13. Seoraksan

81 17 6
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba iaitu hari di mana Minho akan dibawa ke Jeno dan Hyejoo bagi  membalas dendam yang sudah lama terpendam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari yang dinantikan telah tiba iaitu hari di mana Minho akan dibawa ke Jeno dan Hyejoo bagi membalas dendam yang sudah lama terpendam.

Ketika Mina dalam keresahan memikirkan cara untuk dia selesaikan masalah, matanya menangkap susuk tubuh Minho di depannya yang sedang baring secara menyarap sambil khusyuk bermain telefon pintar. Tangan sebelahnya pula membelai kepala kucing.

Dia sangat tenang tanpa dia tahu bahawa harini boleh jadi hari kematiannya.

"Minho, awak buat apa?"

cepat-cepat Minho menutup telefonnya "Ada la" jawabnya pendek. Mina mnejeling jejaka itu atas bawah. Tak lain tak bukan, mesti jantan ni stalk gambar adik aku.

"Takde kena mengena dengan Hyejoo" bukannya Minho dapat baca fikiran Mina tetapi dia sudah agak apa yang Mina fikirkan. Maklumlah lelaki itu jadi gila pun disebabkan oleh Hyejoo

"Aigoo Minchu comelnya!" teriak Minho memanggil nama kucing itu. "Minchu?" soal Mina. Asal pelik sangat nama kucing tu?
"Ya. Min stand for Minho, chu pula stand for Hyechuu" beritahu Minho buatkan Mina jadi geli.

"Hyechu? Tch-" menyampah dia dengar nama manja untuk Hyejoo yang dicipta oleh Minho
"Cemburu ke?" Minho tersenyum nakal
"Erk... Tak!" pantas Mina menafikan.

"Sorry la. Kalau nak letak nama kita berdua, Minho jadi nama aku, Mina jadi nama kau. Takkan nak letak Naho.. Dah macam nama orang pula kan?"

Mina hanya angguk kepala sahaja. Malas nak dengar penjelasan Minho "Okey dah tu, Minchu"

"kan" Minho terus memberikan sepenuh perhatian pada Minchu sambil diperhatikan Mina.

Dalam suasana diam itu, Mina baru teringat, Minho belum jawab soalan semalam tentang 'Mind Reader'

"Awak tak balas lagi soalan semalam..padahal saya dah jawab soalan awak" Minho sendiri sudah mengagak bahwa soalan itu akan ditanya semula "pelik-pelik je soalan. Mestilah tak boleh. Dah tau pun nak tanya lagi" sempat dia menyindir gadis itu

Mina mencebik tak puas hati dengan jawapan Minho.
"Tapi awak special" dalam sesaat Mina menyesal mengucapkan itu apabila dia mendapat riaksi melebih-lebih daripada Minho

"Apaaaaaaaaa? Aku special?????" sengaja Minho menjerit nak kasi satu hotel dengar. "Diamlah"

"Kena bagitau Jeno ni" Minho berpura-pura sedang mencari nama Jeno dalam telefonnya padahal dia tak simpan nombor adik dia tu. Segera Mina merampas telefon Minho "Eh! kenapa pulak nak bagitau dia?"

"Saje. Kenapa panik?" Minho tersengih sambil kening sebelah terangkat sekilas. Mina terkelu, tentulah dia panik lebih-lebih lagi sekarang dia sedang elak untuk berkomunikasi dengan Jeno

Melihat riaksi gugup daripada Mina, Minho pantas merampas semula telefonnya pada tangan gadis itu. Mina jadi blur apabila tangan kanannya juga disambar oleh Minho "Jom pergi gunung"

Topik Jeno digantikan dengan gunung. Langsung Mina jadi teruja "Awak.. Tak takut?"
Minho memutarkan bola mata ke atas "Kau sorang je panjat. Bebal"

"Nak ikut" pandangan mereka tertuju kepada Han. Tangan Mina dilepaskan dalam keadaan gelisah. Bukan Han buta tak nampak.

