Part 15

3.4K 126 16
                                    

Setelah 1 jam berlalu, Masa mengajar Amilia juga pun telah tamat,dan dia juga meminta ketua kelas 5 Amanah, Syakirin untuk mengutip kertas jawapan. Selepas dia sudah memastikan semua pelajar sudah menghantar dia pun keluar dari kelas.

Azfar memerhati langkah Amilia. Amira memusingkan badannya menghadap Azfar tetapi dia hanya dapat jelingan benci dari Azfar.

"Syah,please give me a second chance to get in our relationship like our old days!" Amirah merayu kepada  Azfar.

"Never Amirah. Aku takkan berpaling pada masa lalu, kau yang tinggalkan aku dulu kan sebab boyfriend kesayangan kau tu kan? So ,just go with him! I don't want to have any relationship with you anymore until I die!!!" Azfar bersuara lantang. Dia tidak kisah apa yang ingin dikatakan rakan kelasnya apa yang dikatakannya tadi.

Zaki terkejut melihat Azfar yang kelihatan berang itu dan tak duga bahawa Amirah it adalah bekas girlfriend Azfar. Dia jadi tidak berani untuk menegur rakannya yang sedang marah. Dia hanya diam di sisi Azfar.

Amirah terdiam. Dia menangis perlahan mendengar kata-kata Azfar. Dia menggenggam buku lima. Hatinya berkecai mendengar kata-kata kasar itu. Azfar berlalu dari situ dengan keadaan yang marah. Zaki hanya membiarkan rakannya itu menenangkan dirinya. Dia melihat Amirah yang sedang menangis.

"Sudah-sudah lah Amirah. Kau cari lah lelaki lain. Aku kenal Azfar tu kalau dia dah taknak, kalau dia dah tawar hati dengan orang yang buat dia terluka, sampai bila-bila dia takkan terima orang tu lagi." Zaki menasihati Amirah yang masih teresak-esak itu.

"Kalau aku tak dapat Azfar, siapa-siapa pun tak akan dapat lah!" Amirah mendengus sambil mengelap sisa air matanya.

Di sudut lain, Azfar duduk di Taman Sains yang berdekatan dengan kafeteria sekolah. Dia masih geram dengan Amirah yang mahu berhubungan semula seperti dahulu.

"Kau fikir aku ni sampah? Bila baru kau ambik,bila dah tak nak , kau buang!! Sorry aku jenis lelaki tak kan berpatah balik dengan keputusan aku!!" Azfar menggengam buku limanya.

Tiba-tiba pandangannya tertumpu pada Amilia dan seorang guru lelaki. Dia melihat mereka berdua tersangatlah rapat dan dia merasakan ada sedikit cemburu dalam hatinya. Dia lantas bangun dan terus masuk ke kelas.

Habis persekolahan, Amilia pulang ke rumah. Dia melihat Azfar tiada di rumah. Dia masuk ke dalam rumah terus membersihkan diri dan memasak makan malam. Tak lama selepas itu, dia mendengar bunyi pintu diketuk dari luar. Dia bergegas ke pintu untuk membuka pintu. Kelihatan Azfar baru pulang ke rumah.

"lambat balik?awak pergi mana?" tanya Amilia sopan.

"pergi rumah kawan jap,lepak." jawab Azfar tanpa perasaan.

"ouhh,awak nak makan? saya dah masak makan malam. Jomlah makan sekali." Amilia mengajak Azfar makan.

"saya nak mandi dulu. Lepas mandi saya turun makan." jawab Azfar terus menaiki tangga untuk ke bilik.

"baik, saya tunggu." jawab Amilia. Sejak kes dia dimasukkan ke hospital haritu, panggilan aku dan kau telah bertukar kepada saya dan awak. Mereka berdua cuma membiasakan diri dengan panggilan itu.

Amilia duduk di sofa sambil menonton k-drama True Beauty yang dilakonkan oleh Cha Eunwoo dan Hwang In Yeop di channel TVN.

PS: MAAFKAN AUTHOR,AUTHOR NI SEBENARNYA STAN ASTRO🤣🤣🤣 ( GRP EUNWOO) AND MINAT DGN INYEOP SEJAK DUA MENJAK NIH..😅😅 SO GAISS MANA YG KPOPPERS AND KDRAMA LOVERS TU, AUTHOR RECOMMEND UTK TGK DRAMA TU DI TVN SETIAP HARI KHAMIS AND JUMAAT.☺️☺️☺️

Sedang Amilia asyik menonton drama, Azfar turun dari bilik dan duduk di sebelah Amilia. Amilia masih tidak menyedari kehadiran Azfar di sebelahnya, dia leka menonton drama. Dia senyum lebar apabila melihat adegan romantik antara hero dan heroin drama tersebut . Azfar melihat Amilia dengan lebih dekat dan!!!

