Part 13

3.6K 136 14
                                    

Balik saja ke rumah ,Azfar terus masuk ke biliknya dengan perasaan marah yang amat. Hatinya bergetar marah kerana Ridza sanggup meminta Amilia untuk bercerai dengannya semata-mata untuk bersama wanita itu.

"Kau tak akan dapat dia lah weh! Nurlaila Amilia tu isteri aku,hak aku sampai bila-bila. Sampai bila-bila akan jadi hak aku!!!" tutur Azfar dengan hati yang masih membara menahan amarah.

Amilia masuk ke dalam biliknya dengan perasaan yang bercampur hair. Air matanya kini bercucuran mengenangkan apa yang jadi sebentar tadi, ikutkan hatinya tidak mahu lelaki yang bernama Azfar itu menjadi suaminya yang sah ,tetapi takdir telah menentukan hidupnya bersama lelaki itu. Dia laju mengelap air matanya yang membasahi pipi apabila terdengar seseorang mengetuk pintu biliknya.

Amilia membuka pintu biliknya. Kelihatan wajah Azfar kini kelihatan tegang, mungkin kerana sedang menahan amarah yang mendalam disebabkan tindakan Ridza yang meminta dirinya untuk meninggalkan lelaki itu.

"Awak nak apa Azfar?cukup-cukuplah saya sakit disebabkan perkara tadi.Cukuplah!!" Amilia menutur perlahan. Sejujurnya dia memang sudah penat untuk menempuh dugaan ini.

" Nurlaila Amilia, kau sedar tak kau tu isteri kepada Muhammad Azfar Syahmi?"kata Azfar sambil memandang tajam ke arah Amilia.

" ye, aku tau aku isteri kau, so what? " kata Amilia lagi.

" so, kau tolong jaga batas kau dengan lelaki lain belakang aku!! Aku tak suka! Faham!"kata Azfar lalu merapatkan muka ke arah Amilia lalu diselak rambut Amilia yang menutupi wajah comel wanita itu.

"kau nampak ke aku menggatal dengan Ridza tu? Tak kan? Aku tak buat apa-apa dengan dia. Dia yang datang cari aku,tolonglah jangan nak menyalahkan aku Azfar! 😪" Amilia cuba menjauhkan diri dari Azfar. Gelaran saya awak bertukar kepada aku kau dengan tiba-tiba.

"Sampai bila-bila kau,!! Nurlaila Amilia Binti Amran akan menjadi isteri kepada Muhammad Azfar Syahmi Bin Azman aka student kau!!satu perkara aku nak cakap,aku takkan lepaskan kau!!" Azfar terus keluar daripada bilik Amilia.

Amilia terduduk dengan kata-kata Azfar. Dirinya sendiri buntu dengan perasaannya terhadap Azfar. Hatinya kini penuh dengan tanda tanya. Mulutnya menuturkan sesuatu tanpa didengari Azfar.

"Aku sendiri taknak kau lepaskan aku Azfar,cuma aku buntu dengan perasaan aku terhadap kau!" Amilia menangis lebih esak kerana merasa penat dengan semua ini. Akhirnya dia tertidur dalam tangisan.

Keesokan hari, Azfar bangun dari tidur lalu membersihkan diri. Kemudian, dia keluar dari bilik untuk bersarapan tetapi dia pelik kerana batang hidung Amilia pun tidak kelihatan. Lalu dia bergerak ke bilik wanita itu. Dia mengetuk perlahan tetapi tiada sahutan lalu dia terus membuka pintu bilik itu.

Kelihatan Amilia sudah terbaring lemah di atas katil. Azfar lantas mendapatkan Amilia. Dia meletakkan belakang tangannya ke dahi Amilia.

"Ya Allah,panasnya badan awak,Amilia." Azfar mula risau dan gelabah.

Dia cuba mengejutkan Amilia tetapi tiada sahutan kita dari wanita itu. Tanpa berfikir panjang,dia terus membawa Amilia ke hospital. Sampai sahaja di sana, Amilia terus dibawa ke bilik kecemasan. Azfar hanya menanti dengan sabar dan kerisauan melanda pemikirannya.

"Ya Allah, kau lindungilah isteri aku. Aku tak mahu apa-apa jadi pada dirinya Ya Allah." Azfar kerisauan yang amat. Tak lama selepas itu ibu bapa mereka datang selepas Azfar menelefon mereka.

"Syah,macam mana dengan keadaan Lia?apa jadi sebenarnya ni?" ujar Encik Amran merangkap bapa mertua Azfar.

"Syah tak tahu ayah. Pagi tadi ,Azfar masuk bilik dia ,lepastu tengok dia tak sedarkan diri. Syah terus bawak dia ke hospital" Azfar bercakap terang-terangan sehingga terlupa dia telah memecahkan rahsia bahawa dia dan Amilia tidak tidur sebilik.

"Bilik dia? Kamu dengan Amilia tak tidur sebilik?" Kali ini Encik Azman pulak bersuara.

Azfar menggaru kepalanya yang tidak gatal dan dia mengetuk kepalanya kerana sudah membocorkan rahsia mereka berdua.

"Lepas Amilia sihat, kami berempat nak berjumpa dengan kamu berdua untuk bincangkan hal ni." Encik Azman memberi kata muktamad.

Tak lama selepas itu, doktor keluar dari bilik kecemasan dan memberitahu keadaan Amilia. Alhamdulillah, Amilia hanya penat dan stress dan menyebabkan dia demam sedikit teruk. Selain daripada itu, Amilia baik-baik sahaja.

Azfar bersyukur mendengar kata-kata doktor itu. Dia terus bergegas ke wad yang menempatkan Amilia setelah Amilia dipindahkan. Dia terus duduk di birai katil Amilia. Dia memegang erat tangan Amilia dan menyebabkan Amilia tersedar dari tidurnya.

"Azfar,saya kat mana ni?" Amilia bertanya kepada Azfar sambil memegang kepalanya yang terasa sakit.

"Awak dekat hospital." Azfar menjawab pertanyaan Amilia.

Amilia hanya mengangguk. Dia kemudian,kembali tidur kerana kepalanya memang terasa agak sakit yang amat. Azfar pula sentiasa ada di sisinya.

Ibu bapa mereka pula sudah pulang selepas mengetahui keadaan Amilia yang tidak apa-apa dan menyerahkan segalanya kepada Azfar untuk menjaga Amilia.

Dalam hati Azfar rasa bersalah kerana telah membocorkan rahsia kepada ibu bapa mereka tentang mereka tidak tidur satu bilik walaupun mereka adalah suami isteri yang sah!! Dia memandang wajah Amilia yang tenang dalam tidur itu.

"Saya mintak maaf Lia,Saya dah bocorkan rahsia kita." Azfar memegang erat tangan Amilia yang sedar tidur. Dia kemudian berbaring disisi Amilia lalu dia pun tertidur disitu sambil tangannya masih memegang tangan Amilia.

_to be continued_

Hello ,new chapter published..thankyou for keep reading my story! Naa..sorry ya if author punye writing skrg makin ke laut..sbb author dah x berapa nak ada masa update.. so far ,masih ramai yang menanti sambungan cite ni?kalau ada plz vote and comment okay!! Plz vote if you really love my story and do follow my account,and read another story of mine.. thankyou ..

Much love for you

From
nrleykxysf_
(AUTHOR SBSPM)

Suamiku Budak SPMحيث تعيش القصص. اكتشف الآن