Part 12

3.6K 127 18
                                    

Di sekolah

Sampai sahaja di sekolah, Azfar terus berjalan ke kelas 5 Amanah dan tanpa sengaja terlanggar seorang perempuan dan barangannya jatuh. Azfar membantu mengangkat barang tanpa melihat wajah orang yang dilanggarnya.

" Terima kasih* kata orang yang dibantu oleh Azfar dan hanya mendapat balasan 'okay' dari Azfar.

Masuk je dalam kelas,Azfar duduk di tempatnya lalu mengeluarkan buku untuk pembelajaran yang akan berlangsung sebentar lagi,tambahan pulak ,sekejap lagi subjek Bahasa Melayu, iaitu subjek yang diajar oleh Amilia, isterinya.

Tepat jam 8 pagi, Amilia masuk dengan seorang pelajar perempuan yang sangat mulut Azfar menyebut nama perempuan itu.

Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut dengan kata-kata Azfar.

Kawan Azfar , Izat ,mula menanyakan kepada Azfar, "bro,kau kenal ke girl yang lawa persikk bidadari tu?"

Azfar diam tanpa mengeluarkan apa-apa kata.

Dalam harinya sudah berombak kencang. Dalam hatinya sudah berkata bermacam-macam. "kenapa kau muncul semula di depan aku masa aku dah lupakan kau!!!"

Perempuan itu pun terkejut melihat Azfar di situ, " Azfar Syahmi!!! " dia menunjuk jari ke arah Azfar dengan reaksi terkejut.

Laila yang disebelah Amirah terkejut. "Awak berdua dah kenal ke?" Laila menggaru kepala perlahan. Amirah hanya mampu tersenyum ke arah Amilia.

Takpalah macam tu, by the way,class harini kelas kita akan menerima seorang pelajar baru dari Kuantan. Amirah ,sila perkenalkan diri awak kepada rakan kelas yang lain?" Amira memberi laluan untuk Amirah bercakap.

"Baik cikgu." Amirah memandang ke arah semua pelajar.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan,ya,macam yang anda dengar nama saya ialah Amirah Ailiyana Binti Marhisham, berasal dari Kuantan dan berpindah ke sini disebabkan ayah saya ditukarkan kerja ke sini. Hope semua rakan-rakan boleh beri tunjuk ajar kepada saya." Amirah menghabiskan ucapan dengan senyuman yang manis dan mampu membunuh emosi semua pelajar lelaki di kelas itu.

Semua pelajar di kelas itu,mengucapkan selamat datang kepada Amirah kecuali Azfar. Tambahan lagi, Amirah ditempatkan di hadapan Azfar dan ia menambahkan lagi kekusutan di wajah Azfar. Dia merenung Amilia tajam. Amilia hanya memandang ke arah pelajar lain.

Semasa pembelajaran berlangsung, Amilia langsung tak memandang ke arah Azfar kerana dia tau Azfar merenungnya tajam tadi kerana marah akan dirinya yang menempatkan Amirah di hadapannya. Amirah mencuri pandang ke arah Azfar sekali sekala,kadangkala dia tersenyum kepada Azfar tetapi dibalas dengan renungan menyampah daripada Azfar.

Habis je waktu persekolahan, Azfar terus berlalu dari kelas tanpa memandang sesiapa pun tetapi......

"Syahmi!!!"  jerit Amirah yang terkedek-kedek mengejar Azfar.

"Nak apa?" Azfar hanya menjawab tanpa acuh tak acuh.

"Amy mintak maaf dengan Syah dengan apa yang berlaku sebelum nih. Amy just nak kita macam dulu balik. Let's start it over?" ujar Amirah dengan wajah yang berharap.

Suamiku Budak SPMWhere stories live. Discover now