23. Acrophobia

76 18 17
                                    

3 Tahun berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 Tahun berlalu

Matanya ditutup dengan kain manakala tangannya ditarik untuk dibawa ke sesuatu tempat.

"Awak nak bawa saya pergi mana Minho?" soalan itu banyak kali Mina sebut buatkan Minho jadi rimas "Ikut je la. Jangan banyak bunyi, aku tinggalkan kau kat tepi baru tahu" bebel Minho

"Berani nak tinggalkan saya? Ramai lelaki nak dekat saya tau!" selamba dia pijak kaki Minho kerana geram "Auu! Ish Minah ni.. Nasib sayang" kalau tak, dia balas benda sama.

Minho mengangkat Mina supaya gadis itu tidak memijaknya lagi.

"Biarlah saya jalan sendiri. Orang pandanglah" Mina sorokkan wajah pada dada Minho. Malu woi!

"Bukannya kau nampak diorang pun. Teruskan menyorok" nampak dingin tapi sebenarnya, dia suka buat Mina diserang malu.

"Awak..."

"Apa lagi?"

".. Saya tak berat ke?" mana taknya, badannya makin berisi lagi-lagi bila dah mengandung 7 bulan ni. Minho ketawa kecil

"C'monlah.. Ni Minho kot. Berat macam gajah pun boleh angkat" berlagak. Dia mendapat pukulan di dada "Auu"

"Awak nak cakap saya berat macam gajah ke!" berang Mina dibuatnya.

"Ops.. Kau sendiri yang cakap"

Mina mencebik "Turunkan saya!" kononya hendak merajuk "sendiri cakap sendiri marah sendiri merajuk" sindir Minho.

"Bahaya la hari-hari hadap awak. Takut anak kita ikut perangai kejam awak ni"
Kisah apa Minho?

"Mana ada kejam, sayang~ Kasar sikit je" lembut intonasi suara Minho menerpa cuping telinga Mina. Meremang pula bulu roma bila suaminya itu bertukar jadi romantik.

"Tak apalah teruskan kasar" dia lebih rela hadap Minho si kejam dari Minho si romantik.
"Tch— tak suka pula"

"Bila kita nak sampai ni?" soal Mina
"Kita dah sampai" Minho menurunkan Mina sebelum membuka ikatan kain pada mata isterinya itu.

Perlahan-lahan Mina membuka matanya "Sh*t.." riak wajahnya berubah tiada kegembiraan "Minho!" dia merengek tatkala mendapati dirinya berada pada tingkat 118 bangunan Lotte World.

Matanya terpaku pada lantai transparent yang menampakkan betapa jauhnya jarak dia dengan tanah. Menggigil kaki Mina kerana gayat dengan ketinggian itu

-KNOW-ᴸᴱᴱ ᴷᴺᴼᵂ √☻Where stories live. Discover now