangseja akan turun dari takhta tersebut" Raja Bang membuat pengumuman mengejut, menjadikan balai menghadap itu bising dengan bisikan sesama menteri dan dayang.

Maharani Saehwi tersenyum sinis tanda puas hati, manakala Maharani Yongja memandang baginda dengan riak tidak percaya. Jin juga terkejut, tanpa sesiapa perasan, dia menggenggam tangannya kuat sambil memandang ke arah ayahanda yang tidak langsung menoleh.

"Pyeha, Jin Wangseja merupakan putera yang mempunyai segala ciri-ciri seorang pemerintah!" kata ketua gabenor, melahirkan rasa tidak puas hati dengan arahan tersebut. Gabenor di sebelahnya tunduk setuju.

"Jin Wangseja seorang pemerintah yang berani, pemurah, dan disayangi oleh rakyat, tidak ubah seperti tuanku!" katanya pula. Di sebalik pemberontakan itu, ketua menteri memandang gabenor-gabenor tersebut dengan tajam.

"Berani tuan hamba mempersoalkan perintah tuanku! Jika Jin Wangseja dipilih begitu sahaja, bagaimana tuan putera yang lain hendak menunjukkan kehebatan mereka?" Ketua menteri meninggi suara dan ketua gabenor kelihatan tidak puas hati.

"Kata ketua menteri itu benar, jika Jin Wangjanim memang cukup layak untuk menjadi putera mahkota, tentu sekali pemilihan ini akan berpihak kepadanya" kata Raja Bang. Semua terdiam mendengarnya, Jin pada masa itu sudah tertunduk memandang lantai. Tangannya yang digenggam sudah mula menggigil kerana terlalu kuat.

"Peramal Jong" panggil Raja Bang, dan lelaki tua selaku peramal itu menghampiri tempat duduk baginda daripada tepi, memulakan tugasnya.

"Tiada masalah yang berlaku sekiranya pemilihan putera mahkota dinilai semula. Kerana ketujuh-tujuh bintang mewakili ketujuh-tujuh putera, semuanya bersinar paling terang"

"Bintang Wang Jin paling hampir dengan bintang Sihyuk Wanggeon, bermakna Jin Wangja memiliki ciri kepimpinan seperti baginda tuanku"

"Bintang Yoongi Wangja bersinar di dalam bahagian paling gelap, bermakna Yoongi Wangja mempunyai kecekalan yang sangat kuat meskipun berdepan dengan takdir yang paling menakutkan"

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now