"Jom!" gembira Mina

×××


Mina tak habis-habis menangkap gambar pemandangan gunung Seoraksan. Sesekali dia menangkap gambar Han juga. Adik lelakinya itu dipaksa duduk diam supaya dia dapat ambik gambar yang cantik "Dah ke?" soal Han malas

"Dah" jawab Mina barulah Han dapat bergerak. "Aku pula!" dengan tak malunya Minho berdiri di tempat Han tadi. Mina terkial-kial "Bagi telefon awak, biar saya tangkapkan gambar awak" Mina menghulurkan tangan meminta telefon Minho

Jejaka itu tersengih. Pada tangan Mina dia hulurkan tangannya sendiri lalu dia tarik Mina supaya rapat dengannya. Tangan yang mengenggam tadi kemudiannya naik memeluk bahu Mina.

Pipi Mina kian membahang dengan tindakan Minho ditambah pula dengan renungan yang diberikan. "Senyum" kata Minho
"Ha?" Mina jadi blur. Senyum? Kenapa?

"Senyum, pandang aku buat apa? Pandang kamera ni"

Mina baru sedar Minho sedang bersedia untuk selfie "Ooo..."
Masing-masing angkat peace memandangkan tu je pose yang cliché. Kalau angkat mini love nanti kang, dah suspicious..

Dua pasangan itu diperhatikan oleh Han dengan menyampah "Oi cepatlah! " jeritnya dari jauh "Okey!" jawab Minho lalu dia tolak Mina ke tepi dan berlari mendapatkan Han

"Cis! Berdosa amat Lee Minho" Mina mencebik geram apabila dirinya ditolak begitu sahaja.

Telefonnya tiba-tiba berbunyi panggilan daripada Hyejoo. Keluhan kecil dilepaskan oleh Mina sebelum dia mematikan telefonnya. Sungguh dia kecewa dengan Hyejoo kerana sanggup menipu demi kebaikan sendiri. Mina masih ingat janjinya terhadap Hyejoo bahawa dia akan berkorban untuk Hyejoo.

Sayangnya terhadap Hyejoo bagaikan kasih ibu terhadap anak. Adiknya sentiasa menjadi peneman baginya sejak kecil. Berkongsi kegembiraan dan kesedihan adalah perkara yang biasa mereka lakukan. Meskipun Hyejoo cuma menjadi pendengar dan penasihat masalah kakaknya tapi Mina sangat terhutang budi sehinggakan dia sanggup memberikan lebih untuk Hyejoo dengan membalas dendam pada semua orang yang menganggu Hyejoo walaupun perkara yang dilakukan cumalah perkara kecil.

Mungkin kerana itulah Kini Hyejoo senang memijak kepalanya dengan menyuruh Mina melakukan apa sahaja yang boleh mengancam nyawanya.

"Oi perempuan" dahi Mina ditunjal oleh Minho buatkan gadis itu sedar dari lamunan "Auu"
"Kau tunggu Jodoh ke? Tercegat kat sini lama-lama. Asyik mengelamun je kau ni. Cepatlah, Han dah tunggu tu" bebel Minho sebelum dia berpatah balik mendapatkan Han

Mina masih tercegat di situ, dek kerana geram dengan tindakan Minho tadi, dia tikam Minho dengan renungan tajamnya "Dia ni kan, suka hati je tunjal dahi aku depan orang ramai"
Tiba-tiba Minho menoleh semula ke arah Mina cepat-cepat gadis itu menundukkan pandangan "Alamak.. Mati aku"

Kedengaran langkah Minho mendekatinya semula "Kau okey tak?"
Sangkaan Mina sangat berbeza. Dia ingatkan kalini Minho nak tampar dia pula ke sebab tak gerak-gerak sebaliknya dia tanya tentang keadaan Mina

"Sorry.. Saya banyak fikir sampai asyik mengelamun. Awak pergilah dulu" Mina beri isyarat tangan menghalau

"Apa yang kau fikirkan?" soalan Minho buatkan Mina hairan. Bukankah dia boleh baca fikiran orang?
"Aku pelik.. Kenapa fikiran kau sorang je yang aku tak boleh nampak..." Minho memegang dagunya gaya sedang berfikir

Mina terkejut mendengar pengakuan Minho sendiri. Dia tak boleh baca fikiran aku sorang je?

"... Kau, siapa sebenarnya?" soal Minho lagi mendebarkan Mina.

Mina gugup tidak dapat menyatakan jawapan. Dia juga hairan kenapa Minho tidak dapat membaca fikirannya sorang.
Mesti ada sebab kenapa Tuhan tetapkan macamni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Where stories live. Discover now