31 | ?

1.1K 56 18
                                    

  "Budak. Kenapa kau rampas isteri aku?" Ayden masih tak berpuas hati nampaknya. Apa benda siot?! Selagi budak ni dalam rumah aku selagi tu aku takkan tenang Kalau nampak muka budak ni kat sini. Rasa nak gigit lepastu telan jangan tersisa dia dekat dalam rumah ni.

  "Awak, Jom keluar. Shopping barang Ariq." Ayden tengok Syifa yang dah bersiap. Awal nau. Lain macam ye Syifa sekarang ni. Sebelum ni nak ajak keluar bukan main susah. Mesti penangan si budak kecik tu punya pasal ni.

  "Sejak bila kau suka keluar ni?" Selalunya nak ajak pergi office pun tak nak. Makin lama makin banyak berubah si Syifa ni. Risau pulak Ayden. Nanti tak kenal isteri sendiri pula. Ha sudah.

  "Alah jomlah hubby...." Syifa buat muka comel. Ayden dah mula rasa Syifa kena sampuk dengan sesuatu. Untuk baby tu sanggup pula buat apa saja. Kalau tak aku paksa pun tak jalan.
 
  "Ye la jom." Ayden ambik kunci kereta. Tapi dia malas pula nak drive.

  "Angel. Kita pergi suruh driver aku je la hantar. Malas drive." Syifa tak banyak cakap dia Angguk ja. Dia tak kisah. Asal boleh keluar dia ikut saja.

    AC

  "Kenapa aku kena galas beg budak ni? Tengok tu dah la muka macam apa lagi. Tak comel langsung." Syifa sabar je dengan perangai Ayden. Ada je nak mengomel. Tak nak bawak beg lah kata Ariq tak comel lah. Lepas tu yang lagi teruk dia boleh pulak lupa nak bawa stroller Baby. Haih habis la tangan sakit dukung si kecik ni. Dah la dia gemuk ye. 

  "Takpa la. Saya galas." Dengan Baby di depan Beg dibelakang. Ayden buat muka. Haih. Kenapa la kena wujudnya seketul budak tu? Kan dah menyusahkan seketul Syifa yang cantik tu. Geram je aku budak tu. Haih nasib baik anak orang.

  "Sini budak tu." Ariq diambil dari tangan Syifa. Jadi Syifa galas beg je. Bukannya berat pun beg tu. Setakat susu dengan pampers dan baju spare. Apalah sangat kalau galas beg tu.

  "Eh tak pa la. Sini saya jaga." Ayden tolak dahi Syifa dengan dahi telunjuk nya. Syifa buat muka masam. Buat la muka macam asam jeruk tu. Letak dalam cuka tu boleh buat jeruk dah.

  "Dah jom nak pergi kedai mana." Syifa jalan sebelah Ayden. Si Ariq diam sambil meletakkan kepalanya ke dada bidang Ayden. Penat kut tengok daddy dengan mummy angkat dia ni gaduh dari tadi. Malas dia pun nak melayan agaknya. Member pun fikir baik aku tidur lagi best.

  "Ha jom." Salah satu butik baby berjenama Carter's dituju. Ayden menarik salah satu Stroller di situ. Kemudian dia mengambil bantal di letak dalam stroller tersebut. Dan meletakkan Ariq di dalam Stroller yang telah disiapkan. Maleh aku dukung. Member pun mata macam nak lena je tak lama lagi. Dia pun dah penat dengan dunia.

  "Wahhh ok jom cari benda lain." Syifa menarik Ayden. Ayden pasrah kan muka. Redha.

  Entah sejak bila minat Shopping si Syifa ni. Sebelum ni beli baju sehelai pun punya banyak alasan dia bagi. Semua mak nenek dia ungkit sebab katanya baju dah banyak.

  "Ok baju ni dengan yang tu mana lawa?" Syifa menunjukkan sederet baju. Ayden melihat dengan teliti jenis kain. Pula dah. Dia pulak melebih menilik jenis kain bagai.

  "Make sure the fabric material is suitable for my baby . Not too hot for evening and daily wear. It won't be suitable for him. And for night pick him a thick clothes fabric. I dont want him to get fever. And others than that I want a clothes that easily to wash. I dont want the colours fade or any chemicals thing like what. And about bottle let me check first." Syifa terdiam. Ha tudia. Cerewet gila. Tak berkelip mata Syifa pandang Ayden dengan tiga orang pembantu kedai yang melayan dia dan suaminya. Mungkin mereka tahu Ayden level VIP jadi nak tak nak kena layan juga.

  Syifa tengok harga satu baju. Mak ai harga dia. Dah nak dekat seratus ringgit Malaysia sepasang baju. Baju tidur one piece je tau. Tak tengok baju lain lagi. Dari ada yang berkenan terus letak semua nya balik. Tak sanggup nak tengok harga dia. Ayden masih memilih baju yang dia nak beli untuk Ariq.

C  |  HIS ANGEL Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu