7. Run

140 25 110
                                    

Minho tiba di rumah agam milik Ibu Puan Lee atau lebih tepat, rumah neneknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Minho tiba di rumah agam milik Ibu Puan Lee atau lebih tepat, rumah neneknya. Melalui tingkap besar, dia dapat lihat suasana ruang tamu rumah itu.

Sunyi sepi..
Sehinggalah bayang Ommanya muncul sambil mengendong seorang bayi lelaki berusia lebih kurang 10 bulan.

"Anak siapa tu?"soal Minho sendiri. Datang pula seorang lelaki yang tak dikenali memeluk erat Ommanya dari belakang. Suami baru?

Rasa gundah menyerang hatinya."Oh.. Patutla tak pernah jenguk aku dekat hospital mental. Rupanya sibuk uruskan keluarga baru" ujar Minho geram dan kecewa. Air matanya mula membasahi pipi saat dia menunduk melihat tanah.

Niat untuk meminta maaf pada Puan Lee terbatal begitu sahaja. Kebahagiaan Puan Lee hanya mampu dijenguknya dari jauh bertemankan derai air mata. Di sana bahagia, di sini terluka.

Mungkin ini balasan buat dirinya, yang sanggup memilih Hyejoo daripada sang ibu. Minho mengatur langkah berat meninggalkan kawasan itu

×××

Termenung jauh Minho mengingatkan kebahagiaan ommanya tadi. "Awak patut tegur je dia tadi. Walaupun dia ada keluarga baru, takkanlah macamtu je dia lupakan anak dia yang lain. Ibu mana tak sayangkan anak?" tegur Mina dengan harapan dapat menaikkan semangat Minho

"3 Tahun aku meringkuk dalam hospital gila. Sekali pun dia tak pernah jenguk. Takkanlah mengandung 3 tahun" perli Minho selamba namun dia masih lagi marah dan geram. Cemburu pada bayi tu pun ada juga sebenarnya.

Mina menggeleng perlahan "Masing-masing sayang tapi ego" dia jeling Minho atas bawah.

Suasana menjadi sunyi seketika. Mina sibuk membalas mesej dalam telefon manakala Minho masih lagi termenung memikirkan sesuatu.

"Mina.. Kalau aku menagih kasih sayang dekat Omma kau boleh? Macam si Jisung tu. Boleh ke?" Minho tersenyum penuh harapan dengan mata bersinar-sinar. Tangannya memeluk lengan Mina kononnya merayu.

"Huh? Tak boleh!" laju Mina menarik tangannya semula. Harapan Minho yang bergunung, ranap sekelip mata "Kenapa?" dia tarik muka, merajuk. Keningnya bertaut tak puas hati

"Saya je pening layan awak apatah lagi Omma saya. Tak pening lagi, dah pengsan kot. Jadi, jangan harap" Mina tetap membantah.

"Kau nak kata yang aku ni menagih 'kasih-sayang' dekat kau sampai kau pening la ni?" Minho menjeling Mina tajam

"Awak sendiri boleh nampak. Asyik-asyik menangis lepastu saya juga kena pujuk. Awak nak ibu saya pujuk awak? Tolonglah, saya luka dia lagi marah adalah. Saya tak rasa awak sanggup nak dengar bebelan dia" sempat Mina luah perihal ibunya yang tegas.

"Oh, jadi kau sendiri yang nak bagi kasih-sayang dekat aku? Itu yang bersungguh-sungguh kau tak nak omma kau 'sayang' aku? Okey Son Mina, aku dah faham maksud kau. Sayang aku elok-elok ya?"

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Where stories live. Discover now