Part 23

2K 81 22
                                    

Seminggu sahaja lagi, pelajar Tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan SPM. Semua guru dan pelajar bertungkus lumus menjalankan aktiviti ulangkaji bagi setiap subjek. Azfar yang dulu sering mengambil ringan akan peperiksaan SPM kali ni diaa gigih dalam mengulangkaji pelajaran. Mungkin dah ada kesedaran dalam diri dia nak buat habis baik dalam pelajaran😂

Dalam kelas, Azfar dan rakan mejanya Zaki tekun melakukan latihan ulangkaji Matematik. Amirah yang sememangnya malas belajar itu memusingkan tubuhnya ke belakang untuk berbual bersama Azfar.

"Syah, rajinnya you study." ujar Amirah dengan suara menggediknya. Azfar menyampah dengan Amirah yang tiba-tiba menegurnya begitu. Dia hanya membiarkan Amirah seorang diri dan ia membuatkan Amirah berasa berang. "kenapa you layan I macam ni Syah?" Amirah berkata sedemikian sambil memegang lengan Azfar tapi laju saja ditepis oleh Azfar.

"you ni memang tak sedar diri ke? i dah cakap kan, i dah tak nak ada kena mengena apa-apa dengan you! tak faham bahasa ke?" Azfar meninggikan sedikit suaranya tapi hanya didengari Amirah. "you dengar sini eh? kalau i tak dapat you, mana-mana perempuan pun tak akan dapat you! ingat tu!" Amirah terus memalingkan wajah ke depan semula dan terus bangun dari tempat duduknya.

Azfar mendengus kasar. Dia panas dengan kelakuan Amirah yang tidak habis-habis mau kembali bersama. Jika dia tidak fikirkan bahawa SPM makin mendekat, mahu sahaja dia menghamburkan kata-kata kesat kepada perempuan itu. Zaki yang disebelahnya hanya mampu menepuk bahu rakannya itu perlahan.

Tak lama kemudian loceng berbunyi menandakan waktu pulang tiba. Azfar dengan cepat mengemas segala barangannya lalu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Dia terus berjalan menuju ke parkir motor yang disediakan. Dia kemudian terus menghidupkan enjin motornya dan terus berlalu pulang ke rumah. Amilia yang baru sahaja keluar dari bilik guru ternampak Azfar dari tingkat atas. Dia tersenyum sendirian. Amilia juga terus pulang ke rumah dengan keretanya.

Sampai sahaja di rumah, Amilia memberi salam tapi sahutannya tidak disambut. Dia menutup pintu rumah selepas masuk. Kelihatan Azfar sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran di ruang tamu. Amilia tersenyum melihat kesungguhan suami mudanya itu. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Azfar.

"Asalamualaikum abang." ucap Amilia sekali lagi sebelum mengambil tangan lelaki itu untuk dikucup. "ehh,Waalaikumussalam bila masa sayang balik?" ujar Azfar sambil menyambut huluran tangan isterinya itu. " baru je sampai, khusyuk sangat study sampai sayang balik pun tak sedar." kata Amilia dengan senyuman yang terukir di bibir. "abang tengah study ni..SPM dah nak dekat,kalau abang tak buat betul-betul nanti macam mana nak jamin masa depan keluarga kecil kita ni nanti?" terang Azfar panjang.

"ye abang. sayang tahu. i will always support you. Do the best okay!" sambil menunjukkan thumbs up kepada suaminya sebagai tanda semangat. Amilia bangga dengan perubahan Azfar yang kini sudah mula memikirkan tentang masa depannya kelak.

Dia lantas meminta diri untuk membersihkan badan serta solat zohor dan masak makan tengahari untuk mereka berdua. Amilia kini sudah sebati dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri walaupun dia mempunyai kerjaya sebagai seorang guru.

Waktu makan, tiba-tiba loceng rumah mereka kedengaran. Amilia dan Azfar saling berpandangan. Pelik! siapa yang mahu datang ke rumah ini pada waktu begini? Azfar yang baru sahaja habis makan, terus berlalu ke pintu rumahnya. Apabila dibuka, terkejut dia kerana melihat mama dan papanya berada di depan pintu rumah.

