17 | honeymoon

1.9K 83 38
                                    

"Hubby kita nak pergi mana?" Syifa dekat sebelah duduk diam. Ye la dari tadi ah 50 kali tanya. Nak nak lagi tanya si Ayden. Lagi la memang yang dapat hanya senyuman kacak. Nasib la dapat suami kacak ni. Dapat suami kacak itu satu bonus. Kayanjuga satu bonus tapi masalahnya sekarang ni kenapa suaminya ini macam bisu? Dah berpuluh Kali tanya nak ke mana tapi begitu juga reaksi dia.

"Hubby jangan la diam. Jawab la soalan saya." Ayden senyum lagi. Comel je bini aku ni. Manja pulak tu. Tapi bini aku je la boleh manja dengan aku. Kalau si Jane tu memang aku tanam dalam kubur dulu kalau sibuk nak bermanja dengan aku. Tak faham-faham bahasa orang dah kahwin sibuk nak bermanja.

"Tidur la dulu Angel. Bagi dah sampai aku gerak." Syifa angguk. Kita jangan bantah cakap suami. Tak sampai lima minit dah lena si Syifa. Da la comel je tidur pun. Sekali lagi senyuman kacak Ayden terlakar. Comel dan cantik sungguh isterinya yang satu ini. Memang tak salah langsung pilihan yang dia buat.

AC

"Welcome to Bali. Uyeyeyyeh aku memang dah lama teringin nak jadi steward ni. Aip korang jangan kata steward dalam cerita Spongebob tu. Ini steward yang pramugara tu." Aaden pegang kamera dengan baju merah dia dah macam pramugara air Asia. Si terencat ni memang macam ni. Ada saja benda tak betul nak di buat. Tapi tu lah dia saja yang boleh jaga Syifa Kalau Syifa dalam bahaya. Jadi hadap sajalah.

"Aku dah kata kau ni jangan gila sangat. Eh hai semua selamat kembali dalam rancangan sudah sampai ke idok? Ya hari ni kita bersama dengan seorang lelaki yang datang dari neraka iaitu lelaki kiriman setan dari neraka yang bernama Ayden collins. Apa perasaan anda setelah berjaya mendarat di bumi."

PAP!

"Tukar sikit otak tu biar up grade. Penat aku nak layan." Ayden menjeling. Kenapa kena bawak Zayyan dengan Aaden? Sebab walaupun kepala diorang tu biul at least diorang dapat tolong jagakan Syifa. Itu lah sebabnya si bebal dua ketul ni kena ikut. Kalau tak memang kena tinggal je lah. Hidupnya buat orang lain tak tenteram saja.

  "Aku dah lama tau usya pantai dekat Bali ni. Lawa nau tapi tu lah nak datang kang kena serang dengan musuh pulak. So sabar-sabarkan je la hati." Aaden mengeluh panjang. Zayyan menepuk-nepuk bahu Aaden memahami perasaan Aaden. Sebagai ahli keluarga yang sentiasa wanted darahnya ramailah yang Cuba membunuh mereka. Bukan mereka tidak tahu dengan government yang sentiasa mencari cara untuk membunuh mereka. Tetapi Kalau dah namanya keluarga mafia tiada siapa berani sentuh secara terang-terangan.

  "Wow cantiknya laut kat sini." Syifa memuji. Ya la semua ni ciptaanNya. Mana pernah tak sempurna. Mana pernah tak hebat. Cukup sekadar lihat manusia. Kita mesti kagum dengan kuasanya.

  "Cantik tapi kau lagi cantik." Ayden senyum kecil. Comel je Syifa blushing. Isteri cantik dia sedang blushing. Comel sangat. Rasa nak gigit, telan terus. Supaya comel dia tu stay je tak ke mana.

  "Sayang." Syifa dongak pandang Ayden. Ayden senyum. Senyuman terikhlas dia pernah lakar untuk isterinya.

  "Sorry i cant be the perfect husband to you." Dahi Syifa dicium. Rasa syahdu menjengah. Dia sedar kekurangan diri dia. Dia pembunuh. Tapi dia tak dapat ubah satu benda itu. Kalau dia berhenti makin banyak keluarga dia akan jadi incaran orang yang cuba menjatuhkan darah mereka.

  "Takpe saya pun tak sempurna. Sebab tu kita saling melengkapi. Kalau dah sempurna semua macam mana nak cari pasangan kan? Dia dah ada semua." Syifa senyum dalam dakapan Ayden. Indahnya dunia bila bersama dengan orang yang kita sayang. Saling menerima satu sama lain Tanpa membezakan harta dan pangkat.

  "EVERYTHING HAS CHANGE! IT LL HAPPENED FOR A REASON DOWN FROM THE FIRST STAGE. eh jap apa lirk dia eh aku lupa. pat ah Zayyan aku nak buat lathi Challenge ni." Terus hilang mood sweet kalau duduk dengan dua ekor ni. Apa lagi tu yang nak dibuatnya pula tu? Ada sahaja benda yang ingin dirosakkan mereka berdua ini.

C  |  HIS ANGEL Where stories live. Discover now