8. Sister

131 26 56
                                    

Minho melutut di depan Puan Lee yang sedang duduk di atas sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Minho melutut di depan Puan Lee yang sedang duduk di atas sofa. Tangannya naik mencapai tangan kanan milik ommanya.

"Omma.. Minho minta maaf" ucap Minho penuh rasa bersalah. Meskipun pendek, Puan Lee tetap dapat rasakan bahawa Minho betul-betul ikhlas.
Rambut atas Minho dielus lembut "dah lama omma maafkan"

"dda dda dda" kedengaran Kim Sunoo bersuara. Bayi 10 bulan itu sudah  pandai bercakap-cakap walaupun tidak jelas. Dia duduk sopan di sebelah Minho, memerhati omma dan abangnya.

"Mana kamu pergi selama ni?"
Minho menarik nafas dalam. Perlu ke dia beritahu?
"Minho ni pembunuh. Minho bunuh dah Hyejoo..tsk" dia kembali sebak mengingatkan kesilapannya

Luluh hati Puan Lee melihatnya bersedih
"Omma tahu. Mesti ada sebab kamu buat macamtu. Jangan salahkan diri lagi. Minho takkan serang kalau orang tu tak salah. Omma tahu anak omma baik" pujuk Puan Lee sambil menyeka air mata Minho dengan jarinya

Dia menggeleng tidak bersetuju dengan kata Omma.
"Hisk.. Tak- Minho jahat. Hisk" kalini Puan Lee menarik Minho ke dalam dakapan

"Tak, anak Omma tak jahat" dia menggosok belakang Minho agar bertenang.

Tersedu-sedan Minho menahan tangisan
"Hiks.. Hiks" si bayi turut dijangkiti rasa sedih.
"Gwenchana Sunoo-ya~"pujuk Puan Lee sambil mengusap belakang Sunoo juga.

Dua-dua anak dia pujuk.

***

BAM!

Bunyi hempasan pintu rumah bergema buatkan Han berdebar-debar. Dia lantas bangkit berlari mendapatkan Mina

Jelas terpampang dia dalam kerisauan "Minho ada balik ke? Dia hilang lepas beli telefon. Noona call dia tak angkat"
Tiada jawapan daripada Han. Lelaki itu diam menatap Mina sedalamnya

Ada apa yang tak kena?

"Han, jawablah" bahu adik angkatnya itu digoyang kencang
"Minho siapa bagi Noona?" tidak menjawab soalan Mina, sebaliknya melontarkan soalan juga

Bibirnya diketap rapat
"Kan dah bagitahu, kitorang kawan je" jawapan Mina buatkan Han ketawa hambar
"Kawan atau musuh?" kening sebelahnya terangkat.

Lidah Mina kelu. Mereka saling merenung tajam
"Tolong batalkan niat jahat kau sebelum kau menyesal" nasihat Han tegas. Hilang panggilan 'noona' sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua.

"Takkan! Minho tu bahaya. Dia boleh baca fikiran kita"Mina tetap dengan rancangannya. Dia meraih tangan Han untuk memujuk "Semua ni demi kebaikan keluarga kita. Tolong, jangan bagitahu dia"

rayuan Mina hanya menambahkan kusut di fikiran Han. Dirinya betul-betul dalam dilema sama ada ingin memilih keluarga, ataupun orang yang belum tentu bersalah.

"Cukuplah Han benci sorang  daripada dua kakak" ujarnya geram

"Hyejoo tak salah, Han"
sedaya upaya Mina cuba meyakinkannya bahawa adiknya, Son Hyejoo tidak bersalah dalam bercinta dengan Changbin.

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Where stories live. Discover now