Dul

742 82 6
                                    

Malam itu, seronok si tujuh putera bermain di pekan. Mereka berasa teruja melihat begitu banyak tanglung pelbagai bentuk yang bercahaya di seluruh Ryeogu itu. Daripada sisi jalan, bumbung hinggalah ke tasik, semuanya dipenuhi tanglung buatan rakyat sendiri.

"Lihat! Itu tanglung yang beta buat!" kata Jimin kepada beberapa sahabatnya yang merupakan rakyat biasa. Mereka kelihatan keliru kerana Jimin begitu yakin bahawa tanglung teratai itu miliknya berbanding dengan beribu tanglung teratai lain di tempat tersebut.

"Bagaimanakah tuanku tahu tanglung itu milik tuanku?" tanya salah seorang kawannya itu. Jimin tersenyum bangga sebelum menunjukkan ke arah tanglung miliknya itu.

"Cuba kalian lihat betul-betul. Dalam beratus kelopak merah jambu yang dipasang, terdapat satu kelopak jingga yang beta pasangkan. Dengan itu, beta tahulah bahawa tanglung itu milik beta" terang Jimin dengan yakin. Sahabat-sahabatnya kelihatan terpesona dengan sifat bijak putera kelima itu.

Jimin hanya ketawa kecil sebelum tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggilnya. Sejurus dia menoleh, kelihatan Taehyung berlari teruja ke arahnya lalu membisikkan sesuatu.

"Hoseok wangja-nim hendak menunjukkan gadis yang dicintai baginda"

Jimin terkejut lalu teruja bersama Taehyung lalu mereka berpegangan tangan dan Taehyung menarik Jimin berlari. Sudah pasti rakyat terutama yang perempuan sekalian berasa berdebar melihat dua putera berwajah molek itu memenuhi ruang udara dengan tawa teruja mereka.

Mereka terus berlari sehinggalah tiba di sebuah monumen air pancut yang terletak di tengah pekan tersebut. Kelihatan lima lagi putera sudah berada di situ, turut teruja menunggu kembar tersebut. Taehyung dan Jimin tercungap-cungap kepenatan sebelum Jimin kembali teruja.

"Hoseok Wangja-nim! Tunjukkanlah siapa yang--"

"Shh!" kata enam lagi putera serentak, dengan jari di bibir mereka. Jimin serta-merta menekup mulut sambil terkejut, dan dia membuka mulut semula dengan suara yang lebih perlahan.

"Siapa yang tuanku sukakan itu?" tanya Jimin seakan berbisik. Semua terus memandang Hoseok selepas persoalan itu diajukan dan Hoseok tersenyum malu, membuatkan adik-beradiknya lebih teruja.

Hoseok kemudian berjalan perlahan, dan tangannya seakan memanggil-manggil memberi isyarat kepada enam lagi putera untuk mengekorinya. Kesemua putera akur. Mereka berjalan sehingga terlihat rumah kedai dan semuanya mengikut gerak Hoseok. Hoseok berhenti, mereka berhenti, Hoseok menjengah, mereka menjengah. Hoseok melihat sebuah rumah herba dan kemudian terus tersenyum luas apabila ternampak gadis yang dicarinya.

"Tuan hamba sekalian nampak gadis berpakaian hanbok merah jambu itu?" tanya Hoseok dan yang lain mula fokus.

"Adakah rambut yang berikat tocang dua itu?" tanya Namjoon, cuba memastikan. Hoseok mengangguk bermakna itulah gadis yang disukainya.

"Namanya Hwiran. Keluarga dialah yang menguruskan segala bekalan herba di sini" kata Hoseok, melihat Hwiran yang sedang memberi manisan kepada kanak-kanak. Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh tujuh putera tersebut. Ada yang kelihatan teruja, ada yang terlalu fokus, ada juga yang keliru.

"Mengapa tuanku suka akan orang seperti dia? Bukankah ada ramai golongan bangsawan yang lebih cantik?" tanya Taehyung jujur membuatkan dia dipukul perlahan oleh Jin. Jin seperti sedikit marah apabila Taehyung tidak menghormati pilihan Hoseok manakala Taehyung pula terpinga-pinga mengapa dia dipukul di bahu. Hoseok tersenyum mendengar soalan itu dan matanya tidak beralih dari memandang Hwiran.

"Taehyung Wangja-nim, perasaan yang ikhlas tidak wujud hanya disebabkan oleh fizikal. Beta rasa Hwiran gadis yang sangat baik kerana sepanjang beta di pekan, beta senantiasa melihat dia ke sana ke mari menolong orang. Seluruh pekan kenal akan dirinya kerana sikapnya yang peramah dan manis. Oleh sebab itu, beta juga mahu memiliki hati gadis itu bukan kerana darjat atau pangkat, sebaliknya kerana sifat beta" terang Hoseok panjang lebar. Keenam-enam putera adik-beradiknya itu kelihatan terpegun.

"Kalau begitu, tuan hamba pasti akan memilikinya, kerana tuan hamba mempunyai sifat yang sempurna" kata Namjoon dan Hoseok ketawa kecil mendengarnya. "Benarkah itu?"

