6. Worry

153 27 92
                                    

Mina memandang Han dan Minho silih berganti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mina memandang Han dan Minho silih berganti. Mereka berdua nampaknya sedang berlawan mata bersama kerutan di dahi.

Mungkin kerana kejadian  tadi, Han berasa geram terhadap Minho. Suka hati je Minho pukul dia guna bantal.

Minho dapat membaca segala kata hati Han

'Siapa duh dia ni?'

'Kenapa dia dalam rumah noona?'

'Dah la handsome macam mana kalau noona tersuka dekat dia?'

'Tak boleh jadi ni...'

Minho tidak sengaja ketawa hambar di hadapan mereka berdua. Makin berkerut wajah Han memandang dia

'Ewah jantan ni. Apa yang lawak!'

"Minho, kenalkan ni adik angkat saya, Han Jisung" suara Mina memecahkan keheningan itu

"Minho, panggil lino" Minho menghulurkan tangannya sambil menguntum senyum mesra. Han memandang sinis tangan milik lelaki itu "Han"jawabnya ringkas sambil membalas salam perkenalan Minho dengan lagak.

Kini pandangan tajam Han beralih ke Mina "Hoi Mina Noona! Siapa lelaki kacak ni? KAU ADA LELAKI SIMPANAN EA? AKU BAGITAHU--" pantas mulut Han Jisung ditekup Mina

"Dia kawan aku je gilaa" bisik Mina tegas menusuk ke dalam pendengaran Jisung.
"tch.. Kawan? Lega mendengarnya" Han mengurut dadanya yang tercungap-cungap

"Minho, mulai harini Han tinggal dengan kita. Jadi, korang berdua kena jadi kawan baik" Mina tepuk tangan, teruja

"Kawan baik? Heh dengan dia?" lagi sekali Han memandang rendah si Minho.
Minho yang tadinya tersenyum, sekelip mata musnah kegembiraannya.

Mina sudah menelan liur. Kalau Han dapat tahu si 'Lino' ni pembunuh, pasti tak senang duduk dia sekarang ni. Silap-silap, dia tertunduk-tunduk pada Minho dek kerana takut. Bukan main berlagak adik angkat dia ni.

"Mina, tak payahla. Aku memang dah kena pergi dari sini. Aku taknak susahkan kau lama-lama. Han ni pun bukan suka aku tinggal sini. Nak jadi kawan? Sebut nama aku pun dia tak ingin" sempat Minho memerli Han

"yes!" Han bersorak menjulang tangan ke udara. Mina mencubit pehanya. Biadab betul
"Apa maksud awak? Awak nak kembali dekat hospital tu ke? Kan awak baru je keluar"

Minho menggeleng perlahan "Aku nak pergi Daegu. Cari omma aku" Minho senyum teruja. Entah kenapa Mina rasa sedih bila dapat tahu Minho ingin pergi.

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Where stories live. Discover now