Ilgeop

140 29 20
                                    

"Pyeha, Jin Wangja telah datang untuk menghadap!" jerit dayang dari luar bilik beradu Raja Bang. Raja Bang yang ketika itu sedang membaca buku, lantas memandang ke arah pintu dengan muka penuh tanda tanya. Selepas dia membenarkan Jin masuk, pintu biliknya terbuka dan Jin tunduk hormat sebelum mengambil tempat duduk di hadapan Raja Bang.

"Anakanda beta, adakah mustahak perkara yang anakanda hendak sampaikan sehingga tidak mahu menunggu hari esok?" tanya Raja Bang lembut, risau jika putera pertamanya itu ada masalah. Jin lantas tunduk hormat.

"Ampun tuanku kerana mengganggu tuanku pada waktu malam begini, tetapi patik dapat merasakan bahawa patik tidak akan dapat tidur selagi patik tidak menyuarakan perkara ini, tuanku" kata Jin penuh hormat, matanya hanya memandang ke lantai tanda daulat kepada Raja Bang. Raja Bang terdiam seketika sebelum mengangguk.

"Baiklah, beta dengar. Apa perkara yang mengganggu fikiran anakanda beta ini?" tanya Raja Bang, sedia mendengar.

Jin diam agak lama, tangannya mula mencengkam fabrik bajunya untuk menahan rasa takut dalam diri. Kata-kata bondanya tanpa henti bermain di fikirannya ketika itu. Selepas berjaya mengumpulkan semangat, Jin menyuarakan persoalannya dengan perlahan.

"Adakah patik masih ada peluang untuk menjadi putera mahkota semula?"

Raja Bang tersentak. Wajahnya terus berubah seakan dia tidak percaya yang soalan itu datang daripada mulut putera pertamanya itu. Kemarahannya seakan mula membuak dalam diri, dan dia lantas menyuruh semua pembantu dan dayang istana keluar dari perkarangan tersebut.

"Apa yang anakanda mengarutkan ini? Mengapa anakanda masih mahukan jawatan tersebut sedangkan pemilihan yang adil telah dibuat?" tanya Raja Bang menahan marah.

Jin diam memandang lantai, hampir sahaja dia menangis di situ tetapi dia mengawal dirinya. Dia tahu dia tidak akan boleh memberitahu Raja Bang bahawa dia disuruh membunuh Yoongi untuk menjadi putera mahkota semula. Tambahan lagi, dia bertanyakan soalan itu kerana dia mahu cari cara untuk kembali menjadi putera mahkota tanpa menyakiti adik-beradiknya.

"K-Kerana patik yakin patik lebih layak berbanding Yoongi Wangseja"

Jin terpaksa menipu.

Dengan keadaan tangannya menggenggam bajunya erat, dia menyambung kata-katanya lagi.

"Patik sudah hidup sebagai putera mahkota sepanjang hidup patik--"

"Jin Wangja"

"Patik sudah menghabiskan seluruh hidup patik bersedia untuk menggalas tugas putera mahkota--"

"Jin Wangja!"

"dan patik lebih arif tentang negara ini berbanding--"

"JIN WANGJA!!" Raja Bang meninggikan suara dengan kuat, membuatkan Jin tersentak dan terus memandang ke arah ayahandanya dalam keadaan ketakutan. Raja Bang tidak dapat lagi menahan amarahnya.

"Anakanda tidak akan sesekali menjadi putera mahkota lagi! Bahkan jika semua putera beta mati kecuali anakanda, beta akan dapatkan zuriat baru untuk dijadikan putera mahkota!! Kerana sikap anakanda yang tamak ini, anakanda tidak layak untuk menjadi putera mahkota selamanya!" tengking Raja Bang.

Jin kebelakang sedikit, air matanya mengalir kerana takut. Dan bukan kerana ditengking sahaja, Jin sedar yang dia perlu membunuh semua adik-beradiknya jika bondanya betul-betul mahukan dia menjadi putera mahkota. Tangan Jin menggigil pantas.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Jin di dalam biliknya, baring menghadap kerawang yang menghiasi bumbung katilnya. Suasana biliknya itu senyap sehinggalah dia terdengar pintu terbuka membuatkan dia menoleh. Reaksinya terus berubah melihat Yoongi di hadapan pintu, memeluk bantal.

"Boleh patik tidur dengan tuan hamba?" tanya Yoongi perlahan. Jin terdiam agak lama dan akhirnya mengangguk.