Mereka semua terus rancak berbual bersama kecuali Yoongi yang tidak fokus langsung terhadap adik-beradiknya. Sejak Taehyung menyuarakan pendapat tadi, dia sudah pun tidak fokus kerana dia mendengar perbualan dua rakyat perempuan yang lalu di kawasan itu.

"Ayahandaku bekerja di dalam istana sebagai pengawal. Dialah yang memberitahuku bahawa jawatan putera mahkota mungkin akan berubah tuannya" kata salah seorang gadis.

"Benarkah? Tetapi bukankah Jin Sejajeoha sudah cukup layak untuk menjadi putera mahkota?" kata gadis seorang lagi.

Sejurus mendengar perbualan itu, Yoongi tidak lagi fokus terhadap enam putera yang lain. Dia memandang dua gadis yang berlalu pergi itu begitu lama, sebelum akhirnya dia dengan senyap mengekori dia rakyat itu.

Dan tanpa dia perasan, Jimin ternampak akan pergerakannya.

Yoongi dengan tenang mengekori dua gadis tersebut oleh kerana dia sudah terlatih untuk menapak dengan sangat perlahan sehingga tiada sesiapa sedar akan kewujudannya. Yoongi terus sahaja mendengar perbualan dua gadis tersebut yang sibuk bergosip.

"Bukan kerana Jeoha tidak layak memegang jawatan tersebut. Tetapi daripada apa yang ayahandaku dengar, kemungkinan ada perbalahan yang berlaku antara Yongja Halmamama dan Saehwi Halmamama"

Yoongi berhenti menapak. Wajahnya yang serius itu kelihatan seperti dia akan membunuh sesiapa sahaja yang dia suka. Rasa marahnya mula membuak perlahan-lahan dan akhirnya dia bersuara.

"Apa hak hamba berdua menceritakan soal keluarga beta?"

Dua gadis itu tersentak terkejut, lantas mereka menoleh dan lebih takut apabila putera yang ditakuti seluruh pekan itu berada di belakang mereka. Mereka lantas menundukkan pandangan, berasa takut untuk berlawan mata dan mereka tidak menjawab sepatah pun. Yoongi melihat dua gadis itu ketakutan lantas mengeluh kecil.

"Beta tidak mahu dengar lagi mana-mana hamba menceritakan soal keluarga diraja ini kepada sesiapa. Sekiranya ada lagi hamba yang beta dengar menyuarakan soal putera mahkota ini..." Yoongi memberhentikan kata-katanya untuk mengeluarkan pedang yang tersarung di pinggangnya. Rakyat itu menjerit ketakutan dan Yoongi tidak mempedulikannya malah menyambung kata-katanya.

"...beta bunuh hamba berdua dahulu" kata Yoongi tanpa ada nada main-main. Dua gadis yang ketakutan itu lantas melutut menyesal.

"Ampun tuanku, Yoongi Wangja-nim!" kata mereka serentak. Yoongi tidak membalas sebaliknya hanya merenung tajam dua gadis yang menundukkan kepala itu.

Jimin yang mendengar segalanya dari belakang sebuah pokok terus menekup mulut terkejut. Tanpa sesiapa sedar, dia pergi dari pekan dan berlari pulang ke istana. Dia tidak meminta izin pengawal apabila berlari masuk ke bilik bacaan bondanya, Maharani Saehwi.

Maharani Saehwi terkejut apabila puteranya itu masuk dan terus melutut di hadapannya sambil tercungap-cungap. Atau sedu-sedan? Maharani Saehwi tersentak melihat Jimin mengangkat kepala, air matanya mengalir deras seperti ketakutan.

"Eommamama, b-benarkah bonda berbalah dengan Yongja eommamama u-untuk mendapatkan tempat putera mahkota? A-Adakah Jin Sejajeoha akan turun takhta?" tanya Jimin, mengharapkan apa yang dia soal itu hanya kontroversi.

Sebaliknya, Maharani Saehwi tersenyum mendengarnya lalu menutup buku yang dibaca. Dia menuju ke arah Jimin yang kelihatan sedikit takut, lalu dia duduk melutut di hadapan anaknya itu. Air mata Jimin dilap lembut.

"Bonda sayang akan anakanda semua, Jimin tahu, kan?" tanya Maharani Saehwi dengan lembut. Jimin berhenti menangis, agak keliru dengan kata-kata ibu kandungnya itu. Maharani tersenyum manis penuh makna.

"Jimin Wangja-nim, jikalau kita sering tunduk, kita tidak akan nampak betapa cantiknya langit. Bonda tidak mahu seorang pun anakanda bonda terlepas kecantikan 'di atas' itu" kata Maharani Saehwi seperti berkias. Serta-merta air mata Jimin mengalir lagi, dia kembali takut.

"B-Bonda takkan mengapa-apakan adik-beradik Jimin, kan?" tanya Jimin, kerana dia tahu pergaduhan di istana sangat menyeramkan sehingga boleh menyebabkan pembunuhan. Maharani Saehwi terdiam agak lama sebelum kembali tersenyum.

"Mungkin? Siapa tahu?" kata Maharani Saehwi dengan lembut. Jimin tersentak, tangannya mula menggigil melihat mata bondanya yang begitu menakutkan ketika itu.

---

"Tamak"

To Be Continue...

[Unfinished] A Tale Of Seven Princes | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now