Part 20

3.1K 123 24
                                    

Hari demi hari, Amilia kian membaik dari sakitnya. Selepas 3 hari dimasukkan ke dalam wad, akhirnya pihak hospital membenarkan dia pulang kerumah. Ibu bapa Amilia menjemput Amilia dari hospital kerana Azfar masih berada di sekolah. Mereka terus bergerak pulang ke rumah ibu bapa Amilia.

Tepat jam 2 petang, Azfar pulang ke rumah mentuanya untuk berjumpa dengan isterinya. Dia terus pergi mendapatkan mentuanya dan isteri tercinta yang berada di ruang tamu. " Assalamualaikum" ucap Azfar sambil melangkah ke arah mentuanya itu. Tangan tua itu disalaminya dan dicium lembut. "Waalaikumsalam, haaa , Syah. Sampai dah pun kamu." Encik Arman menyambut huluran Azfar dan diikuti oleh isterinya, Puan Rosnah. Selesai menyalami tangan kedua warga tua itu, dia terus berjalan menuju ke arah Amilia yang sedang duduk di sofa yang bertentangan dengan ibu dan ayah  Amilia. Punggungnya mendarat di sebelah Amilia tanpa segan silu. Bibir dihiasi dengan senyuman manis. 

Ibu bapa Amilia tersenyum melihat kedua anak menantu mereka yang sudah berbaik itu.  "Doktor bagi Lia cuti selama 1 minggu lagi tau untuk pastikan Lia betul-betul sihat." ujar Puan Rosnah seraya menghulurkan satu surat cuti sakit kepada Amilia. "terima kasih ibu." Amilia menyambut huluran ibunya.

Pandangan Amilia beralih ke arah Azfar disisinya.  "Pergilah mandi tu." tutur Amilia dengan sopan. "Haha,yelahh.. Saya naik dulu yee ,ibu ayah?" Azfar meminta diri untuk naik ke atas untuk membersihkan dirinya. "Ibu nak panaskan lauk kejap, Syah mesti nak makan tu." ujar Puan Rosnah. "Ehh ibu, takpe Lia pergi panaskan lauk tu." Amilia ingin bangun dari duduknya tapi Puan Rosnah menghalang. "Kamu betul-betul dah sihat ke ni Lia? Ibu tak nak kamu paksa diri." Puan Rosnah risau dengan keadaan anaknya itu.  " Boleh je ibu, alaa, panaskan lauk je. Boleh ibu. Ibu tak payah risau pasal Lia ya." Amilia senyum sahaja melihat gelagat ibunya yang risau dengan keadaan dirinya itu.

Amilia terus ke dapur dan memanaskan lauk untuk Azfar. Setelah siap, dia menghidangkan makanan di atas meja dan kakinya terus menaiki tangga untuk ke bilik. Amilia mengetuk pintu bilik tetapi tiada sahutan dari dalam ataupun tanda-tanda pintu akan dibuka dari dalam. Lantas, Amilia masuk ke dalam bilik dan mengintai ke dalam.

"Azfar, awak dekat mana? Mari turun makan." kata Amilia sambil mencari kelibat Azfar di dalam bilik.  Dia mencari sekeliling bilik tapi tiada. Dia duduk di birai katil. Pancuran air di dalam bilik mandi mengesahkan bahawa Azfar masih di dalam bilik air. Amilia juga telah mengubah posisi duduknya kepada baring di atas katil. Lama dia menunggu Azfar mandi, akhirnya dia tertidur.

Beberapa minit kemudian, Azfar keluar dari bilik mandi dan siap berpakaian. Dia terlihat Amilia sedang tidur di katil. Dia berjalan menuju ke katil. Dia mengusap lembut kepala Amilia dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. "Cantik jugak isteri aku ni." Azfar berkata di dalam hati.  Tanpa sedar, lena Amilia terasa sedikit terganggu dengan kelakuan Azfar. Dia membuka sedikt matanya dan melihat Azfar di sisinya.

"Eh awak, dah siap mandi dah?" ujar Amilia dengan keadaannya yang masih mamai. "Dah. sorry kalau saya ganggu lena awak ya." Azfar rasa bersalah. " Tak ada apalah, saya memang tunggu awak mandi tadi. Saya nak ajak awak makan ni. Makanan saya dah panaskan." ujar Amilia. "Laa yeke? Kesian isteri saya ni ya, sampai tertidur tunggu suami dia mandi. Hahaha!" Azfar gelak kecil lantas berbaring sekali dengan Amilia di sebelah. Amilia bangun dari pembaringannya. "Jom turun makan." ajak Amilia. Dia menarik tangan Azfar untuk bangun.

