Part 14

3.6K 130 13
                                    

Seminggu selepas itu, Amilia kembali sihat dan bertenaga, doktor juga sudah membenarkan dia pulang pada hari itu. Ibu bapa Amilia bawa mereka pulang ke rumah. Sampai saja di rumah, Amilia duduk sebentar di dalam bilik. Ibu nyaa,ada menyampaikan sesuatu sebelum dia melangkah ke bilik tadi.

"Lia,kejap lagi lepas Syah balik sekolah,kami nak cakap dengan kamu berdua."tutur Puan Rosnah.

"Baik ibu." Amilia menjawab pendek.

Amilia berfikir sejenak mengapa keluarganya mahu cakap perkara apa kepada mereka berdua. Tak alam selepas itu, Azfar pulang dari sekolah dan menyalami kedua tangan mentuanya. Dia ke sini kerana ibunya Puan Rohana memaklumkan kepadanya bahawa Amilia dibawa pulang ke sini. Dia meminta diri untuk naik ke bilik untuk melihat keadaan Amilia.

Sampai sahaja di bilik, Azfar terus ke katil untuk melihat keadaan Amilia. Dia duduk di birai katil tepi Amilia. Dia mengelus perlahan pipi Amilia dan rambut Amilia yg ikal mayang lalu diusap perlahan.

Amilia yang merasakan ada yang menyentuhnya, terus membuka mata dan melihat Azfar berada di hadapannya.

"Azfar,bila awak balik?" Amilia membiarkan sentuhan Azfar itu.

"Baru je sampai.awak okay tak ni?" Azfar menyoal Amilia pula.

"Saya okay je,tak payah risau lah awak." kata Amilia sambil memegang tangan Azfar erat.

Azfar terkedu dengan apa yang dilakukan Amilia. Dalam hatinya sudah berbunga-bunga tetapi dia tidak tahu sama ada Amilia juga merasakan yang sama seperti yang dirasainya.

"Ibu dengan ayah nak jumpa kita kejap lagi" tutur Amilia perlahan.

"Ouh,okay." Azfar seperti dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh mentuanya itu.

Tak lama selepas itu, Encik Amran dan Puan Rosnah memanggil mereka berdua. Azfar memegang Amilia semasa menuruni anak tangga lalu duduk di sofa berhadapan ibu bapa mereka itu. Di situ,kelihatan ,ibu bapa Azfar pun sedang menanti mereka. Amilia dan Azfar menyalami tangan mereka berdua.

"Bila mama dengan papa sampai? tak bagitau Azfar pun." ujar Azfar.

"Baru je sampai." jawab Puan Rohana.

Amilia yang tak tahu apa-apa hanya membuka suara untuk mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh keluarganya itu.

"Ibu nak jumpa kami sebab apa ni? ujar Amilia.

"Ibu nak tanya,korang berdua memang tak tidur sebilik?" Puan Rosnah bersuara.

Amilia diam,begitu juga dengan Azfar. Mereka tak mampu berkata apa-apa. Hanya diam dan terus diam.

"Kamu tau kan yang suami isteri perlu tidur sebilik dan sekatil."kata Encik Azman.

Mereka berdua mengangguk tanda mengerti.

"Kalau tau,kenapa tak buat semua tu? Mulai harini, kami nak kamu berdua ,tidur sebilik." ujar Encik Arman yang sudah lama membisu.

"B..baiklah.." kata Amilia dan Azfar serentak.

Selepas kejadian itu, Amilia pun berpindah ke bilik Azfar . Dia mengemas pakaiannya dan dibawa masuk ke bilik. Azfar masih di bawah berbual dengan orang tua mereka.

Suamiku Budak SPMWhere stories live. Discover now