38 | dumbass

1K 64 16
                                    

  "F***." Terdengar carutan perlahan dari Fal. Apa masalah orang tua ni? Apa dosa aku teruk sangat ke sampai kena balasan macam ni sekali?

  "Fal? Where are youuuu?" Fal diam disebalik dinding. Apa masalah papa sampai bagi dia dekat orang tua psycho ni kena train. Silap hari bulan memang mati je la dia dekat sini.

  "Gotcha!" Fal ditendang kuat sampai terpelanting atas tanah. Ya Allah sakit dia tak kira. Ni semua salah bapak dengan mak dia. Kalau diorang tak setuju dia di train dengan orang gila ni mesti semua ni takkan terjadi.

  "Stop It! Im bleeding." Fal kerutkan dahi. Banyak dah darah yang terbazir. Ni semua sebab orang tua tak guna ni. Bukan kata darah je. Lebam tak payah nak kira sekujur tubuh dia memang tak terkira.

  "Baru sikit dah bleeding teruk." Ayden senyum sinis. Terus dia angkat Fal dan heret ke lif naik ke atas. Dia ingat aku ni patung ke nak heret macam tu? Aku manusia la. Tak boleh nak bawa naik aku elok-elok ke? Nasib je aku tak mampu nak melawan sekarang ni kalau tak dah kena maki orang tua ni.

  "Ya Allah Fal!" Yang pertama menjerit tentunya Syifa. Dia je yang hati berdarah. Yang lain kering kontang. Semua pandang kosong je. Itu pemandangan yang biasa. Waktu diorang semua kecil dahulu pun macam tu lah ditrain. Kalau dah turun tu japgi naik memang penuh luka.

  "F*** u old man." Sempat lagi tu. Mana Faz? Entah mana pula si Ayden ni tinggalkan budak lagi seorang. Bahaya betul la suruh dia ni train budak-budak tu. Boleh mati diorang ni kat tangan dia.

  "Faz mana hubby?" Syifa pandang belakang Ayden. Menyorok ke kan? Mana kita nak tau dia takut ke apa.

  "Ada pengsan dekat bawah. Sekali tumbuk pengsan dah." Ayden terus naik ke atas. Yang dilakukan Syifa hanya geleng kepala sahaja. Bahaya betul lah suami dia ni. Nasib bukan kaki pukul isteri. Kalau tak, tak tahu lah silap hari bulan terus jalan.

  "Fal, awak luka teruk ni." Fal senyap. Dia pandang Syifa yang dah tengok dia kesian. Yang Ayden dia pandang tajam. Tak guna punya orang tua.

  "Senyap la. Ni semua suami kau punya pas..... ARK!"

  "Aku dah kata. Tak ada orang boleh kurang ajar dengan isteri aku." Kemudian Ayden duduk atas sofa dua orang. Si Fal dah pegang kepala. Dah la kena belasah teruk. Kepala pula kena hempuk. Apa dosa aku kena sampai macam ni sekali?

  "Can you stop beating me?" Syifa senyum bersalah sambil tuam kan ais dekat kepala Fal.  Haila Ayden. Tengah marah pun sweet.

  "Be strong first." Ayden pejamkan mata sambil bersandar. Syifa masih menyerap darah dan balut mana tempat berdarah dan luka. Dia masih setiap di sebelah Fal yang tengah berdsrah dan masih tidak berhenti. 

  "How come both of you can get married?" Fal buka mulut. Pelik tau tengok pasangan ni. Seorang macam setan. Seorang macam malaikat. Macam mana la anak diorang ni nanti. Harapnya semua ikut Syifa la. Jangan diikut si kepala biul tu. Nanti habis semua anak orang di hempuknya.

  "Cinta itu baka! End of story." Fal diam. SESIAPA TOLONG SELOTIP MULUT MAMAT TU SEBELUM AKU RACUN DIA! Lama dah aku geram dengan mamat ni. Jangan sampai aku libas kepala dia.

  "Erm entah la. Dia yang paksa saya kahwin dengan dia." Syifa senyum manis. Kan dah kata sorang macam malaikat sorang macam setan. Elok la tu. Setan memang mendambakan bidadari. Nasib setan yang ni hensem.

  "Kenapa kau pilih setan? Kenapa tak pilih ustaz ke? Pendakwah ke?" Ayden yang dengar soalan Fal tersenyum lebar. Waktu ni la nak tunjuk kebijaksanaan aku walaupun aku tak berapa nak bijak.

  "Fal. Kau kena ingat sesuatu. Kalau kau nak perempuan yang lembut, kau kena hadap dia tak pandai berdikari, tak pandai melawan. Kalau kau nak perempuan berdikari kau kena ingat dia boleh hidup walaupun kau takda. Kalau kau nak perempuan yang hebat kau kena ingat dia tak perlukan kau pun. Kalau kau nak perempuan yang baik kau kena ingat dia takkan sesekali berani buat kejahatan walaupun tu untuk kebaikan. Takda perempuan yang sempurna. Semua tu fantasi je." Ayden sambung tutup mata. Terasa bijak saya di sini ya. 

C  |  HIS ANGEL Where stories live. Discover now