24. BadBye

101 18 22
                                    

"Hi!" tegur seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hi!" tegur seseorang. Dia angkat kepala dan ternampak Bangchan dan Han "Korang melawat kubur Felix ya?" tanya Puan Lee

"Haah. Hari nak hujan ni, jangan lama-lama kat sini" pesan Bangchan dengan ramah. Sejak dia sembuh, hidupnya jadi semakin baik dan dia bekerja di bawah Minho sebab itulah dia kenal Puan Lee. Dia juga menjadi pelukis dan jadikan itu sebagai kerja sampingan.

"Okey. Jaga diri korang juga" Puan Lee berpesan kembali.
Mereka berdua angguk dan berlalu ke kereta.

"Malamni datanglah rumah mak aku. Ada makan-makan" ajak Han dengan teruja "Tengoklah kalau aku tak sibuk" sejujurnya jadual Bangchan padat.

"Alaaa datanglah! Kau dah macam ahli keluarga kitorang kot. Kau kena datang!" desak Han bersungguh-sungguh kerana Bangchan sahabatnya malah dia sudah anggap Bangchan macam abang kandungnya sendiri. Mana mungkin tak datang?

Entah kenapa Bangchan lihat Han seperti Felix. Mungkin kerana mereka berdua adik-beradik. Sumpah dia rindu dekat Felix. Mujur ada Han, dapatlah dia lepaskan rindu walaupun sedikit.

"Ye la" malas hendak dengar si Han merengek, dia setuju untuk datang. "Yey! Jumpa malam ni! Pergi dulu hyung!" ucap Han sebelum masuk ke dalam kereta.

Sebaik sahaja kereta Han hilang dari pandangan, Bangchan mengalirkan air mata. Kematian Felix sudah 3 tahun berlalu tapi dia masih sedih lagi-lagi bila dia teringat yang dia tipu Felix demi melihat lelaki itu tersenyum.

"Mianhae.. Felix hiks.. "

Tiba-tiba dia dapat rasakan seseorang membelai belakang badannya. Dia melihat si gerangan, wanita yang melawat kubur anaknya tadi. Puan Lee dapat membaca fikiran Bangchan yang kesal terhadap Felix.

"Kamu buat benda betul. Lebih baik mati dalam keadaan gembira daripada mati dalam keadaan sedih. Kebanyakan orang dalam dunia ni meninggal waktu perasaan mereka sedang sedih. Bertuah Felix mati dalam keadaan sebaliknya. Jadi jangan rasa bersalah tapi bersyukurlah" teguran Puan Lee sedikit sebanyak buatkan Bangchan tenang.

Betul la tu, dia sepatutnya turut gembira kerana menggembirakan Felix dalam menunggu detik kematiannya.

×××

"Yah Lee Minho! Lama lagi ke kau nak sampai?" soal Bangchan dalam talian. Keluarga itu hanya tinggal menunggu kedatangan Mina dan Minho sebelum memulakan majlis.

"Baru parking ni, jap lagi aku masuklah, aigo rindu sangat ke kat aku?" soalan Minho buatkan Bangchan jeling menyampah..

tapi memang betul pun.

"Bukan rindu kau. Aku rindu kat Mina tu haa" seloroh Bangchan sebelum mematikan panggilan sengaja meninggalkan Minho tercengang "Dasar.."

"Bangchan cakap apa?" tanya Mina di sebelah tempat duduk penumpang
"Bangchan suruh kau jauhkan diri daripada dia" tipu Minho.

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Where stories live. Discover now