11. Journey

85 19 14
                                    

Sepanjang perjalanan Mina tak habis-habis berfikir tentang keputusannya

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Sepanjang perjalanan Mina tak habis-habis berfikir tentang keputusannya. Matanya tepat memandang jalan sambil tangan memandu namun fikirannya serabut dengan perkara yang hendak dilakukannya.

Sesekali dia menjeling Minho yang sedang tidur di tempat duduk sebelahnya bersama seekor kucing pada pangkuannya. Adik tirinya, Han turut sedang tidur di tempat duduk belakang.

Stereng dipusing ke arah kiri memasuki laluan persinggahan. Selesai menarik pedal, Mina terus keluar menuju ke tandas

Wajahnya dibasahkan lalu dia merenung wajah sendiri melalui pantulan cermin di hadapannya.
"Hyejoo... atau Minho?" soalnya pada diri sendiri

Namun jika dia tak bunuh Minho sekalipun, Jeno akan lakukannya.

Tiba-tiba telefon Mina berdering tanda seseorang menelefonnya. Terpampang di skrin telefon nama Hyejoo

"Apa lagi?" dari suaranya sahaja dapat tahu yang dia sedang penat untuk melayan kehendak Hyejoo

"Hyejoo nak jumpa unnie boleh?"

Terbeliak mata Mina mendengar permintaan Hyejoo
"Unnie dengan Minho sekarang. Nanti-nanti boleh?"

"Hm.. Araseo (okay).. Ni berkenaan dengan Minho juga. Hyejoo nak luahkan sesuatu. Nanti kita jumpa"

Mina hanya mengangguk malas sehinggalah talian tersebut diputuskan sendiri oleh Hyejoo

Dalam beberapa minit, Mina kembali ke kereta.
"Mana Minho?" tempat duduk sebelahnya cuma tinggal kucing yang Minho pegang tadi manakala si Minho hilang!

Dia berpaling memandang Han. Adiknya itu angkat bahu dengan muka mamai. Jelas sekali baru bangun tidur.

"Haih mana dia ni?" gelabah Mina keluar semula dan mencari Minho di setiap gerai. Tingkahnya yang kelam-kabut itu menarik perhatian orang ramai yang sedang makan di situ.

Kewujudan orang ramai di situ buatkan Mina pening. Tanpa sedar dia sedang berpusing sendiri sehinggalah seseorang menghentikannya

"Dah kenapa jadi ballerina kat tengah-tengah jalan ni?"

"Minho! Awak pergi mana?" tanya Mina dengan terkejut. Spontan tangannya memukul lengan Minho

"Auuu.. Aku pergi tandas je. Apa salah aku?" rengek Minho sambil menggosok kesan pukulan.

"Oh.. Sorry. Jom pergi" baru sahaja Mina ingin menarik lengan Minho, lelaki itu terlebih dahulu menarik Mina masuk ke dalam kedai runcit

"Jom beli gula-gula kapas. Kau belanja hehehe" Minho ketawa nakal. Tangannya sibuk mengambil 3 bungkus gula-gula kapas

"Macam budak-budak" perli Mina sebelum berlalu ke kaunter dan membuat pembayaran
"Aku memang budak-budak pun~ Hyejoo panggil aku baby tau~" sempat Minho mengimbas panggilan lama yang Hyejoo berikan padanya

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻حيث تعيش القصص. اكتشف الآن