"Assalamualaikum anak mama!" ucap Puan Rohana dengan senyuman yang manis di bibir. "Waalaikumsalam, Ya Allah! mama papa, kenapa tak bagitahu Syah nak datang?" Azfar terkejut dengan kedua orang tuanya. Amilia yang baru saja selesai mengemas dapur laju saja ke muka pintu setelah mendengar suara ibu dan ayah mertuanya lalu disalami tangan mereka berdua dengan penuh kasih. Senyuman manis diukir di bibir.

"saja je mama dengan papa nak datang melawat anak dengan menantu kesayangan kami ni." Puan Rohana mengelus bahu menantunya perlahan. Amilia hanya menguntum senyuman dan terus saja Amilia bertanya. " mama dan papa dah makan?" tanya Amilia. "kami dah makan di luar tadi sebelum datang sini." Puan Rohana dan Encik Azman duduk di sofa yang berada di situ. Amilia berlalu ke dapur untuk membuat air.

"tujuan mama datang ni nak cakap dengan kamu, lepas SPM nanti mama nak ajak kamu dengan Laila pergi ke Terengganu. kita ada family day dekat sana. Alang- alang tu boleh la kenal kan Laila dengan saudara- saudara kita." Puan Rohana bercakap panjang tanpa sesiapa pun yang mencelah. " ouh,boleh je mama. Tapi memang kena tunggu Syah habis SPM la ye.." ujar Azfar. "ye mama tau. yang pasti mama nak anak mama ni success dalam SPM nanti." kata Puan Rohana sambil mengusap kepala Azfar.

Kebetulan si Amilia baru saja selesai membuat air dan menatang dulang berserta cawan dan teh yang baru dibuat untuk dihidangkan kepada mertuanya dan Azfar pula berkata "InsyaAllah mama. Lagipun Syah dah ada cikgu yang boleh tolong Syah sekarang." Tangan Azfar memegang lembut bahu Amilia. Amilia senyum mendengar kata suaminya. Dia menjemput mertuanya minum dan duduk di sebelah Azfar.

Encik Azman dan Puan Rohana gembira melihat menantu dan anaknya kini sudah saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka bersyukur kerana apa yang mereka hajati untuk mereka berdua bahagia bersama sudah tercapai. Tanpa buang masa, mereka menghirup teh panas yang dibuat Amilia itu.

Selepas mama dan papa Azfar pulang, mereka bersiap untuk tidur. Azfar sudah menyiapkan kerja sekolahnya manakala Amilia sudah siap menghabiskan kerjanya di dapur. Mereka pun baring di katil untuk melelapkan mata.

"Sayang." panggil Azfar. "ye?" jawab Amilia sepatah. "can abang hug you tonight?" ujar Azfar sambil memandang Amilia. "s...su...sure." jawab Amilia dengan gagap.

Selepas saja mendapat green light daripada Amilia, tangannya terus menarik tubuh Amilia dalam pelukan. Sungguh dia suka memeluk isterinya itu. Bagi Amilia pula, dia rasa selamat dalam pelukan lelaki itu.

"abang harap kita dapat lalui segala masalah sama-sama dan if kita ada masalah, we will solve it properly, ye sayang?" ucap Azfar sambil mengelus wajah putih isterinya itu. "InsyaAllah abang. and Never be apart from each other." sambung Amilia sambil tangannya kejap memeluk Azfar dengan lebih erat. Matanya pun akhirnya lelap di dalam dakapan Azfar begitu juga dengan Azfar.

Tapi rumah tangga mana yang takkan goyang kalau hadirnya orang ketiga? Adakah mereka kental dalam menghadapi dugaan rumah tangga disebabkan orang yang dengki dengan kebahagiaan mereka?

-TO BE CONTINUED-

1 word that I want to talk about 🥺

S
O
R
R
Y

😭😭😭😭😭😭

did i still have my supportive reader..
do comment if you're still with me! ❤❤

Suamiku Budak SPMWhere stories live. Discover now