Daseot

381 46 10
                                    

Akhirnya, hari pemilihan putera mahkota baharu sudah tiba. Segala dayang-dayang dan pengawal istana mula sibuk membuat persiapan kerana akan ada majlis buka istana pagi itu untuk memberi pengumuman kepada para rakyat. Tidak terkecuali, putera-putera mula bersiap dengan mengenakan pakaian baru yang cantik diikuti segala perhiasan. Ketujuh-tujuh putera sedang duduk berbaris sambil dayang masing-masing menguruskan pemakaian dan perhiasan mereka.

"Beta tak mahu berebut pangkat putera mahkota ini. Jin Wangja-nim sudah cukup layak dan tuanku sudah menggalas gelaran itu lebih satu dekad. Mengapa perlu adanya pemilihan semula?" rungut Hoseok panjang dengan ketidakpuasan hati kelihatan di wajah sempurnanya. Taehyung mengangguk setuju dan tiba-tiba fikirannya yang bernas itu membuahkan idea membuatkan dia menjadi teruja.

"Ah, kakanda sekalian, bagaimana jika kita menjawab segala soalan dengan teruk supaya Jin Wangjanim dapat menjadi putera mahkota semula?" cadang Taehyung. Jungkook terus menjadi teruja dan mengangguk laju manakala semua tersenyum mendengar helah nakal putera kelima itu.

"Oho, di manakah beta hendak letak maruah beta jika beta menang kerana kakanda semua tidak melibatkan diri dengan bersungguh-sungguh? Adakah intergriti beta begitu rendah sehingga tuan hamba mahu melakukan helah seperti itu?" tanya Jin seperti bernada sedih tetapi dia tidak sedikit pun berasa kecil hati. Taehyung menjadi sedikit panik kerana itu bukan niat sebenarnya manakala Namjoon menahan dirinya dari ketawa kecil melihat reaksi Taehyung.

"I-Itu bukan maksud beta..." kata Taehyung dengan perlahan dan dia menggaru kepala yang tidak gatal kerana tiada idea hendak membetulkan cadangannya itu. Jin hanya tersenyum melihat adik tirinya itu, kemudian dia bersuara lagi.

"Marilah kita semua buat dengan bersungguh-sungguh untuk pemilihan ini. Tidak kisah sesiapa pun yang menjadi putera mahkota nanti, bukankah itu semua untuk kebaikan kerajaan kita? Kita tidak patut ada rasa kecewa dengan keputusan yang bakal tiba, bukan?" kata Jin dengan nada tenangnya membuatkan Hoseok tersenyum luas mendengar kebijaksanaan putera pertama itu.

"Baiklah kalau hyung berkata sedemikian! Kook akan buat dengan bersungguh-sungguh" kata Jungkook dengan yakin membuatkan kesemua putera memandangnya yang berada di hujung sekali. Hampir kesemua mereka tersenyum melihat kecomelan Jungkook.

"Jika Jungkook juga mahu menggalas pangkat ini, bukankah setiap seorang dari kita perlu ada semangat sedemikian?" kata Jin lagi. Yoongi merasakan seperti kata-kata itu diucapkan khas untuknya. Yoongi menoleh memandang Jin dan seperti yang diduga, Jin sedang memandang ke arahnya. Yoongi terdiam seketika dan dia membuat keputusan untuk tidak menjawab soalan tersebut.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Maharani Yongja menjerit sambil menolak dulang berisi teko dan cawan teh yang berada di atas meja di hadapannya, membuatkan sida-sida peribadinya terkejut. Maharani Yongja berang. Sakit hati apabila dia mendapat tahu Maharani Saehwi cuba menghalangnya daripada menjadi Maharani Balu. Walaupun dia tahu putera mahkota masih akan dipilih dalam kalangan darah dagingnya, tetapi dia juga tahu Maharani Saehwi ada helah kotor sendiri untuk menghapuskan seluruh keturunannya.

Dadanya berombak kuat, amarah menguasai fikirannya dan dia sedar yang dia perlu buat tindakan lebih cepat berbanding Maharani Saehwi. Dia memandang ke arah pintu, seolah-olah dia berkata-kata dengan permaisuri yang lagi satu itu.

"Tuan hamba fikir beta akan duduk diam dan lihat sahaja permainan jijik tuan hamba itu? Tuan hamba salah memilih 'alat permainan' tuan hamba. Tunggu dan lihat sahajalah, beta akan tunjukkan apa itu permainan istana" monolog Maharani Yongja sambil menggetap gigi.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Ujian pemilihan semula putera mahkota bermula dan kesemua tujuh putera menunjukkan prestasi yang sangat memuaskan hati. Mereka memanah dengan baik, menulis dengan sempurna, mengetahui undang-undang negara dengan arif dan kini mereka sedang dalam ujian untuk menentukan kebijaksanaan dan rasional para putera. Tentu sekali beberapa soalan diajukan, tetapi satu soalan ini yang menjadi tumpuan utama. Raja Bang dan peramal Jong sendiri yang menyoal setiap seorang putera satu demi satu secara berasingan dan rahsia, dan soalan yang satu itu menjadi fokus kedua-dua mereka.

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficOn viuen les histories. Descobreix ara