2.Story

208 36 117
                                    

Akibat telah memukul insan yang bergelar 'adik' Minho sekali lagi ditempatkan di dalam bilik kurungan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akibat telah memukul insan yang bergelar 'adik' Minho sekali lagi ditempatkan di dalam bilik kurungan. Suasana gelap, panas dan sunyi buatkan dirinya lemas terperangkap disitu

Dalam keadaan senyap itulah fikirannya mula menerjah pada kenangan lama
.

.
Pagi itu dia terlambat untuk menghadiri mesyuarat penting tapi dia tetap ingin membeli roti sebagai alas perut. Dia mendekati kaunter sambil mata khusyuk melihat skrin telefon untuk membaca mesej

"Cik nak pesan apa?" Suara lembut Hyejoo menerpa cuping telinganya buatkan kepalanya automatik mendongak. Cantik.

Namun dia sorokkan perasaan terpana itu. Dia buat pesanan seperti biasa "Cepat sikit. Saya dah lambat ni."Arahnya dingin.

"oh okay okay. Sekejap ye" cepat-cepat Hyejoo menyediakan pesanan Minho. Sementara itu, Minho curi-curi memandangnya. Dia nampak sangat comel dengan larian kecilnya yang agak kelam kabut.
Minho terhibur.

"Ini dia pesanan cik" Hyejoo menguntum senyuman manis meskipun hatinya rasa gementar. Kot kot lelaki ni marah sebab dia lambat?

Minho pandang lama beg kertas itu sebelum tatapannya bertukar ke mata Jihyun "You ni pekerja baru ke? I tak pernah nampak you dekat sini" Dia tersenyum senget

Hyejoo hanya tersengih dan mengangguk "Saya mohon, kalau saya bermasalah jangan bagitahu Boss. Kita bincang elok-elok" Hyejoo menunduk kepala dengan tangan dirapatkan, memohon ampun rasanya.

Lagi sekali Minho ketawa kecil "Kenapa takut sangat dengan boss? Diorang pun manusia juga" Minho berpeluk tubuh. Memandangkan dia boss juga, dia menegaskan kenyataan itu

Hyejoo tersenyum janggal dalam masa yang sama, Minho cuba untuk mengimbas kisah hidup Hyejoo yang terpapar di dalam kepala gadis itu.

Dipukul dan dikutuk oleh boss sendiri kerana sangat leka dalam bekerja. Namun Hyejoo tetap berusaha menjalankan pekerjaannya. Minho tumpang simpati

"Yah.. Berhenti kerja dekat sini. Kerja dengan I" ucap Minho penuh serius. Hyejoo menjadi keliru dengan arahan Minho yang secara tiba-tiba itu
.

.
Hyejoo sah menjadi pekerja di syarikat LeeNo milik Lee Minho. Lama dia merenung kad keahliannya. Bersyukur dia dipertemukan dengan Minho. Dapat kerja yang lebih bagus malah terhindar dari bossnya yang kejam

"Suka tak?" Kehadiran Minho entah dari mana buatkan Hyejoo pantas menunduk hormat "Terima kasih tuan. Saya akan cuba yang terbaik" Ucapnya bersungguh

Minho tersenyum nakal
"cepat buat kopi!"
"Aip aip kapten!" Jihyun menabik hormat sebelum pergi. Minho ketawa dengan tingkah laku itu "Amboi suka" muncul Changbin berdiri disebelahnya

"Mestilah suka. Crush bekerja bawah kita kan..." Kata Minho selamba. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Hatinya sudahpun berbunga-bunga.

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Where stories live. Discover now