Azfar masih tidak berganjak dan akhirnya Amilia juga yang terdorong jatuh di atas katil.  Dia jatuh betul-betul di atas dada bidang Azfar. Muka Amilia merona merah menahan malu yang amat. Dia cuba bangun tapi Azfar lagi memeluknya dengan lebih erat.

"Awak dah lah, Mari kita turun makan. Nanti sejuk lauk tu." Amilia cuba merengangkan pelukan Azfar. Akhirnya Azfar berhenti dan melepaskan pelukannya itu. Dia melihat muka Amilia merah menahan malu. " Aik, malu ke sayang?" ujar Azfar sambil tersenyum mengusik.  "Dahla mari kita turun makan. " Amilia laju bangkit dari katil lalu keluar dari bilik. Dia memegang pipinya yang merah dan bibirnya mengukir senyuman.

Tak lama selepas itu, Azfar keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk makan. Alangkah bahagia dirinya apabila melihat Amilia sudah siap mencedok nasi untuknya. Dia juga menyediakan apa yang perlu untuk si suaminya. Selepas saja siap makan, Amilia mengemas meja makan dibantu oleh Azfar. Orang tua mereka hanya tengok dari ruang tamu. Maklumlah dapur mereka boleh dilihat dari ruang tamu. Mereka gembira kerana akhirnya mereka sudah boleh menerima antara satu sama lain.

Malam itu, Azfar dan Amilia masuk ke dalam bilik selepas makan malam. Azfar membuat kerja sekolahnya manakala Amilia sudah mengambil tempat di katil. Di merebahkan badannya. Nasib lah mereka sudah solat isyak tadi sebelum makan malam.

Amilia  membuka bicara. "Awak, esok awak balik rumah ke?" ujar Amilia sambil mengerling ke arah Azfar. "kenapa?" ujar Azfar. "Saya nak mintak izin untuk duduk di rumah ibu sampai habis cuti sakit saya." terang Amilia. "ouh, takpelah ,kita duduk laa sini sampai awak habis cuti. Nanti habis cuti, kita balik rumah." Azfar menjelaskan dengan teratur kepada Amilia. " Kiranya awak tak balik rumah la ni?" Amilia bertanya lagi untuk kepastian. " Tak lah sayang oi, kenapa? Awak nak halau saya balik ke?" Azfar bertanya dengan riak wajah yang sedih. "Ehh mana ada saya nak halau awak, saya tanya saja." Amilia kelihatan cuak melihat wajah sedih suaminya itu. Azfar diam. Saja dia hendak mengusik isterinya itu. Dia senyum dalam diam.

"Awak, janganlah merajuk." ujar Amilia lagi. Azfar masih diam. Amilia memberanikan diri untuk berjalan ke arah Azfar. Dia memegang bahu Azfar. Tanpa ragu, Azfar bangun dari kerusi secara mengejut dan hampir saja Amilia jatuh tapi sempat dipegang oleh Azfar. Wajah mereka rapat sangat ketika itu. Muka Amilia kemerahan sekali lagi. Azfar senyum sekali lagi sambil berkata dengan suara yang menggoda. "You're look so beautiful darling when you blushing."

Amilia jadi lagi tidak tentu arah dengan kelakuan Azfar. Memang lah dia sudah menjelaskan perasaannya yang sebenar kepada Azfar tapi malu menguasai dirinya sekarang. Dia menutup muka dengan tapak tangannya bagi mengelakkan matanya bertemu dengan Azfar. Manakala Azfar masih lagi dengan mood mengusiknya itu.

"Cute sangatlah isteri saya ni malu." Azfar menambah kata-kata maut lagi. Hati Amilia berdegup kencang ketika ini. Dia cuba melepaskan pegangan Azfar tadi dan terus naik ke katil dan menutup muka dengan selimut. Dia sudah tidak kisah lagi dengan apa yang di lakukan Azfar ketika itu. Yang pasti sekarang, dia tahu, mukanya merona merah sekali lagi dan ianya mungkin lebih merah dari sebelum ni. Dia sudah tak mahu berdepan dengan lelaki itu buat masa ini.

Azfar gelak melihat kelakuan Amilia. "Haihh malu sangat ni dengan aku." ujar Azfar dalam hati. Dia malas mahu mengusik Amilia lagi dan dia terus kembali menyiapkan tugasan sekolahnya yang terbantut tadi. Dia mahu menyiapkan sebelum dia masuk tidur. Amilia sudah lelap di situ selepas insiden mukanya merona merah tadi..hahahahaha....

- TO BE CONTINUED ~

VOTE AND COMMENT YA!! 😍🍒

Suamiku Budak SPMWhere stories live. Discover now