9. Truth

136 26 68
                                    

Prepare yourself

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Prepare yourself. -plot twist-

×××

Hidangan ayam dan daging tersedia di atas meja makan.
Felix dan Bangchan laju ingin mencapai "Nanti dulu" arahan Jeno mereka akur.

Masing-masing berhenti seperti patung. Jeno kemudiannya menutup makanan tersebut buatkan mereka berdua kecewa

"Kalau korang nak makan, korang kena patuh syarat" Jeno tersenyum ada makna

Felix dan Bangchan blur. Syarat?
"okey" jawab Bangchan tanpa mengetahui syaratnya. Dia cuma nak makan cepat.

Jeno membuka semula hidangan itu.

Laju mereka ratah kerana terlalu lapar

×××

Flashback

Telefon dilempar oleh Mina di atas meja kaca.
Puan Lee mencapai telefon itu dan melihat gambar Hyejoo yang sedang terbaring sakit di hospital

"Jadi kenapa?" soal Puan Lee tanpa rasa gugup dengan perbuatan salah anaknya

Mina menjadi tak sangka "Kenapa? Tch—"
".. Ni semua salah anak kau. Mana kau sorokkan anak kau ha? Dia patut terima hukuman!" naik gila Mina melepaskan marahnya

"Dia takkan tikam kalau Hyejoo tak buat silap.."Puan Lee masih mempertahankan Minho. Kemudian dia mencapai dompetnya

".. Berapa yang kau nak?" malas untuk panjangkan pergaduhan, dia pilih untuk bayar Mina

Air mata mula membasahi pipi Mina. Sanggup bayar demi selamatkan nyawa pembunuh?

"Apa salah Hyejoo?" nada suaranya perlahan dek kerana sedang melawan tangisan
"Hyejoo curang. Takkan kamu tak tahu? Kamu kan kakak dia"

"Tak. Anak kau yang cemburu dengan hubungan Hyejoo dan Changbin. Hyejoo tak pernah bercinta dengan Minho. Dia dengan Changbin dah nak masuk setahun bercinta"

"Haha.."Puan Lee tertawa hambar
"...dari mana kamu tahu? Dari Hyejoo? Adik kamu tu memang suka menipu ke?" sindir Puan Lee

Mina menjadi geram dan marah"Hyejoo tak pernah tipu dengan aku. Kitorang saling percaya antara satu sama lain"

"Kesian.. "

".. Minho tetap tak bersalah"

"Kalau dia tak bersalah, kenapa dia lari? Huh.. Buang masa aku je datang sini. Biar aku sendiri cari dia dan bunuh dengan tangan aku sendiri" ujar Mina sebelum beredar

End flashback

Dan sekarang ni, Mina bersama Minho di depan mata Puan Lee. Bila-bila masa je anak dia kena bunuh.

"Omma, ni la Mina" beritahu Minho
"Oh–" Puan Lee hanya mengukir senyuman mesra

"Cantik. Seiras Son Hyejoo" ucap Puan Lee sengaja. Mina kian gelisah

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Onde histórias criam vida. Descubra agora