Net

671 73 16
                                    

Hwiran sedang khusyuk mengasingkan herba yang baik dan rosak di dalam dulang apabila telinga terdengar perbualan dua orang gadis yang datang untuk membeli herba di kedai keluarganya itu. Serta-merta tangannya menjadi lambat kerana fokusnya tertumpu pada perbualan mereka pula.

"Pemilihan putera mahkota akan dijalankan tidak lama lagi. Tidakku percaya ada yang lebih layak daripada Jin Wangjanim" kata seorang gadis yang memakai hanbok mahal bewarna biru. Gadis di sebelahnya menyambung.

"Peramal istana sendiri memberitahu bahawa ketujuh-tujuh putera mempunyai kekuatan masing-masing. Jadi, bukankah itu maknanya kesemua putera layak menjadi putera mahkota?"

"Cham (Cis), mengapa semua orang di dalam kawasan ini hendak berbual tentang kerabat tuanku. Apa mereka terima emas sekiranya berbual tentang baginda?" Hwiran bermonolog perlahan dengan diri sendiri. Dia akhirnya tidak tahan lantas menghempas herba dalam tangannya ke dalam dulang dan bangun untuk berlalu dari situ. Dia mengelap tangannya di kain hanboknya sebelum segera melanglah keluar oleh kerana dia tahu ayahnya ada untuk menjaga kedai.

Dia akhirnya duduk di sebuah bangku berdekatan tasik di hujung pekan. Dia bergoyang kaki tanda dia tidak ada apa-apa hendak dibuat. Dia hanya memandang kosong tasik tersebut sebelum tiba-tiba dia rasa diperhati. Hwiran berasa tidak selesa, lantas menoleh ke kirinya.

Ada jejaka duduk di bangku sebelah, sedang seakan memerhatikannya sambil terdapat buku di tangan. Hwiran menjadi keliru, dan dia melihat sekelilingnya. Nampaknya tiada orang lain selain mereka berdua di situ jadi Hwiran yakin jejaka itu memandangnya. Dia kembali memandang pemuda itu dan kelihatan si jejaka sedang melukis sesuatu di buku yang dipegangnya.

Hwiran cuba mengabaikannya dengan memandang semua ke tasik, tetapi dia menjadi semakin tidak selesa kerana jejaka itu kerap kali memandangnya dan melukis. Ketika itu kepala Hwiran diserang kata-kata ayahnya tempoh hari.

"Sekarang sudah ada lelaki gatal yang bergiat aktif di kampung kita. Dia melukis gambar gadis-gadis di sini tetapi tubuh mereka dilukis tanpa pakaian untuk dijual kepada pedagang-pedagang cina dan jepun di perairan. Lebih baik kau berhati-hati"

Mata Hwiran terbuka luas dan apabila dia menoleh, jejaka itu sedang fokus melukis. Hwiran panik lantas menutup bahagian dadanya dengan memeluk tubuh sendiri. Terasa dirinya diperkosa tanpa sebab. Tetapi berbanding gadis lain yang akan berasa takut, Hwiran terasa berangnya meningkat membuatkan dia menjeling jejaka itu dengan tajam.

Hoseok yang berpakaian seperti rakyat biasa sedang fokus melukis tetapi apabila dia mengangkat kepala untuk membuat pemerhatian, matanya dihalangnya dengan seorang gadis yang mencekak pinggang betul-betul di hadapannya. Hoseok mendongak dan matanya membesar apabila melihat orang yang di hadapannya itu ialah Hwiran. Muka Hoseok merona merah tetapi Hwiran menyalah anggap perkara tersebut.

"Lelaki gatal!" herdil Hwiran membuatkan Hoseok tersentak.

"M-Maaf, tapi--"

"Rupanya awaklah yang melukis para gadis disini tanpa pakaian untuk dijual kepada orang luar?!" marah Hwiran lagi dan Hoseok semakin terkejut.

"Apa?!"

"Banyak lagi pekerjaan lain yang boleh dilakukan di kampung kita. Awak juga mempunyai wajah yang tampan dan badan yang segak. Mengapa awak buat perkara sebegini?! Sanggup awak memperdagangkan tubuh rakyat wanita di sini untuk mengaut keuntungan?! Sudah berapa banyak gadis yang awak lukis?! Tidak usah awak sorokkan!"

Hwiran terus merampas buku Hoseok dan Hoseok begitu terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Dia cuba merampas kembali buku itu tetapi kemudian dia membuat keputusan untuk berhenti dan memerhati Hwiran. Hwiran terus memusingkan muka surat yang sedang digunakan oleh Hoseok menghadapnya dan sekelip mata muka Hwiran berubah menjadi sangat terkejut.

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now