Part 27

782 30 6
                                    

Aira masuk ke biliknya setelah aktiviti keluarga tadi tamat. Dia menghempaskan dirinya di atas katil yang empuk itu. Matanya memandang kipas siling yang berpusing secara perlahan setelah dia menekan butang di alat kawalan. Dia menghembus nafas kasar.

"Aku kena cari tau siapa lelaki yang diorang jumpa tadi. Mungkin itu salah satu cara untuk aku dapatkan Azfar." Aira senyum sinis dan menyambung katanya "AKU AKAN PASTIKAN AZFAR SYAHMI AKAN JADI MILIK AKUU!!!" tekad Aira sebelum bangun dari pembaringannya.

Pada waktu lain, Amilia dan Azfar masih berada di pantai sambil menghirup udara segar. Amilia mengambil tempat di sebelah suaminya yang kini sudah duduk di kerusi yang tersedia.

Dia merenung sang suami yang sedang menghayati ciptaan terindah oleh Yang Maha Kuasa. Dia senyum sendiri sebelum memanggil suaminya perlahan.

"abang." kata Amilia. Azfar berpaling memandang isteri di sebelah. "ye? ada apa sayang?" tanya Azfar sambil mengangkat keningnya. "betul abangbtak menyesal kahwin dengan Lia?" tanya Amilia dengan wajah yang ingin tahu. "tiba-tiba tanya soalan macam ni lagi kenapa sayang?" ujar Azfar. "takdelah, Lia tgk Aira tu macam tak suka je dengan kehadiran Lia dalam keluarga abang." jawab Amilia sambil mengguris tanah menggunakan dahan yang patah yang ada di situ.

Bukan dia tak tahu, dari hari pertama dia berada di situ, Aira langsung tidak menegurnya seperti sepupu-sepupu Azfar yang lain. Aira lagi memberikan jelingan tajam kepadanya. Manakan tidak dia berasa seperti itu.

"Aira? biarkan jela dia sayang. Yang pasti semua suka dengan kehadiran awak." jawab Azfar sambil mengelus tapak tangan Amilia lembut.

Azfar tahu Aira memang tak berapa suka dengan Amilia kerana wanita itu amat menyukai dirinya tapi dia tidak pernah ada perasaan yang sama pada Aira. Dia lebih menganggap Aira sebagai adik sepupunya sahaja. Tak lebih dari itu!!

"tak payah fikir banyaklah sayang." Azfar  menarik Amilia ke dalam pelukannya. Dalam diam rupa-rupanya seseorang memerhatikan mereka dari jauh dengan wajah hampa. Seketika kemudian dia mahu membawa diri, tiba-tiba seorang wanita menyapanya.

"haii." sapa wanita itu.

"h..haii..kau siapa?" tanya lelaki itu.

"aku Aira." jawab Aira.

"Nazrin." jawab lelaki itu sepatah.

"aku tau kau nak dekat Amilia kan? aku just straight to the point je eh dengan kau. Apa kata kau dan aku kita bekerjasama untuk dapatkan orang yang kita suka?" tanya Aira dengan senyuman di bibir.

"kau nak buat apa?" tanya Nazrin penuh tanda tanya.

"kau tunggu je. Aku akan bagitau planning aku dekat kau lepas kita balik KL nanti. Okay? Kau memang stay KL kan?" tanya Aira.

Nazrin hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan kenyataan wanita didepannya ini.

"bagi nombor kau. Senang kita nak contact each other." kata Aira lagi sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nazrin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku Budak SPMWhere stories live. Discover now