Yeodeol

151 21 6
                                    

Semenjak Yoongi ditabalkan menjadi putera mahkota, tiada lagi perubahan mahupun pergaduhan dingin berlaku di dalam istana. Selepas Jin menangis di hadapan Yoongi tempoh hari, dia berjanji bahawa dia akan melindungi putera mahkota yang baru itu dengan seluruh nyawanya. Jin sedar yang tiada satu pun perkara yang berlaku ialah pilihan Yoongi, jadi dia akan melindungi Yoongi daripada di salah hukum.

Hubungan 7 beradik itu juga semakin akrab dan riang seperti tiada lagi kerisauan. Tentu sekali, Yoongi dan Jin masih bersedia untuk apa-apa perkara buruk yang bakal berlaku. Jimin juga tidak lagi percaya akan bondanya sendiri selepas melihat belang maharani itu keluar. Tetapi tidak seorang pun dari mereka bertiga menunjukkan perasaan sebenar mereka itu. Mereka kekal gembira dengan putera-putera yang lain.

Dua tahun berlalu tanpa ada perkara buruk berlaku. Yoongi dan Jin menjadi sedikit lega kerana mereka dapat agak bahawa semua akan berubah apabila Yoongi menjadi raja kelak. Dan Tabib Yoo serta Peramal Jong sudah mengatakan bahawa Raja Bang masih boleh hidup lebih 5 tahun lagi dengan rawatan yang mencukupi, jadi sementara ini, mereka bertenang dahulu.

"Jin wangja" sida-sida di hadapan bilik Hoseok tunduk hormat apabila Jin datang ke bilik tersebut malam itu. Jin kelihatan gementar, tetapi dia mengawal dirinya.

"Adakah tuanku hendak berjumpa Hoseok Wang--"

"Tidak!" Jin terus menjawab dengan agak panik, membuatkan sida-sida tersebut keliru. Jin tersedar yang lakonannya agak teruk, membuatkan dia berdehem dan memulakan semuanya semula.

"Begini, beta cuma ingin berjumpa dengan kamu. Beta sudah berjumpa dengan semua sida-sida kerana ada soalan yang beta ingin bertanya" kata Jin, lebih tenang sekarang.

Sudah tentu sekali sida-sida itu keliru tetapi dia membuat keputusan untuk tidak mempersoalkan perbuatan para putera. Tanpa dia tahu, Jin hanya cuba mengalihkan perhatiannya ketika itu.

Pada masa yang sama, Hoseok sedang mundar-mandir di dalam bilik, kelihatan risau dan gementar. Dia memakai baju yang biasa dan bukannya baju seorang putera. Sebentar kemudian dia terdengar bunyi tingkap, membuatkan dia menoleh dan kelihatan Jungkook berusaha masuk ke biliknya melalui tingkap. Hoseok segera membantu Jungkook masuk, memastikan pergerakan mereka cukup senyap.

"Gumawo, Jungkook-ah" bisik Hoseok. Jungkook yang sedang memakai pakaian keputeraan Hoseok tersengih dan mengangguk. Hoseok bergerak ke arah tingkap untuk keluar, tetapi kemudian Jungkook memberhentikannya. Hoseok memandang Jungkook dengan reaksi keliru.

"Berhati-hati, ya? Oh, jangan lupa ceritakan apa yang berlaku nanti" bisik Jungkook. Mereka ketawa kecil bersama dan Hoseok mengangguk setuju.

Hoseok melangkah keluar dari tingkap, Namjoon yang memang berada di luar menolong Hoseok turun dengan senyap. Mereka membuat isyarat 'diam' kepada satu sama lain tanpa sebab, dan mereka mula bergerak.

Taehyung sedang sorok di belakang sebuah bangunan dan dia melihat sekeliling untuk memastikan semua dalam keadaan selamat. Dia menoleh kebelakang dan melihat Hoseok dan Namjoon datang ke arahnya. Dia melihat sekeliling lagi, membuatkan dia ternampak ada dua pengawal sedang berjaga. Serta-merta dia membuat isyarat 'berhenti' kepada dua abangnya itu tanpa mengalihkan pandangan dari pengawal tersebut. Hoseok dan Namjoon terus berhenti, dan menekup mulut supaya tidak membuat bunyi.

Taehyung mengambil panah yang tersangkut di belakang badannya, dan dia mengacukannya ke arah pucuk sebuah pokok besar yang agak jauh. Dia melepaskan anak panahnya tanpa mengambil masa yang lama, menunjukkan bahawa dia sangat pakar dalam memanah. Anak panah tersebut membuatkan pokok itu berbunyi, dan dua pengawal itu memandang pokok tersebut. Risau jika ada penjahat yang memecah masuk, mereka berdua bergerak ke arah pokok itu dan sekali gus menjauhi laluan putera-putera tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now