Pintu tertutup sejurus sahaja Yoongi masuk ke dalam bilik itu dan Jin bergerak sedikit untuk memberi ruang kepada Yoongi untuk baring di sebelahnya. Yoongi meletakkan bantal di aras yang sama dengan Jin, lalu mula berbaring. Mereka berdua kini menghadap kerawang itu, senyap.

Jin masih lagi terbelenggu dengan memorinya bersama Maharani Yongja dan Raja Bang pada siang tadi. Dia berada di jalan buntu. Dia tidak tahu apa lagi rancangan bondanya dan dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Perlukah dia akur dengan arahan bondanya atau perlukah dia bertindak rasional?

"Hyung"

Jin menoleh serta-merta. Tanpa sesiapa di istana tahu, tujuh putera itu sering memanggil satu sama lain dengan panggilan rakyat biasa, terutamanya ketika mereka penat menjadi seorang kerabat diraja. Jin memandang Yoongi yang masih memandang bumbung katil itu. Yoongi mengambil masa untuk menyambung kata-katanya.

"Bunuh Yoon" kata Yoongi.

Jin terkejut, jantungnya berdegup laju. Dengan pantas dia duduk dari posisi baringnya tadi dan menghadap Yoongi. Yoongi juga duduk setelah itu.

"Yoongi-ah"

"Omma suruh hyung bunuh Yoon, bukan? Itukah yang hyung fikir dari tadi?" tanya Yoongi perlahan.

Jin tidak tahu dari mana Yoongi tahu, atau mungkin Yoongi hanya meneka, tetapi Jin tidak dapat menahan perasaannya apabila air mula bertakung di tubir matanya. Tubuhnya sedikit menggigil, perasaan takut menyelubungi dirinya.

Yoongi pada masa yang sama berasa sakit melihat Jin begitu. Yoongi tahu pasti ada perkara berlaku apabila dia ternampak Jin keluar masuk bilik Maharani Yongja dan Raja Bang. Memikirkan yang Jin menghadapi waktu-waktu sukar ketika itu, Yoongi menjadi sakit dan marah dengan kehidupan dalam istana itu. Dia sangat benci melihat adik-beradiknya sakit.

"Kalau perkara itu boleh membantu hyung rasa lebih baik, jadi Yoon terima. Jangan penuhi hati hyung dengan rasa sakit begini. Hyung tidak minta untuk hidup sebagai seorang putera, perkara itu sahaja sudah membuatkan hyung sengsara. Jangan tambah lagi kesakitan itu hyung, hyung akan mati kalau hyung simpan terlalu lama" kata Yoongi perlahan.

Putera pertama itu terlalu kelu untuk berkata-kata. Air matanya mula mengalir deras. Dia fikirkan yang hatinya sudah cukup remuk apabila Yoongi berkata sedemikian, tetapi hatinya serta-merta luluh apabila Yoongi mengeluarkan sebilah pisau dari dalam lapisan pakaiannya dan dia hulurkan pisau itu kepada Jin. Yoongi menunggu untuk Jin mengambil pisau tersebut dari tangannya.

Jin tak dapat menahan lagi. Dia mula menangis teresak-esak dan dia memeluk Yoongi dengan sangat erat. Tanpa henti dia mengucapkan kata maaf, sehinggakan air turut mula bertakung di tubir mata Yoongi. Yoongi hanya diam, membiarkan Jin menangis, menyesal kerana terfikir untuk membunuh adik sendiri.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Jungjeonmama, bilakah kita akan mulakan rancangan kita?" tanya ketua menteri yang datang menghadap Maharani Saehwi ditengah malam itu. Maharani Saehwi menghirup teh dalam cawannya dengan tenang sebelum tersenyum.

"Tahukah tuan hamba tentang kisah seorang petani di hujung kampung? Petani itu membuang kacang di tanah kerana dia tahu kacang itu akan menjadikan dia kaya. Kemudian dia tunggu, tunggu, tunggu, sehingga tiba masanya, dia mencabut pokok kacang itu, dan dia menjadi orang terkaya di kampung tersebut" kata Maharani Saehwi dengan lembut.

Ketua menteri tersenyum sinis mendengar analogi permaisuri itu kerana dia cukup faham dengan perbandingan itu. Selepas sedar yang ketua menteri sudah faham, Maharani Saehwi turut tersenyum sinis.

"Sekarang kita tunggu. Tunggu sehingga semua orang fikir yang kita tidak akan berbuat apa-apa. Dan setelah itu, kita akan "mencabut pokok kacang" yang telah kita "buangkan" sekarang" kata Maharani Saehwi, merasakan yang rancangannya kini cukup sempurna.

---

"Apa salah kami?"

To Be Continue...

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now