Part 18

3.2K 134 35
                                    

"dah sedar rupanya korang berdua ni?" Seorang lelaki bersuara kepada mereka berdua. Terlihat senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.

Azfar melihat sekujur badan yang berjalan ke arah mereka itu. "Kau!!!" Azfar merengus marah. " Ya aku, kenapa dengan aku?" Lelaki itu gelak berdekah-dekah sambil memegang perutnya. Amilia melihat wajah lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan lelaki itu adalah Ridza.

"Ridza, kenapa awak buat macam ni?" Amilia seperti mahu menangis. "Kau ingat budak bawah umur ni boleh dapatkan kau? Kalau aku tak dapat kau, budak ni pun tak akan dapat kau!!!" Ridza berkata sambil jarinya menuding ke arah Syahmi yang terluka itu. Api kemarahan Syahmi meletus. Dia cuba melepaskan diri daripada ikatan tali itu tapi tidak berjaya.

"Amilia, kau dah tau kan, dari dulu lagi aku suka kan kau? Tapi kenapa kau taknak terima aku? Kenapa kau boleh terima budak mentah ni?" Ridza melontarkan kata yang ingin diberitahu kepada Amilia. "Kita dah tak ada jodoh Ridza, saya tak cintakan awak. Selama ni saya anggap awak sebagai kawan baik saya. Saya tak boleh nak anggap awak lebih daripada tu Ridza! Tolonglah faham! " Amilia menuturkan kata-kata dengan nada yang sedikit kuat.

" Apa kurang aku Lia? Apa kurang aku nak dibandingkan dengan budak mentah nih??" Api kemarahan Ridza semakin membuak-buak. "Terima kenyataan Ridza, saya dah jadi hak orang lain." Amilia mampu berkata demikian. Dirinya kini sudah tidak tahu lagi bagaimana untuk bercakap dengan lelaki gila yang berada di hadapannya kini.

Ridza yang hilang sabar itu tersenyum sinis. Dia mengeluarkn pistol. Dia mengacukan pistol itu di kepala Syahmi. Mata Amilia terbuntang luas. " Ridza!!! awak jangan buat kerja gila!!" Amilia cuba menghalang tapi apakan daya dengan kudratnya yang tak standing lelaki di hadapannya ini tambahan lagi diikat. "aku dah cakap, kalau aku tak dapat kau, budak ni pun tak akan dapat kau!! Lagpun kau dengan dia kahwin bukan dasar cinta pun kan? Itu cuma sebab korang kena tangkap khalwat!!" Ridza menjerit.  Syahmi geram dengan kenyataan Ridza. Dia menggenggam penumbuknya menahan marah.

" Woiii!! even aku dengan dia kahwin kerana semua itu, aku dah mula sayangkan dia! Aku dah mula sayangkan isteri akuuuuuu!!!!!!!" Syahmi menjerit sekuat hati dan menyebabkan Amilia yang berada di sebelah terkejut. Ridza mendengus. "Kau sayangkan dia, tapi dia sayangkan kau ke?" Kedengaran sini suara Ridza ketika itu. Dia melemparkan pandangan ke arah Amilia yang masih  tergamam itu. "Aku pasti Lia tak ada perasaan pada kau! Aku boleh bunuh kau!!" Ridza cuba menembak Syahmi tetapi tiba-tiba Amilia bersuara.

"Sudah lah Ridza! Saya mohon sangat pada awak, hentikan semua ni." Amilia merayu kepada Ridza. " Aku nak bunuh budak ni." Ridza menekankan lagi tindakan yang ingin dibuatnya itu. "Apa-apa jadi dekat dia, kau jangan ingat, aku akan pergi kepada kau! And aku tak akan maafkan kau sampai aku mati!!" Kalini Amilia meninggikan suaranya. Geram amat apabila lelaki gila yang berada di hadapannya ini berdegil untuk melunaskan niatnya itu.

"Aku nak tanya kau, kau sayangkan budak mentah ni?" Ridza cuba menyoal Amilia. Amilia diam seketika. Dia memandang ke arah Syahmi dan "ye , aku memang sayang dan cintakan dia!! Puas hati dengar jawapan aku?" Amilia memberanikan diri untuk melawan kata-kata Ridza.

Suamiku Budak SPMWhere stories live. Discover now