36 | flirt

1.1K 61 29
                                    

"Benci semua orang yang ada awek. Aku ni sampai bila nak single?" Aaden merungut sendiri. Dia dekat dapur tengah minum susu. Tak dia tak rembat susu Syifa nanti Ayden jadikan dia peluru meriam. Dah tak pepasal kena tembak pergi Madagascar.

"Bende mung merungut malam-malan buta macam ni." Zayyan turun teman Aaden. Risau kekadang tengok Aaden ni. Duduk sorang-sorang pun boleh buat sembang. Takut tak lama lagi kena melawat dia dekat Tanjung Rambutan je. Dah kan tak pepasal je.

"Asal kau tak tidur lagi?" Aaden pandang zayyan yang tengah buka peti ais seluas alam tak tahu nak pilih makan apa. Late night snake dia late night betul. Risau je aku. Tengah-tengah malam buta pergi cari makan lapar punya pasal. Lapar satu hal. Teman Aaden satu hal.

"Kau cerita dekat aku macam mana aku nak tidur kalau aku lupa tutup mata nak tidur?" Aaden diam. Jelas bukan aku je bangang dalam rumah besar ni. Rupanya ada geng seangkatan dengannya. Masih ada yang bangang ye di sini.

"Hm bangang." Aaden sambung minun susu. Zayyan masih selongkar peti ais. Apa benda la yang susah sangat cari tu. Peti ais tu kalau dia boleh bercakap dia dah kata pergi berambus dah. Penat dia hadap tengok muka si Zayyan ni lama-lama.

"Hai guys. Tak tidur lagi ke?" Aaden pandang Laura yang muka putih dengan mask putih lepas tu rambut disanggul tinggi dengan baju nipis separas lutut. Gila seksi perempuan ni. Dah tu nampak macam hantu pun ya juga. Risau je. Hantu tepung gomak mana pula ni?

"ARGH MAK LIMAH HIDUP BALIK!!" Zayyan terjatuhkan tin Milo ke bawah. Macam mana boleh ada hantu Kak Limah pulak kat US ni? Dah hantu Kak Limah dah pandai naik kapal terbang pula ke? Siapa pula ajar mak limah ni?

"Hey U ni I yang cantik ni u kata hantu?" Laura gelak kecil. Dia duduk dengan Aaden. Tapi jauh sikit. Aaden angkat kening sebelah. Aik jaga jarak? Dah kena sampuk hantu mana perempuan ni tetiba jaga jarak pula ni?

"Asal jauh sangat?" Aaden tengok Laura dengan muka pelik. Laura tak cakap banyak dia senyum je. Lah lagi lah pelik. Zayyan hanya diam tengok Laura. Kau sure ke tu Laura? Bukan apa, takut benda lain je menyamar jadi dia.

"Kenapa korang tak tidur lagi?" Laura tanya sambil ambil biskut oat dalam bakul atas meja tersebut kemudian makan. Ha ni pun lapar juga ke tengah-tengah malam ni? Habis semua memasing lapar pula cari makanan sebelum tidur.

"Tak boleh tido." Aaden jawab. Entah la malas aku nak bermusuh dengan perempuan ni malam ni. Penat. Esok lusa la aku gaduh balik dengan dia. Hari ni baik dulu.

"Aku lupa tutup mata." Zayyan balas selepas satu tin Milo dihabiskan sekali teguk. Minum ke kedarah? Hantu Milo pun tersedak tengok dia ni minum air Milo.

"I tak boleh tido. Banyak benda dalam fikiran." Laura senyum kecil. Mulut terus mengunyah oat.

"Siapa tanya kau?" Aaden membalas sarkastik. Tak tanya pun dia tu. Sibuk ja nak join menjawab juga.

"Bila kau nak balik rumah mak kau?" Laura terpempan dengan soalan Zayyan. Dia tundukkan muka dan makan biskutnya secepat yang mungkin. Penuh mulut dia dengan biskut oat yang dia makan.

"I dah mengantuk. I naik bilik dulu." Laura berjalan laju meninggalkan dua ketul makhluk halus di belakang. Dah pahal pula minah ni?

Zayyan pandang Ayden. Ayden pandang Zayyan. What had happened?

"Aku naik dulu." 7 tin Milo dia bawak naik. Gila Zayyan. Aaden sambung termenung sambil habiskan susu dia yang tersisa sambil memikirkan bila dia nak kahwin sebab dia masih tak mampu berkahwin kerana tiada calon.

AC

"ANGEL BINI AKU. MAI SINI." Ayden muncul dekat laundry. Syifa diam. Alahai kantoi pulak. Dah habis la. Mati la nak.

C  |  HIS ANGEL Where stories live. Discover now