Cupppp ^^ ^^ ^^ tanpa Amilia sedar ,dia tercium pipi Azfar yang ada di sebelahnya. Dia tergamam.

"Maaf, tak sengaja." Amilia cuba menjauhkan diri dari Azfar.

Azfar juga terkejut tetapi hatinya berbunga-bunga seperti baru menang hadiah juara. Dia cuba mengawal riak wajah gembiranya dengan mengajukan soalan kepada Amilia.

"Tengok cerita korea sampai tak ingat makan dah? Dah jom makan." Azfar bangun dari duduknya dan terus ke meja makan dan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Amilia pula malu dengan apa yang berlaku tadi. Dia terus mematikan televisyen dan pergi ke ruang makan untuk makan malam.

Semasa makan malam, kedua-dua mereka senyap dan Azfar bersuara bagi memecahkan kesunyian tersebut. "nak tanya sikit boleh?" Azfar bercakap sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. "apa dia?" tanya Amilia. "jalan dengan siapa tadi dekat sekolah? masa dekat kantin?" tanya Azfar dengan muka yang ingin tahu. Amilia menung sejenak cuba mengingat kembali dan selepas itu, "ouhh,haa, tu cikgu baru berpindah dan dia akan ajar kelas awak nanti. Nama dia Cikgu Izwan." Amilia menerangkan dengan panjang lebar. "Awak kenal dia ke?" Azfar bertanya lagi. "Kenal, satu universiti dengan saya dulu." Jawab Amilia tanpa ada rasa syak wasangka.

Azfar diam sambil menguis nasi di dalam pinggan. Fikirannya sudah melayang ke awangan apabila mendengar kata-kata Amilia tadi. Dia memegang dadanya. Dia pelik kerana hatinya sakit. Adakah ini kemungkinan dia cemburu dengan kehadiran cikgu Izwan di dalam hidup Amilia.?

Amilia yang nampak Azfar yang menguis nasinya tanpa dimakan menegur kelakuan Azfar. "Awak, kenapa terkuis-kuis je nasi tu? Tak sedap ke?" Amilia bertanya kepada Azfar. "Ehh Mana ada tak sedap. Sedaplah , Mana pernah awak masak tak sedap."  Azfar menjawab kata-kata Amilia tadi dengan nada yang agak manja. Amilia pelik dengan kelakuan Azfar. Dia menggeleng perlahan dan terus menghabiskan nasi yang berada di dalam pinggannya.

Habis saja mereka makan, Amilia terus mengemas meja makan. Dia siap-siap membasuh pinggan yang mereka gunakan tadi. Lauk-pauk yang tidak habis dimakan disimpan di dalam peti ais. Selesai saja mengemas, Amilia terus masuk ke bilik untuk tidur. Sebelum tidur, dia memakai skincare yang digunakan. Selesai dia terus ke katil untuk tidur. Kedengaran suara dengkuran halus Azfar menunjukkan bahawa lelaki itu sudah tidur nyenyak. Amilia menyelimuti suaminya sebelum membuka aircond. Tak lama selepas itu, dia pun tertidur.

Pada jam 3 pagi, Azfar tersedar dari tidurnya kerana merasakan kegelian di wajahnya. Bukak sahaja mata, dia terkejut melihat Amilia tidur berbantalkan lengannya dan tangan mulus Amilia memeluk pinggangnya dengan erat. Wajah mereka beberapa inci sahaja dan amat dekat. Jantung Azfar berdegup kencang dengan apa yang dilaluinya sekarang. Dia memandang sekilas Amilia ,dia mengelus lembut pipi Amilia yang sedang tidur. Tak lama selepas itu, dia juga tertidur sehingga subuh menjelma.

-to be continued-

Hello!! Btw author nk ucapkan Happy New Year to all readers ,masih sempat lagi kan? 😂 So guys author tahun baru ni all readers yg setia baca novel ni akan harungi masa-masa yang indah di tahun 2021 ini and moga lebih baik dari tahun sebelum ni 2020.

So macam biasa ,author minx maaf lambat update , tak selalu update and anything all about update. Btw author minx maaf sebab tak reply all comment kory in the chapter cuz author bz always ..mianhae! 😭

Tapi yg comment tu, jgn risau,author always baca all comments korg,and because of comment korang ,author try hard nk siapkan chapter by chapter utk korg!! And author mmg harap sgt korg always boleh comment about setiap chapter.. 😍

Yg mana masih setia membaca cerita author nih, sis nk ckp sikit!!!

*I LOVEEEEEEE YOUU GAISSSSSS VERRRRRRYYYYYYYYY MUCHHHHHHHH!!!!!!!!!* ❤️❤️❤️💛💛💛💙💙💙💚💚💚🧡🧡🧡

THANK YOU!! ❤️❤️❤️❤️

Suamiku Budak SPMWhere stories live. Discover now